09 August 2008

Posted by jinson on Saturday, August 09, 2008 No comments
hadis ke6 dalam hadis 40

عَنْ أَبِي عَبْدِ الله النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيْر رَضِيَ الله عَنْهُمَا قَالَ: سَمِعْتُ رَسُوْلَ الله
وسلم یَقُوْلُ: (( إِنَّ الحَلاَلَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الحَرَامَ بَيِّنٌ وَبَيْنَهُمَا أُمُوْرٌ مُشْتَبِهَاتٌ لا یَعْلَمُهُنَّ آَثِيْ رٌ
مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ فَقَدِ اسْتَبْرَأَ لِدِیْنِهِ وَعِرْضِهِ وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي
الحَرَامِ آَالرَّاعِي یَرْعَى حَوْلَ الحِمَى یُوشِكُ أَنْ یَرْتَعَ فِيْهِ. أَلاَ وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلاَ وَإِ نَّ
حِمَى اللهِ مَحَارِمُهُ. أَلاَ وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ آُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَ دَ
الْجَسَدُ آُلُّهُ، أَلاَ وَهِيَ الْقَلْبُ)). رواه البخاري ومسلم.


maksudnya:
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas, dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas, dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya. Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya. Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan, dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya. Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkaraperkara yang diharamkanNya. Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang
apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad. Ketahuilah ia adalah hati.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.


Daripada hadis di atas,jelas la bahawa setiap perkara yang halal, sudah terang lagi bersuluh dari ayat Al-Quran dan Hadis bahawa ia adalah halal, dan seperti perkara yang haram juga, ia sudah dijelaskan didalam Al-Quran dan Hadis..contoh perkara yang haram, berzina, minum arak, berjudi, riba dan seumpamanya..yang menjadi masalah masyarakat sekarang ialah, tidak tahu samaada perkara ini halal atau haram,sehinggakan masing-masing dengan ijtihad masing2 tanpa menggunakan ilmu hanya sekadar aqal semata-mata..sebagai contoh, bercouple. kalau diberitahu pada pasangan yang bercouple,bahawa haram berdua-duaan tambahan dalam keadaan mabuk bercinta..mesti kebanyakkan depa akan cakap, " hai! kami mana buat apa pun...yang haramnya berzina. kami mana berzina pun" hmm...mungkin depa tak penah dengar larangan Allah supaya Jangan Hampiri Zina..sbb tu depa ingat yg haram hanya zina..so..kita yang tahu la yang patut jelaskan pada depa...tp yang paling menyedihkan hati bila org yang ada ilmu, yakni tahu tentang haramnya terlibat dlm perkara-perkara yang menjurus ke arah zina, depa turut melakukan..bila dinasihatkan..jawapan yang akan depa bagi "nti cakap senang la...kami yang menghadapinya...ingat senang ka nak tahan perasaan ni" besa la bila dah mabuk bercinta, tak kira la ang ni ust ka, ustazah ka, mat rempit ka, minah kilang ka, pakat tak ingat akhirat dah..masing2 dok melayan dunia cinta masing2..hmm..itu satu hal..ni kes bila sahabat yang paling rapat ngan kita bercouple, kita dengan senang hati meredhakan tindakan dia..kadang2 tu siap bagi cadangan lagi..bila masa sesuai untuk bergayut..kat mana tempat yang selamat...kita tahu bila kita nampak ma'siat kita wajib tegur, dan paling koman pun tegur ngan hati..hmm..kalau situasi mcm ni, apa cerita dia..dia tengur ngan apa...bukan tegur, siap galakkan lagi ada la..na'uzubillahi min zalik..mintak kita tidak tergolong dlm golongan ini..ameen..


kesimpulannya:
1. tuntutlah ilmu, supaya kita dapat menilai yang mana halal, yang mana haram, dan yang mana syubhah.
2. sampaikan kepada rakan2 yang tidak tahu..peranan kita, jelaskan pada mereka, jgn terus menghukum mereka...sayangilah mereka krn mereka adalah saudara kita..
3.amalkan ilmu yang kita perolehi..walaupun ilmu tidak melambangkan keimanan seseorang itu..tapi kita sebagai org yang berilmu perlulah menggunakan ilmu dalam meningkatkan keimanan kita..
4. jaga lah hati..hati akan bersih sekiranya aqidah kita clear..insyaallah
5. sama2 kita beramal dengan hadis diatas..
Categories:

0 comments: