07 April 2019

Posted by jinson on Sunday, April 07, 2019 No comments
Cara nak Hafal Al -Quran

1. Ibtidak - Memulakan
Mulakan hari ini. Insya allah setiap kejayaan bermula langkah pertama. Walau umur kita sudah di ambang senja. Mulakan hari ini.


2. Istiqom - Berterusan
Kata-kata Sahabat(athar) 1 kebaikkan yang berterusan lebih baik dari 1000 karomah(kemuliaan). Dengan cara kita terus hafal dan hafal, lama lama ia akan menjadi kebiasaan atau pun a way of life. Segala yang susah jadi mudah kerana sudah menjadi darah daging. Kita tahu Allah maha pengampun, jangan sampai kita mempermainkan taubat kita. Hari ini kita maksiat kemudian kita bertaubat, kemudian kita kembali maksiat kerana fikir kita Allah maha pengampun, kita boleh bertaubat. Risau kalau kalau saat Allah mengambil nyawa kita saat kita melakukan maksiat bukan saat kita bertaubat. Kita akan mati dengan kebiasaan kita. 

3. Sebab menghafal Al Quran
Sebab apa kita nak hafal Al Quran. Kerana sebab aku imam. Sebab aku ustaz. Sebab elaun atau sebab apa. Alhamdulillah, dia ada sebab kenapa dia hafal Al Quran. Mulai saat ini, cuba kita cari apa sebab kita pulak. Ada seorang hamba Allah ini bila ditanya kenapa kamu hafal Al Quran. Jawab dia aku bimbang saat kalimah Al Quran hilang dari mushaf, tiada orang yang boleh menyampaikan Allah. Biarlah aku salah seorang yang bersusah payah menyampaikannya.

Tip di atas ini disampaikan oleh Ustaz Mohammad Al Amin di Forum Bicara Ad Deen dalam tajuk Al Quran di hati atau di peti.

Cara menjaga Hafalan Al Quran
1. Tasmi'
Memperdengarkan bacaan yang dihafal kepada guru atau rakan yang dapat membantu kita menghafal.

2. I'aadah
Mengulang bacaan yang kita baru tasmi'.
Samaada mengulang dalam solat atau ketika memandu.

3. Muraja'ah
Mengulangkaji semua hafalan yang kita pernah hafal.

Semoga Ilmu ini bermanfaat.
Categories: , ,

0 comments: