Perihal Brand
Puan
Ainon Mohd menulis:
Brand
mempunyai limit atau perbatasan.
Puan
Ainon Mohd menulis:
Brand
mempunyai limit atau perbatasan.
Apabila mahu membesarkan pasaran,
pakar-pakar positioning menasihati supaya kita jangan keluar dari limit
positioning brand asal.
Katakanlah, pada masa ini kita hanya menyediakan
perkhidmatan membuat gubahan hantaran berkualiti premium. Nama kita sudah
terkenal di kalangan pelanggan premium.
Teruskan positioning kita di
situ. Jangan cuba meluaskan pasaran dengan memasuki pasaran gubahan taraf
komoditi.
Ambil sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, Ramly Burger (RB)
pernah membuka restoran segera ala-ala restoran McD. Pelaburan itu
gagal.
Positioning RB adalah 'burger murah gerai sorong'. Inilah limit
brand RB.
RB tidak pernah dipersepsi sebagai burger restoran segera.
Dalam erti kata yang lain, Ramly Burger tidak pernah mem-position-kan burgernya
sebagai burger yang dijual di dalam restoran ala-Amerika.
Apabila
restoran Ramly Burger dibuka, mereka yang biasa membeli Ramly Burger di
gerai-gerai sorong tidak masuk ke restoran itu. Mereka tidak mahu membayar
burger yang dijual di dalam restoran itu dengan harga yang lebih
mahal.
Mereka yang biasa makan burger di dalam restoran McD pun tidak
masuk. Kalau mereka mahu makan burger di dalam restoran segera selain McD,
mereka mahukan servis dan persekitaran yang serupa dengan apa yang ditawarkan
oleh McD
Categories: Bisnes Mazhab ABS
0 comments:
Post a Comment