Jom Kenali Personaliti Diri anda - Ujian Psikologi Gambar Pokok
Mudah je. Pilih dulu gambar pokok mana yang anda paling suka, lepas tu
baru tengok huraian kat bawah. Jangan tipu eh hehe.
Ujian Psikologi ni memang menarik.
Share sikit result anda dekat comment box.
Jangan lupa share & tag kawan-kawan eh.
Huraian:
Nombor 1
Anda seorang yang pemurah dan bermoral. Anda selalu berusaha membaiki
diri. Bercita-cita besar dan mempunyai standard yang tinggi. Orang lain mungkin
merasakan susah berkomunikasi dengan anda, tetapi bagi anda, sebenarnya susah
untuk anda menjadi diri sendiri. Anda bekerja dengan sangat kuat tetapi tidak
mementingkan diri. Anda bekerja kerana anda ingin mengubah dunia. Anda
berkemampuan untuk mencintai orang sehingga mereka menyakiti anda. Sekalipun
demikian, anda akan masih menyintainya. Hanya sedikit orang yang dapat
menghargai segala yang anda lakukan.
Nombor 2
Anda seorang yang menyeronokkan dan jujur. Anda sangat bertanggungjawab
dan suka menjaga orang lain. Anda percaya bahawa kita perlu sentiasa bersikap
jujur dalam setiap pekerjaan. Anda mempunyai personaliti yang baik dan orang
akan cepat mempercayai anda. Anda juga bijak serta cepat berfikir. Sentiasa ada
cerita menarik untuk anda kongsikan.
Nombor 3
Anda seorang yang bijak dan suka berfikir. Anda adalah pemikir yang
hebat. Bagi anda, akal fikiran dan idea adalah sangat penting. Anda suka
berfikir mengenai teori dan pandangan anda berseorangan. Anda juga jenis orang
yang introvert. Anda hanya dapat menyesuaikan diri dengan orang yang suka
berfikir dan belajar seperti anda. Anda juga banyak berfikir tentang moraliti.
Sentiasa cuba melakukan yang elok pada fikiran anda, sekalipun majoriti
menentang anda.
Nombor 4
Anda seorang yang perseptif dan berfalsafah. Anda unik dan berbeza
dengan orang lain. Anda juga seorang yang mengikut naluri dan aneh sedikit.
Selalu disalahanggap oleh orang lain, dan ianya menyakitkan hati anda. Anda
perlukan ruang untuk diri anda. Kreativiti anda perlu diasah, dan ianya
memerlukan anda menghormati orang lain. Anda adalah orang yang dapat melihat
baik dan buruk dalam hidup dengan jelas. Anda sangat emosional.
Nombor 5
Anda jenis yang yakin dan menguasai keadaan. Anda sangat berdikari.
Prinsip hidup anda 'Saua akan lakukan dengan cara saya'. Anda seorang yang
bergantung pada diri sendiri dan tahu bagaimana untuk menjadi tabah pada diri
sendiri dan orang yang anda cintai. Anda cukup tahu apa yang anda nak dan anda
tidak takut untuk mengejar impian anda. Satu perkara yang anda perlukan dari
orang lain ialah kejujuran. Anda juga cukup kuat untuk menerima kebenaran.
Nombor 6
Anda seorang yan baik dan sensitif. Orang lain cepat dapat bergaul
dengan anda. Anda mempunyai ramai rakan dan suka membantu mereka. Anda
mempunyai aura yang baik sehingga semua orang gembira untuk berada di sisi
anda. Setiap hari, anda memikirkan cara memperbaiki diri untuk menjadi lebih
baik. Anda mahu menjadi lebih menarik, tersendiri dan unik. Lebih daripada
orang lain di dunia, anda sangat memerlukan cinta. Malah termasuk mencintai
orang yang tidak mencintai anda.
Nombor 7
Anda seorang yang ceria dan sentiasa gembira. Anda sangat sensitif
tetapi juga sangat memahami. Anda pendengar yang baik dan tahu untuk tidak
bersikap menyebelahi sesiapa. Anda lebih terbuka dengan orang yang baru anda
kenali dan di majlis-majlis. Anda sangat kebal daripada stress dan sangat
jarang untuk merasa bimbang. Kebiasaaannya, anda sentiasa relaks. Anda sentiasa
ada masa untuk berseronok dan tidak hilang tujuan.
Nombor 8
Anda seorang yang menawan dan bertenaga. Anda seorang yang
menyeronokkan dan tahu untuk membuatkan orang ketawa. Anda sentiasa tenang dan
selesa menjalani kehidupan anda. Anda seorang spontan dan enthusiastic. Tidak
pernah mengatakan tidak kepada cabaran baru. Biasanya anda akan mengejutkan
orang sekeliling anda pada akhirnya. Tetapi, itulah anda. Sentiasa menjadi diri
sendiri. Mempunyai banyak minat dan jika menunjukkan minat pada sesuatu, anda
akan cuba buat dengan sebaik mungkin.
Nombor 9
0 comments:
Post a Comment