Showing posts with label dakwah. Show all posts

22 October 2015

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya

Aku tidak mahu
Aku kena study
Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study
Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongking

Jongkang jongking?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongking
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang mitokondria misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan mitokondria
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja
Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu

Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?

Tak, itu bukan maksud aku
Cuma kena checklah sikit hati tu
Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?

Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,
Terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar
Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi
Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah
Ada keraguan dalam hati
Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah
Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya
Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi
Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita
Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,
Seorang ibu pernah mengatakan
Aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku
Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam
Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam
Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku
Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri
Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah
Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya
Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,
Pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna
Dan kedua kisah sahabatku di Indonesia
Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama
Menjadi motivasi buat kita untuk terus berada dalam mandala ini.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:

<>

Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.

Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah - Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab "Aku tak suka membanding-bandingk an apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang. Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.

Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah.
Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawa panji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam. Ayuh berada dalam saf perjuangan.

Finally, whatever I do, I always remind myself that I am doing it for the sake of God. As stated in the Quran, "Say: Truely, my prayer, my service of sacrifice, my life, and my death are (all) for God, the Cherisher of the Worlds" (6:162). May Allah S.W.T. accept my humble efforts.Amiin. ALLAHUMMA a'iz al Islam wa al Muslimin!
Thursday, October 22, 2015 Ummu Umar

17 September 2008

Bertemu kembali..hmm lama tak update blog ni..

insyaallah kali ni ana nak kongsi pasai komunikasi gerakkerja.. baru2 ni kami ada 1 ceramah yg bertajuk "komunikasi gerakkeja; antara ukhuwah dan ikhtilat"
Sebagai orang yang terlibat dengan gerak kerja, antara element yg penting dalam
pengurusan organisasi adalah komunikasi. Sekiranya komunikasi tidak eficent, ahli akan menjadi lambat dan akhirnya malas bekerja..justeru jgn memantang enteng dengan element ini..

dalam berkomunikasi, kita perlu tahu jenis2 orang yang sekeliling kita terutamanya
bila kita sebagai ketua, kita perlu tahu jenis karekter anak buah kita..supaya kita dapat letak pada bahagian yang sepatutnya..dan supaya tak berlaku miscomunication.
Menurut Florence dalam bukunya Personality Plus, manusia mempunyai 4 watak utama;

KARAKTER MELANKOLIS/PELINDUNG

Ciri-ciri:
* Penganalisis, mendalam, dan penuh pertimbangan
* Serius dan bertujuan, serta berorientasi kepada jadual
* Artistik, musikal dan kreatif (berfalsafah & puitis)
* Sensitif
* Sanggup korbankan diri untuk orang lain
* Sedikit idealis
* Memiliki selera tinggi dan profisional
* Senang perincian dan merinci sesuatu, tekun, serba tertib, dan teratur (rapi)
* Hemat
* Memandang suatu permasalahan dan mencari penyelesaian pemecahan kreatif (malah terlalu kreatif)
* Jika sudah dimulai, harus dituntaskan.
* Berteman dengan hati-hati.
* Merasa puas di belakang tabir dan suka menghindar dari perhatian orang ramai.
* Bersedia mendengar keluhan, setia dan mengabdi
* Sangat memperhatikan keadaan orang lain

Kekurangan:
* Cenderung melihat masalah dari sisi negatif (murung dan tertekan)
* Suka mengingat-ingat yang negatif dan pendendam
* Mudah merasa bersalah dan memiliki citra diri rendah
* Lebih menekankan kepada cara daripada tercapainya tujuan
* Mudah tertekan pada situasi yg tidak sempurna dan berubah-ubah
* Menghabiskan banyak waktu untuk menganalisa dan merencanakan (jika.. apabila.. apakah..)
* Memiliki standard yang terlalu tinggi sehingga sulit merasa terhibur
* Hidup berdasarkan definisi
* Sulit bersosialisasi
* Tukang kritik, tetapi sensitif terhadap kritik atau hal yg menentang dirinya
* Sulit mengungkapkan perasaan (cenderung menahan kasih sayang)
* Memiliki rasa curiga yg cukup besar (skeptis terhadap pujian)
* Mementingkan persetujuan orang lain (perlu diyakinkan) terhadap apapun yang dikerjakannya

KARAKTER SANGUIN/ARTISAN

Ciri-ciri:
* Gemar berbicara
* Emosional dan demonstratif
* Antusias dan ekspresif
* Ceria dan penuh rasa ingin tahu
* Mengikuti perkembangan semasa
* Berhati tulus dan kekanak-kanakan
* Senang kumpul dan berkumpul (untuk bertemu dan bicara)
* Umumnya hebat di publik
* Mudah berteman dan menyukai orang lain
* Senang dengan pujian dan ingin menjadi perhatian
* Menyenangkan dan dicemburui orang lain
* Mudah memaafkan (dan tidak menyimpan dendam)
* Dapat mengambil inisiatif dan menghindar dari hal-hal atau keadaan yang membosankan
* Menyukai hal-hal yang spontan

Kekurangan:
* Suara dan tertawa yang keras (terlalu keras)
* Membesar-besarkan suatu hal yang kecil
* Susah diam
* Mudah ikut-ikutan atau dipengaruhi oleh keadaan atau orang lain (suka terjebak tuntutan lingkungan sosial)
* Sering meminta persetujuan, termasuk hal-hal yang kecil
* Daya konsentrasi yang pendek(mudah hilang konsentrasi)
* Dalam bekerja lebih suka bicara dan melupakan kewajiban (awalnya saja semangat)
* Mudah berubah-ubah
* Susah datang pejabat pada masa yg tepat
* Tak pandai menyusun parioriti kerja
* Mendominasi percakapan, suka menyela dan susah mendengarkan
* Sering terlalu cakna terhadap permasalahan orang lain, menjadi seolah-olah masalahnya
* Egoistis
* Sering berdalih dan mengulangi cerita-cerita yg sama
* Konsentrasi ke “How to spend money” daripada “How to earn/how to save money”.

KARAKTER KOLERIS/IDEALIS

Ciri-ciri:
* Senang memimpin, membuat keputusan, dinamis dan aktif
* Sangat memerlukan perubahan dan harus mengoreksi kesalahan
* Berkemauan tinggi dan pasti untuk mencapai sasaran atau target
* Bebas dan berdikari
* Berani menghadapi tentangan dan masalah
* “Hari ini harus lebih baik dari kemarin, hari esok harus lebih baik dari hari ini”.
* Mencari pemecahan penyelesaian masalah dan bergerak cepat
* Mendelegasikan pekerjaan dan orientasi berfokus pada produktif
* Merancang dan menentukan tujuan
* Terdorong oleh kekangan dan tentangan
* Merasa tidak begitu perlu teman
* Suka memimpin dan mengorganisasi
* Biasanya selalu benar dan mempunyai visi ke depan
* Memiliki penyelesaian unggul dalam keadaan darurat

Kekurangan:
* Tidak sabar dan cepat marah (kasar dan tidak tektikal)
* Senang memerintah
* Terlalu bergairah dan tidak santai
* Menyukai kontroversi dan pertengkaran
* Terlalu kaku dan keras hati
* Tidak menyukai air mata dan emosi (tidak simpati)
* Tidak suka hal-hal yang kecil dan remeh-temeh
* Sering membuat keputusan tergesa-gesa
* Memanipulasi dan menuntut orang lain, cenderung memperalat orang lain
* Menghalalkan segala cara demi tercapainya tujuan
* Kerja Keras
* Amat sulit mengaku salah dan meminta maaf
* Mungkin selalu benar tetapi tidak begitu berpengaruh

KARAKTER PLEGMATIS/RASIONALIS

Ciri-ciri:
* Mudah bergaul, santai, tenang dan teguh
* Sabar, seimbang, dan pendengar yang baik
* Tidak banyak bicara, tetapi cenderung bijaksana
* Simpati dan baik hati (sering menyembunyikan emosi)
* Kuat di bidang pentadbiran, dan cenderung ingin segalanya terorganisasi
* Penengah masalah yg baik
* Cenderung berusaha menemukan cara termudah
* Mampu bekerja dengan baik di bawah tekanan
* Menyenangkan dan tidak suka menyinggung perasaan
* Senang meninjau, mengamati, dan mengawasi
* Berbelas kasihan dan cakna
* Mudah diajak berdamai

