24 March 2013

Posted by jinson on Sunday, March 24, 2013 No comments
Tuesday, February 19, 2013
  
Salah satu teori yang akan diajarkan kepada iluminati ABS adalah teori Edge-Craft yang dikemukakan oleh Seth Godin.

Strategi Edge-craft dapat disimpulkan begini...
+ Produk adalah marketingnya!
+ Marketingnya adalah produknya!
= Jadinya, produk dan marketing itu bersatu dalam desain produk.
Contoh produk yang bersatu dengan marketingnya adalah 'ayam penyet'.
Teori edge-craft amat berbeza daripada idea konvensional yang lazimnya digunakan.
Dalam teori konvensional, produk lain. Marketing lain.
Dalam teori bisnes konvensional, mula-mula kita buat produk yang kita yakin diperlukan oleh pasaran.
Sesudah ada produknya, baru kita fikirkan strategi marketingnya.
Banyak pengeluar produk berbangsa Melayu menggunakan teori bisnes konvensional. Dia sudah ambil pinjaman bank. Sudah menyewa rumah kedai. Sudah membeli mesin-mesin. Produk sudah dibuat. Tetapi produk tidak laku.... Mahu buat iklan, duit modal sudah habis.

Tip menggunakan sistem gaji dan kompensasi yang kita tawarkan dalam syarikat:

1. Gunakan sistem itu sebagai umpan bagi menarik bakat-bakat yang kita perlukan supaya mereka suka bekerja dalam syarikat kita.

2. Jangan gunakan sistem itu sebagai umpan bagi mendorong staff kita supaya mereka mahu buat macam yang kita mahu.

"Kalau awak buat macam yang saya mahu, nanti saya naikkan gaji awak." (SALAH)
Puan Ainon Mohd menulis:

Apabila kita mempunyai produk baru yang bagus, dan terbukti ia laku keras dalam pasaran, maka banyaklah peniaga lain yang akan terus meniru produk kita.

Hasilnya, mereka berjaya mengambil pasaran kita.

Proses ini adalah natural dalam pasaran terbuka. Sesiapa sahaja berhak menawarkan produk mereka, sama ada produk itu idea mereka sendiri ataupun idea yang ditiru.

Ada 3 faktor yang menyebabkan pihak lain dengan mudah dapat mengambil pasaran kita:

1. Apabila produk kita itu disukai ramai, tetapi kita tidak dapat hendak membekalkan kepada mereka yang mahu membelinya. Lompong ini akan segera diisi oleh peniaga lain.

2. Apabila kita dapat membekalkan produk kita, tetapi kita lambat menghantarkan bekalan kita. Ini membuka peluang produk yang dibikin oleh peniaga lain sudah sampai lebih dahulu.

3. Apabila harga jualan produk kita tinggi. Ini pun membuka peluang peniaga lain membuat meniru produk kita dan menjualnya dengan harga lebih rendah.
Categories:

0 comments: