26 April 2011

Posted by jinson on Tuesday, April 26, 2011 No comments

Slot Motivasi di Radio IKIM pada pagi ini (26 APRIL 2011) disampaikan oleh ustaz Badlishah. Berikut adalah cerita yang dikongsikan oleh ustaz.

Suatu hari, sebelum si ayah menutup matanya buat selama-lamanya, dia memanggil anak-anaknya untuk memberi amanat yang terakhir. Si Ayah ini merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya. Beliau memesan kepada anak-anaknya: "Wahai anak-anakku, ayahmu ingin memesan 2 perkara sebagai bekalan kamu semua. 1) Jangan menagih hutang pada yang berhutang. 2) Jangan biarkan sinaran matahari memancar padamu semasa keluar bekerja dan pulang".

Setelah sekian lamanya ayah mereka ini meninggal dunia, prestasi perniagaan si adik semakin hari semakin merosot manakalah lain pulak yang berlaku pada si abang, perniagaan abang semakin hari semakin maju dan berkembang. Melihat perkara itu, emak mereka pergi kepada si adik dan bertanyakan kenapa perniagaannya semakin merosot. Si adik menjawab, Beliau menuruti pesanan ayahnya sebelum ayahnya meninggal.
Kata si Adik "Ayah meninggalkan 2 pesanan buatku. 1) Jangan menangih hutang pada yang berhutang. Justeru apabila ada yang membeli secara hutang, aku tidak memintak mereka membayarnya semula, lama kelamaan modalku semakin berkurang. 2) Jangan biarkan sinaran matahari memancar padamu semasa keluar dan pulang ke rumah. Untuk menunaikan amanah ayah, aku terpaksa ke pejabat dengan menggunakan teksi dan banyak duitku dibelanjakan untuk membayar tambang teksi". Ibu mendengar cerita si adik dengan penuh simpati.



Selepas itu, ibu mereka bertanyakan kepada si abang pulak. Apa yang dilakukannya sehingga berjaya. Si Abang menjawab "Aku hanya menuruti wasiat dari ayah". Hairan si ibu mendengarnya. "Aik, adik kamu pun menjawab sedemikian. Tapi bagaimana kamu boleh berjaya" bisik si ibu sendirian. Tanya si Ibu kepada si abang: "Apakah wasiat ayahmu wahai anakku?". "2 wasiat yang ayah tinggalkan untuk kami. 1) Jangan menangih hutang pada yang berhutang. Justeru aku tidak membenarkan hutang dalam urusan perniagaanku. 2) Jangan biarkan sinaran matahari memancar pada wajahku semasa keluar dan pulang dari tempat kerja. Justeru aku keluar rumah sebelum matahari terbit dan pulang ke rumah selepas matahari terbenam. Hal ini membuatkan pelanggan-pelangganku mengetahui masa perniagaanku dan perniagaanku semakin laris kerana tempoh perniagaanku lebih panjang berbanding kedai-kedai lain". Wajah ibu tersenyum mendengar cerita si abang.

Kesimpulan dari cerita ini :
1- Komitmen. Sesuatu perkerjaan itu memerlukan komitmen yang jitu demi memperolehi kejayaan yang memuaskan. Pekerja yang komited akan sanggup berkorban untuk menyiapkan tugasannya walaupun dalam tempoh yang lama. Harus komited sehingga tugasan tersebut selesai.

2- Bijaksana. Meseg yang diterima adalah sama, tetapi hasilnya akan menjadi berbeza bergantung kepada sejauh mana penerimaan meseg tersebut. Jika kita ambil ia sebagai positif, pasti positiflah hasilnya dan begitulah sebaliknya
Categories:

0 comments: