21 February 2010

Posted by jinson on Sunday, February 21, 2010 1 comment


Pada 17 dan 18 Februari 2010 yang lepas, saya berpeluang menziarahi Abang saya yang berada di Narathiwat, Thailand. Saya hampir terlupa yang keluarga kami mempunyai seorang abang yang berada nun jauh di selatan Thailand. Disebabkan kami jarang berjumpa dan membesar di tempat yang berbeza, membuatkan kami 5 beradik kurang rapat dengan Abang Ki. Abang Ki merupakan anak ayah dengan Mek Faridah. Walaupun ayah telah berpisah dengan Mek, kami sekeluarga selalu dibawa berjumpa dengan Abang Ki yang merupakan warganegara Thailand. Setiap kali memandang wajah Bang Ki, hatiku sayu melihatnya. Dibesarkan tanpa ayah, hidup berdikari berjuang mempertaruhkan nyawa di negara yang terkenal dengan peristiwa tembak-menembak. Doaku semoga Abang sentiasa berada di bawah payung rahmat-Nya. Ameen.

1 comments:

qamarunnajami said...

salm ya ukhti..
pengisisan yg bagus..mohon di ikuti blognya