11 December 2010

Posted by jinson on Saturday, December 11, 2010 No comments
Alhamdulillah..hari ini 11/12/2010, saya berpeluang menyertai program Ijtima' Thanawi Ummahat 2010. Rasa bersyukur sangat sebab berpeluang mendengar dan menyaksikan dengan mata sendiri tokoh-tokoh hebat muslimat di negeri Kedah ini. Antara tokoh hebat adalah, Ustazah Faridah Ahmad, Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Kedah. Sebelum ini, saya hanya mendengar suara beliau dalam corong radia kedah fm. Suaranya yang penuh kasih-sayang dan ditambahi beliau satu-satunya tokoh wanita dalam Rancangan Bimbingan Fardhu 'Ain Anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah yang diadakan pada setiap hari jam 5.30petang di radio Kedah FM. Dalam ucapan ustazah siang tadi, ustazah ada menyatakan keadaan yang agak kritikal iaitu berkaitan masalah remaja, masalah sosial dan masalah keruntuhan rumah tangga. Kawasan yang agak kritikal adalah di bahagian Kulim, Bandar Baru, Serdang, Seberang Prai.



Seterusnya, Ustazah Zaharah Abu Bakar, merupakan Ustazah di Ma'ahad Tarbiyah Islamiyah Derang. Saya mula mengenali ustazah ketika berada dibangku sekolah menengah, iaitu ketika program Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud. Ustazah juga pernah memberi kuliah berkenaan wanita pada ketika saya masih belajar di maktab mahmud.Ustazah merupakan pengerusi Lajnah Ummahat Persatuan Ulamak Negeri Kedah. Sedikit sejarah PUK ini, PUK ditubuhkan pada tahun 1946 dan Lajnah Ummahat pula mula ditubuhkan pada tahun 1999.

Tokoh yang ke-3, Ustazah Mikiah. Ustazah Mikiah merupakan ketua muslimat kawasan pokok sena. Selalu mendengar nama ini, tapi belum berpeluang mengikuti program dan kuliah bersama ustazah. Semoga pertemuan pertama kali ini menjadi titik permulaan untuk saya lebih mengenali ustazah hebat ini. Semasa ucapan perwakilan tadi, ucapan ustazah Mikiah membuatkan semua hadirat bersemangat dan bermotivasi. Gaya ucapannya seperti gaya Ustaz Dzulkhairi Mohd Nor. Terkesan dengan kata-kata ustazah tadi, jangan lah kita menjadi seperti bunga durian, banyak pada awalnya, tapi yang benar-benar bertahan sehingga menjadi buah durian hanya sedikit sahaja. Satu lagi kata-kata keramat dari ustazah, kenapa Rasulullah disusukan oleh ibu susuan, bukan bonda Baginda? salah satu pengajaran yang kita boleh ambil adalah, jangan jadikan alasan anak untuk kita tidak terlibat dalam lampangan dakwah. Semoga saya dan semua rakan-rakan mampu mencontohi ustazah ini.



Sampai di sini dulu perkongsian berkaitan tokoh-tokoh muslimat di negeri Kedah.
Categories:

0 comments: