28 November 2009

Posted by jinson on Saturday, November 28, 2009 6 comments
Salam Aidil Adha kepada semua.

Alhamdulillah, kita masih lagi diberi ni'mat untuk melihat dan menghayati hari mulia ini, aidil adha. Semoga pengorbanan yang dilakukan oleh Nabi Ibrahim as dan Nabi Allah Ismail as, kita aplikasikan dalam kehidupan harian kita. Hidup ini penuh dengan corak dan ragam. Kadang-kadang kita suka, dan kadang-kadang kita benci sangat melihat corak dan ragam itu. Itu lah kehidupan. Kita takkan dapat tahu nilai suka kalau kita takdak perasaan benci. Justeru bersyukurlah kalau kita masih ada perasaan. Orang kata, perempuan ni suka bicara tentang perasaan. Ya, memang betul. Ni ana nak kongsi satu cerita yang mana ana harap kita boleh ambik iktibar dari kisah ini.

Alhamdulillah, ana bersyukur kerana digerakkan hati untuk menghubungi seorang ustaz untuk satu program ni. Dan alhamdulillah juga, ustaz tersebut yang menjawab panggilan ana dengan baik. Dan Alhamdulillah juga, selepas itu, telefon itu bertukar tangan kepada seorang perempuan dan ana kira isteri ustaz tersebut. Dan Alhamdulillah, cara percakapan wanita itu membuatkan ana bercakap dengan lebih sopan santun dan menyumpah serapah dalam hati kerana tindakannya.

Huh! kepada muslimin semua, pilih lah pasangan yang memahami kerjaya dan gerakkerja anda. Pasangan yang memahami tuntutan jemaah. Pasangan yang memahami adab dan agama.
Kepada muslimat muslimat yang ana sayangi, jadilah sayap kiri kepada suami anda. jangan jadi queen control kepada suami anda. Jadilah penasihat terbaik tapi jangan jadi pengarah terbaik kepada suami anda.
Categories:

6 comments:

atikah_othman said...

uish!! dahsyatnya ... ada jugak 'ustazah queen control'...=)

nailah87 said...

ni lah pengalaman pertama dalam hidup ana, kena sound dengan isteri orang.. ingat org nak kacau suami dia ka.. ni la kesan kalau muslimin pilih isteri hanya pada kecantikan semata..

awai2 kawen, plan mcm2..nak tarbiyah isteri la, nak jadikan isteri sebagai mad'u la.. last2..isteri yang tarbiyah dia.. gheja dok ghumah ja..jadi kuli isteri..

air_sun said...

Salam Aidiladha

haha..
lawak jugak dgr cerita nti..

tp nti cuba tgk ayt plg last nti..
ada ayat 'suami ana'..
hai, sapa la yg bertuah tu..

nailah87 said...

alamak! tersilap taip la cikgu..

Ustaz Nazmi said...

Salam...

Hish...Mengancam juga isu ni... Ini adalah peringatan daripada ustazah Aminah pada semua muslimin yang belum bersayap...Biarlah "sayap" kita ala kadar, tapi dapat dimanfaatkan setiap masa (faham & tolong kita) dari sayap yang mahai (cantik kot) bila dah seneghih sket(suami minta izin nak pi dakwah) terus patah (merajuk & cenge)...

::Ingatan untuk Diri Juga::

nailah87 said...

Ya..Peringatan untuk diri ana jugak..