Showing posts with label tarbiyah. Show all posts

13 February 2012

Tadi masa lalu kat kedai majalah kat seksyen 2 shah alam, terpandang majalah solusi ini. Tengok tajuknya terus takjadi beli ^_^ selalunya beli ja. Pastu tengok majalah Rasa, terus rasa nak beli. Cakap pada suami nak beli majalah Rasa, pastu suami cakap dia nak beli majalah Solusi sebab tajuknya 'menarik'.

Bila dok sorang-sorang di rumah ni, hati tertarik untuk membaca majalah solusi ini. Salah satu tajuk yang menarik dalam buku ini adalah Nusyuz Perosak Hubungan Sejahtera.

Sedikit kupasan tentang tajuk ini adalah paling asasnya kita perlu mengetahui apa itu nusyuz. Nusyuz ini wujud dalam interaksi suami dan isteri.

Nusyuz Isteri:
"Mafhum Allah dalam ayat34 surah An-Nisa: Wanita yang kamu khuatir akan nusyuz, hendaklah kamu berikan nasihat kepadanya, pulau mereka di tempat tidur dan (jika perlu) pukullah mereka (dengan pukulan yang tidak memudharatkan bagi tujuan mendidik). Tetapi jika mereka mentaati, maka janganlah kamu mencari-cari alasan untuk menyusahkannya. Sesungguhnya Allah maha Tinggi lagi Maha Besar"

Nusyuz Suami:
"Dan jika seseorang wanita khuatir suaminya akan nusyuz atau bersikap tidak acuh, maka kedua-duanny mengadakan perdamaian yang sebenarnya, dan perdamaian itu lebi baik (bagi mereka) walaupun manusia menurut tabiatny, kikir dan kedekut. Dan jika kamu memperbaiki (pergaulan dengan isterimu), dan memelihara dirimu, maka sungguh Allah maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." Surah An-Nisa ayat 128.

Point penting:
1) Aspek kebimbangan atau kekhuatiran suami atau isteri apabila pasangannya berlaku nusyuz.

2) Allah menyarankan nusyuz mestilah ditangani melalui pencegahan supaya ia tidak menjadi parah dan sukar.

3) Alla swt mengutarakan cara penyelesaian yang berbeza bagi menghadapi nusyuz seorang suami dan seorang isteri.

Nusyuz berasal dari perkataan nashazat yang bermaksud berdiri di tempat yang tinggi.

2 Tanda nusyuz isteri yang perlu diperhatikan:

1) Perbuatan Isteri yang mula menjauhkan diri, bermasam muka dan tidak menjawab ketika dipanggil, padahal sebelum ini dia menunjukkan sikap yang mesra.

2) Perkataan Isteri yang menggunakan perkataan yang kasar dan kesat apabila berbicara, wahlal sebelum itu dia sentiasa bercakap dengan nada lembut dan sopan.

Manakala untuk Nusyuz Suami sahabat-sahabat boleh lah membacanya dalam majalah Solusi edisi 40. Jangan lepaskan peluang keemasan ini ^_^

Pesanan untuk kaum muslimah sekalian, takkala kita tersasar dari jalan Islam, bersegeralah kita kembali ke jalan yang benar. Bimbang esok bukan milik kita lagi.

Kitalah BIDADARI tercantik buat Suami kita ^_^

Monday, February 13, 2012 Ummu Umar

14 October 2011

Kerana Allah anugerahkan rasa cinta dan kasih sayang dalam hati ibu ayah, maka jenis manusia terus kekal di atas muka bumi ini.

Kerana Cinta dan Sayang dalam diri seorang ayah, maka terbitlah perasaan kebapaan untuk memelihara, mengasihi, menyayangi dan memperhatikan kepentingan anak dan begita juga cinta dan sayang dalam diri seorang itu

Kerna kasih dan sayang seorang bapa, maka terhasillah syair yang sangat hebat dari penyair besar, Al-Ustaz Umar Baha' Al-Umairi. Ketika kelapan-lapan anaknya mengadakan perjalanan dari Al-Mushif ke Halab. Maka beliau berdiam diri membuat syair yang manis untuk dipersembahkan kepada sastera Arab.

Di mana kegaduhan merdu
Di mana kebisingan syahdu
Di mana belajar yang selalu diselingi senda gurau
Di mana masa kanak-kanak yang membara
Di mana boneka dan buah-buah yang berselerak di atas lantai
Di mana rengekan yang tak bermaksud
Di mana pengaduan yang tak bersebab
Di mana tangis dan tawa
Di mana duka dan ceria
yang bersatu dalam satu masa
Di mana perebutan untuk duduk disampingku
ketika mereka akan makan dan minum
Mereka saling berdesakan untuk disisiku
dan dekat denganku di mana saja mereka bergerak
Dengan dorongan fitrah,
mereka menghadap kepadaku
pada saat mereka takut dan senag
Ketika mereka riang,
senandung mereka adalah "Papa"
Ketika mereka marah,
ancaman mereka adalah "Papa"
Ketika mereka jauh,
bisikan mereka adalah "Papa"
Ketika mereka dekat,
ratapan mereka adalah "Papa"
Kemarin mereka memenuhi rumah kita
Sayang, sekarang mereka telah pergi
Seakan-akan kesunyian menimpakan bebannya yang berat ke dalam rumah ini
ketika mereka pergi
Sunyinya rumah ibarat tenangnya orang sakit
Seisi rumah diselimuti kesedihan dan kelelahan
Mereka telah pergi
Ya, mereka telah pergi
Namun, tempat tinggal mereka adalah hatiku
Mereka tidak jauh, tidak pula mereka dekat
Ke mana saja jiwaku berpaling
Ku selalu melihat mereka
Kadang mereka diam
Kadang mereka lompat
Di dalam benakku,
di dalam rumah yang tak pernah mengenal lelah ini,
masih kurasakan senda gurau mereka
Masih kulihat pancaran sinar mata mereka
ketika mereka berhasil
Masih kulihat linangan air mata mereka
ketika mereka gagal
Di setiap sudut rumah,
mereka tinggalkan suatu kesan,
Di setiap pojok rumah,
mereka tinggalkan kegaduhan
Aku melihat mereka,
pada kaca-kaca jendela yang mereka pecahkan
pada dinging-dinding yang mereka lubangi
pada pegangan pintu yang mereka patahkan
pada daun pintu yang mereka gambari
pada piring-piring yang sisa-sisa makanan mereka
pada bungkusan permen yang mereka lemparkan
pada belahan epal yang mereka sisakan
pada lebihan air yang mereka tumpahkan
Ke mana saja mataku memandang,
ku selalu melihat mereka
bagaikan sekumpulan burung dara yang terbang melayang
Kemarin mereka singgah di Kornail
Sekarang mereka dirangkul Halab
Air matalah yang aku tahan dengan tabah
ketika mereka bertangisan pada saat mereka pergi
Hingga ketika mereka bertolak
mereka telah merenggut jantung dari rongga dadaku
Kudapatkan diriku bagaikan seorang bocah
yang penuh dengan perasaan
air mataku jatuh tertumpah bagaikan air bah
Kaum wanita akan merasa heran
bila melihat seorang lelaki menangis
Lebih heran lagi jika aku tidak menangis
Tak selamanya tangis itu cengeng
Aku seorang bapak
Aku punya keteguhan kaum lelaki

Sumber: Pendoman Pendidikan Anak-anak dalam Islam Jilid 1-2, Dr. Abdullah Nashih Ulwan
Friday, October 14, 2011 Ummu Umar

08 December 2010

Ditarbiyah & mentarbiyah antara elemen penting ke arah pembentukan tentera-tentera Allah yg memiliki kekuatan jasmani & rohani.Orang yg hidupnya hanya mentarbiyah tetapi tdk mahu ditarbiyah boleh jadi dirinya dibuai keegoaan.Orang yg hidupnya hanya menerima tarbiyah tidak mahu mentarbiyah boleh jadi dirinya sebagai pemutus mata rantai perjuangan. Golongan pelapis perlu dibentuk bagi memastikan kelangsungann agenda perjuangan yang berterusan.
Wednesday, December 08, 2010 Ummu Umar

13 May 2009

Rumah Rasulullah saw. Telah dikepung. Sebelas kumpulan penjahat daripada pelbagai kabilah mengintai di sebalik tempat pensembunyian mereka. Bersiap sedia dengan senjata masing-masing. Mata mereka liar nyaris tidak berkelip mengawasi setiap celah yang memungkinkan Rasulullah s.a.w keluar.

Dalam situasi yang amat genting itulah, Rasulullah menyuruh Ali bin Abi Talib tidur di tempatnya sambil mengenakan selimut yang biasa baginda guna. Kemudian, baginda keluar dari rumah tanpa diketahui para pengepungnya. Rasulullah terus menuju ke rumah Abu Bakar as-Siddiq. Melalui pintu belakang, mereka berdua merempuh perjalanan kea rah selatan sejauh lima batu. Mereka berdua tiba du Gua Tsur, di atas puncak sebuah bukit yang cukup tinggi. Selama 3 hari mereka berdua bersembunyi di gua itu.

Setelah mengetahui keadaan yang cukup selamat, dengan ditemani seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith, Rasulullah saw dan Abu Bakar meneruskan perjalanan kea rah selatan. Setelah melewati daerah pantai dan kawasan sepi yang hamper tidak pernah dilalui orang, mereka kembali kea rah utara menuju ke Madinah. Pada hari Isnin 8 Rabiul awal tahun ke 14 kenabian, bertepatan 23 September 622M, Rasulullah tiba di Quba’. Di sana baginda mendirikan masjid dan tinggal selama 4 hari di situ. Setelah itu bersama beberapa orang sahabat yang datang menjemputnya, baginda bergerak menuju ke Madinah.

Kisah perjalanan hijrah Rasulullah saw tidak asing lagi bagi kita. Sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran. Ia tidak hanya menjelaskan peristiwa hijrah Rasulullah dari tanah kelahirannya, Mekah menuju ke negeri hijrahm Madinah. Tapi menyimpan pelbagai strategi, taktik dan siasat jitu menghadapi musuh.

Kejayaan Rasulullah menyelamatkan diri daripada kepungan musuh dan kejaran orang yang ingin membunuhnya itu tidak cukup dijelaskan semata-mata kerana pertolongan Allah. Meski itu yang paling utama, tetapi aspek usaha Rasulullah sebagai seorang manusia pun sangat nyata. Bahkan, jika diteliti, pertolongan Allah itu muncul dan menjadi kunci kejayaan setelah segenap usaha dilakukan.

Bagi mengelabui mereka yang mengepung rumahnya, Rasulullah menyuruh Ali bin Abi Talib supaya tidur di tempat tidur baginda. Baginda juga menjangkakan, musuh akan mengejar kea rah Madinah. Untuk itu, baginda bersembunyi di Gua Tsur yang letaknya bertentangan dengah arah Madinah. Rasulullah juga menyuruh Amir bin Fuhairah, bekas hamba Abu Bakar mengembala kambing di sekitar dan sepanjang jalan menuju ke gua. Selain untuk diambil susu, ia juga untuk menghilangkan jejak.

Bagi mengetahui keadaan lawan, Rasulullah menyuruh Abdullah bin Abu Bakar menginap bersama-sama mereka di gua dan sebelum matahari terbit, dia sudah berada di Mekah. Dengan demikian, Rasulullah mengetahui semua rancangan orang-orang kafir yang tersu mengejar dan ingin membunuhnya. Sebaliknya, orang-orang kafir tidak pernah curiga kerana Abdullah bin Abu Bakar selalu bersama mereka di siang hari.
Selama 3 hari bersembunyi di dalam gua, Rasulullah dan Abu Bakar tidak kelaparan, kerana Asma’ sentiasa membekalkan makanan kepada mereka. Dengan cerdik, puteri Abu Bakar itu menyembunyikan makanan yang dibawanya di pinggang. Oleh itu, dalam sejarah dia dikenali dengan ‘Dzatun Nithaqain’ (Pemilik Dua Ikat Pinggang).

Namun semua itu hanya usaha maksimum manusia. Yang berhak menentukan kejayaan dan kegagalan hanyalah Allah. Buktinya, walaupun Ali bin Abi Talib telah diperintahkan tidur di tempat tidur baginda, tetap sahaja ada antara para pengepung yang baginda telah keluar. Kekuasaan Allah jualah yang mampu menutup mata dan hati para pengepung sehingga Rasulullah berhasil menyelamatkan diri. Meski sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur siasatan, tetap sahaja para pengejar berjaya menemui tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar. Hanya kekuasaan Allah jualah yang mampu menggerakkan hati orang-orang kafir itu untuk tidak masuk ke dalam gua. Kekuasaan Allah jualah yang telah menggerakkan hati burung merpati untuk bertelur di pintu gua. Kekuasaan Allah pula yang memerintahkan labah-labah merangkai sarangnya menutupi pintu gua. Dengan demikian, orang-orang kafir ketika itu sudah berdiri di pintu gua, tidak curiga di dalamnya ada Rasulullah dan Abu Bakar yang sedang bersembunyi.

Meski sudah berusaha semaksimum mungkin memilih jalan paling selamat ke Madinah, tetapi Suraqah bin Naufal mampu menemui mereka. Lagi-lagi dengan pertolongan Allah yang menyebabkan kaki kuda Suraqah terpelecok sehingga menyebabkannya tidak sanggup menangkap ataupun membunuh Rasulullah saw.

Tidak hanya pada peristiwa hijrah perkara ini berlaku. Menghadapi pasukan Ahzab yang jumlahnya berlipat kali ganda, Rasulullah saw dan kaum muslimin sudah berusaha semaksimum mungkin. Bagi membentengi diri daripada serbuan musuh, kaum muslimin menggali parit yang mengelilingi hamper setengah keliling Madinah. Rasulullah saw pun menyuruh Hudzaifah Ibnul Yaman bagi mengintip keadaan lawan.

Baginda juga membolehkan Nuaim bin Mas’ud supaya memecah-belahkan pihak musuh. Namun, bukan itu yang menyebabkan lawan bercerai-berai. Itu hanya usaha manusia. Yang memenangkan pertempuran adalah Allah. Dengan hanya mengirimkan angin, Allah membuat pasukan Ahzab menjadi kucar-kacir. Mereka lari tunggang-langgang meninggalkan medan pertempuran dengan rasa yang mencengkam.

Begitulah perjuangan. Ia tidak hanya cukup dengan kerja keras dan usaha maksimum, tetapi juga memerlukan bantuan daripada Allah. Sebaliknya, bantuan daripada Allah tidak akan turun begitu sahaja. Ia memerlukan usaha yang maksimum. Dua factor ini ibarat duit syiling yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanyalah yang menyebabkan lahirnya kejayaan. Dalam konteks sekarang, dua factor ini tidak boleh diabaikan. Kerana musuh sudah mengerahkan usaha mereka untuk memusnahkan Islam, seharusnya kaum muslimin pun begitu, bahkan perlu lebih gigih lagi. Menghadapi pelbagai bentuk serbuan daripada musuh, ia memerlukan strategi yang jitu, kecerdasan otak dan usaha yang besar. Kemenangan memang akan menjadi milik umat Islam. Tapi, bukan tugas kita untuk menunggu. Tugas kita berusaha.

Oleh itu, datangnya pertolongan Allah itu bersyarat. Ia hanya akan datang kepada mereka yang sudah berusaha menolong agama-Nya.

Allah telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”

(Muhammad; 7)

Jadi jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah berusaha menolong agama-Nya. Pertolongan Allah bukan suatu yang percuma.

Diambil dari buku yang berjudul "Belajar dari Dua Umar; kenyangkan perut rakyat"
Wednesday, May 13, 2009 Ummu Umar