Empunya diri bernama Aminah Binti Suhaimin. Lepasan Universiti Sains Malaysia dalam bidang Sains Komputer dan Pengajian Islam. Selepas selesai ijazah, saya bekerja di sebuah syarikat komputer di Kelantan, IA-Tech enterprise. Walaupun Ia-tech masih kecil, saya menimba banyak pengalam dalam bidang pembinaan website dan sistem aplikasi, cara berurusan dengan pelanggan, serta serba sedikit ilmu pengurusan pentadbiran syarikat.  Tidak lama kemudian, pada akhir tahun 2009 saya menerima tawaran dari Al-Muttaqin Network Sdn. Bhd. bekerja sebagai Eksekutif IT. Kemudian saya berpindah kerja di Insan System, KUIN bekerja sebagai System Programmer.

Pada bulan Julai 2011 saya berkahwin. Memandangkan suami saya bekerja di Shah Alam, saya mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan mengikut suami tinggal di Shah Alam. Saya berpindah ke Selangor pada bulan September 2011. Memandangkan kos sewa rumah yang tinggi di Shah Alam, suami saya menyewa rumah di Kampung Melayu Subang dengan sewa RM450 sebulan. Ini merupakan sewa yang ideal kepada pasangan yang baru mendirikan rumah tangga. Hari mengganti minggu, minggu berganti bulan, saya tinggal keseorangan di rumah sementara suami sibuk bekerja siang dan malam. Dari seorang yang sibuk bekerja kepada suri rumah sepenuh masa, rasa tenaga muda ini disia-siakan. Melihat keadaan ini, suami saya mencadangkan saya bekerja dengan kenalan universitinya, UITM sebagai guru mengaji al-quran di Darul Huffaz Cawangan Kota Damansara.Pemiliknya Puan Tengku Nur Husni Binti Tengku Abd Razak dengan panggilan mesranya Kak Husni.

Sepanjang bekerja di Darul Huffaz saya berasa sangat serasi dengan pelajar-pelajar disitu dan berminat dengan pendidikan anak-anak. Disamping itu, Kak Husni sentiasa memberi galakan dan dorongan untuk membuka pusat didikan sendiri. Akan bersambung....


Dalam hadith ada diriwayatkan "التجارة في الرزق أعشار تسعة "
Bermaksud Berniagalah kamu kerana sembilan persepuluh punca rezeki adalah di dalam perniagaan.

Bisnes Mazhab ABS

0 comments: