Salam Mahabbah buat sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian..wah, mcm nak bg ucapan rapat umum la pulak..hehe
Insyaallah, kali ni nak bincang satu bab iaitu muraqabah. Apa itu Muraqabah?
First time ana dengar istilah ni dalam usroh, waktu kat ma'ahad. Muraqabah ni adalah merasakan Allah sedang mengawasi kita, Allah sedang memerhati kita. Mengikut definisi dalam buku Menuju Ketaqwaan oleh Abdullah Nasih 'Ulwan, Muraqabah bermaksud menghadirkan (merasakan) kebesaran Allah di setiap waktu dan keadaan seterusnya mendampingi kepada-Nya diketika tersembunyi ataupun secara terang-terangan.
Muraqabah ni ada beberapa jenis antaranya:
1. Muraqabah dalam melaksanakan perintah Allah.
Muraqabah ini akan mendorong kita untuk bersungguh-sungguh dalam melakukan ibadah kepadanya. Setiap kali solat, fikirkan solat itu, solat yang terakhir, nescaya, kita akan melakukan dengan bersungguh-sungguh. masalah yang sedang difikirkan, kita mampu letak di luar surau sekejap. Salah satu cara nak khusyuk solat adalah, jaga pandangan. Ust Amin pesan, kalau sapa suka tengok TV, insyaallah solat dia tak khusyuk. Mana taknya, asyik dok fikir cerita dlm TV tu ja.
2. Muraqabah dalam meninggalkan larangan Allah.
Taubat dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi adalah cara utk kita muraqabah kepada Allah. Allah maha pengampun lg maha penerima taubat. Justeru, sekiranya dalam hidup kita, kita pernah melakukan dosa atau kesalahan, maka bertaubat la kepada Allah. Biar la manusia di sekeliling kita memandang serong kepada kita, tp yang pasti, kita betul2 bertaubat dan sentiasa mengislahkan diri dalam meniti jalan taqwa menuju cinta Ilahi.
3. Muraqabah dalam melakukan perkara harus.
Muraqabah ini adalah dengan cara kita menjaga tatasusila kita dan mensyukuri atas segala ni'mat yang telah diberikan kepada kita.
4. Muraqabah dalam berhadapan dengan musibah.
Menerima musibah dengan penentuan dari Allah dengan penuh kesabaran dan kerelaan.Mungkin, perkara itu kita lihat membebankan dan menyeksa diri kita, tetapi pada masa hadapan, perkara itu sebenarnya telah membawa kita ke jalan yang benar, membentuk diri kita insan yang benar-benar mengenal erti kehidupan. Allah telah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 216:
"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
Akhir kalam, sahabat2 sekalian, ayuh sama2 kita tingkatkan kembali semangat kita utk menempuh kehidupan ini dengan muraqabah kepada Allah.
Categories: tazkirah
0 comments:
Post a Comment