Kekurangan:
* Kurang mencuba, terutama terhadap perubahan atau kegiatan baru
* Cenderung takut dan khawatir dalam mengambil keputusan
* Menghindari konflik dan tanggung jawab
* Keras kepala, sulit berkompromi (karena merasa benar)
* Terlalu pemalu dan pendiam
* Rasa lawaknya kering dan mengejek (Sarkastis)
* Kurang berorientasi kepada tujuan
* Sulit bergerak dan kurang memotivasi diri
* Lebih suka menjadi penonton daripada menjadi yang terlibat dalam suatu permasalahan
* Tidak suka didesak
* Suka menunda-nunda atau menggantungkan masalah.

Ok..sekarang, anda pun boleh analisis, anda karekter jenis yg mcm mana..dan cuba kenalpasti karekter kawan-kawan anda..selamat mencuba=)
Wednesday, September 17, 2008 Ummu Umar

23 June 2008

dah lama tak nasyid ramai2 ngan shbt2 sambil tengok slide lirik lagu...bila ana nasyid waktu kursus HPA baru ni, terasa satu aura ntah dari mana tiba2 ja meresap dalam jiwa ini dan semangat berjuang tiba2 membara-bara, bak kata jannah, menyala2 sehingga menghasilkan api hijau..tak tau la mcm mana api hijau tu..hehe..

ada orang kata lagu nasyid la ni dah tak dapat menyuntik semangat dan memotovasi kan..dan kadang2 susah nak bezakan ni lagu nasyid ka lagu rock..nak kata nasyid, bunyi ntah apa2, tp,,nak kata lagu rock, yang menyayikan lagu tu kata depa ahli kumpulan nasyid.. ceghita pasai lagu rock ni, timbul persoalan..boleh ka kita dengar lagu rock tapi lagu tu mengingatkan kita pada siapa diri kita yg sebenar? ok, ana bg analogi mudah ja untuk jawapan bg soalan diatas..boleh ka sorang tu makan nasi sambil berak? sama la ngan kes ni..

ok, kembali kepada tajuk asal, lagu nasyid penyuntik semangat..ana ada banyak lagu nasyid yg seumpama tu..contoh dia, seperti di bawah, lagu dari kumpulan alamrme; ADAKAH KAU LUPA. JOM sama2 kita hayati lirik lagu ni...kalau nak lagi rasa, boleh dengar sambil baca lirik lagu ni..insyaallah, anda akan terasa auranya..

Adakah kau lupa
kita pernah Berjaya
Adakah kau lupa
kita pernah berkuasa

Memayungi 2 per 3 dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Adakah kau lupa
kita pernah Berjaya
Adakah kau lupa
kita pernah berkuasa

Memayungi 2 per 3 dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan
Bangunlah wahai anak bangsa
Kita bina kekuatan jiwa
Tempuh rintangan perjuangan

Gemilang generasi yang silam
Membawa arus perubahan

Keikhlasan hati dan nurani
Ketulusan jiwa mereka berjuang 2X

Adakah kau lupa
Sejarah tekah mengajar kita
Budaya ISLAM diserata dunia
Membina tamadun berjaya
Merubah mengangkat maruah

Adakah kau lupa kita pernah berjaya
Adakah kau lupa kita pernah berkuasa
Memayungi 2 per 3 dunia
Merentas benua melayar samudera
Keimanan juga ketaqwaan
Rahsia mereka capai kejayaan

Adakah kau lupa
Adakah kau lupa
Adakah kau lupa

takbir! ALLAHU AKBAR
Takbir! ALLAHU AKBAR
Takbir! ALLAHU AKBAR

p/s: sebagai daie kita perlu selalu check hati kita..adakah selama ini aku betul2 ikhlas dalam menyampaikan risalah mulia ini? adakah aku betul tulus dalam memikul amanah ini? sama2 kita tanya iman kita
Monday, June 23, 2008 Ummu Umar

19 June 2008

Sekalung ucapan tahniah buat Biro Perhubungan dan Penerangan Kampus yang telah bertungkus lumus mewujudkn satu skuad yang diberi nama SCEMA. Skuad ini diwujudkan selaras dengan objektif penubuhan PMIUSM yang bertujuan untuk melatih dan membimbing warga USM kearah berjiwa da’I dalam mengajak semua warga kampus melumba-lumba membuat perkara kebajikan dan bersama berusaha membanteras segala kemungkaran yang wujud di bumi meinden ini terutamanya masalah couple, pendedahan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan seumpamanya. Seiring dengan peranan PMIUSM yang bertujuan untuk amal ma;ruf dan nahi mungkar, maka Biro Perhubungan dan Penerangan Kampus telah mewujudkan satu unit yang lebih tersusun.
Sebelum penubuhan Skuad SCEMA, PMIUSM pernah mengadakan aktiviti seperti ini yang diberi nama OCA (Operasi Couple Aurat). Aktiviti ini dilakukan secara berkala iaitu kami akan memilih hari-hari “panas” seperti hujung minggu dan program-program yang berlarutan sehingga lewat malam maka kami akan turun ke desa-desa, foyer library dan seumpama denganya. Antara method yang kami guna sebelum ini, dengan membuat servey soalan, disamping itu kami akan selit-selitkan dengan teguran dan nasihat. Alhamdulillah, sepanjang aktiviti ini, kami mendapat respon yang baik dan harapan dari pasangan-pasangan couple sendiri mereka mengharapkan ada pihak yang berani dan sudi membanteras gejala ini.
Atas kesedaran sebagai seorang khalifah Allah yang berperanan sebagai pendakwah, maka kami PMIUSM telah merancang untuk mewujudkan SCEMA supaya semua warga kampus dapat bersama-sama dengan PMIUSM dalam memastikan biah solehah dapat diwujukan di bumi minden ini dan aktiviti dakwah ini dapat dilakukan secara konsisten dan teratur. Antara pengisian dan aktiviti yang akan disediakan melalui SCEMA adalah ceramah tentang kepentingan dan tanggungjawab sebagai muslim terhadap masyarakat, bengkel Dakwah Berkesan, Partikal dalam masyarakat untuk masyarakat dan skuad ini akan bekerjasama dengan Pusat Islam USM dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Semua warga USM dialu-alukan untuk menyertai Skuad SCEMA ini. Kami tidak menghadkan kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Dan sekiranya pihak MPPUSM atau mana-mana persatuan ingin mengadakan kerjasama dengan pihak PMIUSM, pintu kami sentiasa terbuka luas untuk anda semua.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.
firman Allah:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah Al-Hujuraat, Ayat: 12).
Sahabat-sahabat sekalian, SCEMA hanyalah satu unit untuk membanteras maksiat tetapi hidayah milik Allah. Jika mengharapkan dengan kewujudan SCEMA ini, kampus akan bersih 100% dari gejala maksiat, itu mustahil kerana individu itu harus punya kesedaran sendiri untuk meninggalkan perkara maksiat tersebut. Kita pendakwah hanyalah pemudah cara sahaja, dan pembimbing bagi yang memerlukan bimbingan. Kami PMIUSM sangat mengalu-alukan rakan-rakan yang mempunyai masalah dan memerlukan khidmat kaunseling dan nasihat bolehlah menghubungi kami. Kami sedia membantu anda kerana kami sayang anda sebagai saudara seIslam kami.
Akhirul kalam, saya memesan kepada diri saya sendiri dan sahabat2 sekalian, ikhlas kan niat, semoga segala usaha kita yang tak seberapa ini dinilai sebagai saham untuk ke syurga Allah dan untuk mendapat Mardhatillah, amen…
Thursday, June 19, 2008 Ummu Umar