13 February 2011

Posted by jinson on Sunday, February 13, 2011 No comments
Bismillahirrahmanirrahim...

Takkala jari ini menaip papan kekunci laptop kesayangan ini, saya sedang menanti banyak perkara untuk berlaku.

1) Menanti untuk testing print bil tuntutan system kat kaunter lembaga padi. Disebabkan kat kaunter ada orang guna printer untuk cetak resit, so saya harus menunggu.

2) Menanti kepulangan adik dari mesir. Rasa tak sabar untuk menatap wajahnya dan berbual walaupun semasa beliau di bumi mesir, kami selalu berbual. Sekarang beliau dalam perjalanan dari Serdang menuju ke Shahab Perdana. Bas yang beliau naiki dijangka sampai pada jam 8 malam. Huhu..tak sabarnya nak jumpa (^_^)

3) Menanti Maulidul Rasul. Tak pernah lagi pengisian usroh buat qasidah selawat, so saya perlu mencari rakaman qasidah dan teks qasidah selawat untuk usroh nanti..


Bersempena bulan Maulidul Rasul, ana ingin mengajak diri ana dan sahabat-sahabat semua supaya mengkaji dan mendalami sirah Junjungan Mulia, Nabi Muhammad SAW. Tanda seseorang itu mencintai kita adalah beliau mengetahui segala-galanya tentang kita. Hatta sekecil-kecil perkara sehingga lah kepada sebesar-besar perkara. Begitu jugak kita dengan Rasulullah.
Categories:

0 comments: