30 November 2010

Posted by jinson on Tuesday, November 30, 2010 No comments
26 Nov 2010 - Jumaat lepas, ana dengan housemate berkesempatan menziarah Syeikh Umar Fawwaz dan Syeikh Ali di kediaman mereka, kuartes guru seberang perak.

Suatu petang, K Hajar masuk balik ana, maklumkan diorang akan ke rumah syeikh umar. Beliau jugak memperlawa ana untuk turut serta. Ana hanya menjawab dengan senyuman.. Sebenarnya tak jawab pun nak pergi atau tidak. Kemudian, khamis malam, K Hajar hantar meseg, "esok jadi tak pergi rumah sheikh?"
"Boleh ja. Ana tak ada plan apa-apa pun esok" jawab ana.
Jumaat, kira-kira jam 2.30 petang bertolak dari rumah sewa, singgah sebentar beli buah tangan untuk tuan rumah. Sampai di kuartes tu jam 3. Terlihat kelibat syeikh umar berjalan-jalan di perkarangan kuarter dengan memakai jubah putih, "mungkin baru balik dari solat juma'at" teka dalam hati.

Rumah pertama yang diziarahi adalah rumah syeikh umar. Terharu sangat, kami disambut dengan ramah walaupun tak pernah jumpa dengan keluarga syeikh. Sampai-sampai tu, bermula dengan salam dengan zaujah syiekh umar, kemudian sesi ta'aruf diri. Nama zaujah syeikh umar adalah Aayat. Maksudnya Ayat-ayat (ayat-ayat al-quran). Syeikh ada 4 orang cahaya mata, iman 10 tahun, alyak/ulyak taktau umur berapa, kemudian muhammad dan bongsu nama ahmad 3 tahun. Sepanjang perbualan dengan Ukhti Aayat, banyak jugak yang ana tak faham, ana hanya mampu senyum. Dalam hati, ana memasang niat dan azam nak belajar bertutur dalam bahasa arab semula. Syeikh Umar pesan, kena belajar Bahasa Arab sebab al-quran dan hadith dalam bahasa arab. Kita akan lebih memahami agama sekiranya kita mengetahui bahasa arab. Harap-harap ana tak malu la untuk bertutur selepas ini.



Orang kata, orang arab ni suka merai tetamu. Mereka akan keluarkan semua makanan yang ada di rumah mereka. Hal ini terbukti semasa kami berada di rumah syeikh umar, kami di jamu dengan perlbagai juadah makanan. Mula-mula dihidangkan dengan nasi ayam, roti arab, makarunah. Kali pertama makan. Kami dihidangkan dengan 4 buah pinggan yang berisi penuh nasi arab. Masing-masing tersenyum melihat nasi yang sedia terhidang di atas meja makan tersebut. Mampu kah? Melihat bilangan pinggan tidak mencukupi bilangan kami yang ada, K Aya meminta pinggan kosong. Satu lagi budaya yang baik, yang harus dicontohi, Ukhti Aayat cakap, budaya arab, kami makan berjemaah. Satu pinggan kongsi 2 orang. Alhamdulillah, kalau kena makan sorang satu pinggan, confirm KO tengah jalan. Disebabkan kali pertama makan makanan tersebut, rasa mcm nak terkeluar balik ja. Ya la, selera tak sama. Tapi fikir kita kena jaga hati tuan rumah. Alhamdulillah, kami berjaya juga habiskan sepinggan lebih nasi arab.

Selesai makan, solat zohor berjemaah di rumah syeikh. Kemudian sesi ta'aruf buat keli kedua. Kali ini dengan syeikh umar pulak. Alamak, kecut perut jugak. Nak cakap arab macam mana ni. Satgi kalau syeikh tanya apa-apa, nak jawab apa. huhu... Selesai K Fad memperkenalkan diri, tiba giliran ana pulak. "Ismi Aminah Bintun Suhaimin" Bantai sahaja la bu.. Kemudian syeikh umar tanya. Suhaimi au suhaimin? Ana dengan penuh keyakinan menjawab, Suhaimin. Kemudian syeikh tanya lagi, "ma ma'nal suhaimin?". Ana terus menggeleng kepala. Tak tau. Kemudian syeikh ada keluarkan kata-kata pujian. Kemudian, syeikh meminta ana menyebut nama buat kali ke-2. Selesai ta'aruf syeikh ada memberi beberapa kata-kata nasihat. Selesai di rumah syeikh umar, kami dibawa ke rumah syeikh ali pulak. Alhamdulillah, tuan rumah benar-benar memahami perut kami. Kami dijamu bertih jagung dari mesir dan kek. Semasa di rumah syeikh ali, kami ta'aruf kemudian syeikh memasang video sirah sepanjang hidup Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Sambil menonton, Syeikh Ali menerangkan semula kepada kami semua berkaitan dengan sirah. Ana dengan rasa tidak bersalahnya, bertutur dengan K Husna dalam bahasa Melayu di hadapan syeikh. Tiba-tiba, syeikh kata "اتكلم باللغة العربية" Ana hanya tersenyum kepada syeikh ali. Kemudian, akak-akak tolong menjawab bagi pihak ana.

Alhamdulillah, rasa beruntung sangat sebab berpeluang menziarahi keluarga sheikh. Banyak yang ana dapat belajar sepanjang ziarah ini. Semoga dapat dipraktikkan dalam kehidupan harian pula.


p/s : Hargai setiap detik dalam hidup anda, nescaya anda tidak akan mengsia-siakan apa-apa yang berada disekeliling anda.

p/s/s : Jangan jadikan Agama sebagai jambatan untuk anda melakukan maksiat. Kongsi makanan dengan makwe/pakwe untuk ambek berkat sunnah, boleh ka mcm tu?

p/s/s : Teringin nak cari sarang lebah, nak makan madunya (^_^)
Categories: ,

0 comments: