29 August 2009

Posted by jinson on Saturday, August 29, 2009 No comments
Pejam celik, pejam celik, hari ini dah hari ke 9 ramadhan. fasa 1 ramadhan dah nak berakhir.. fasa apa? fasa rahmah. Ingat lagi tak, keistimewaan ramadhan. Permulaannya penuh rahmat, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan dari api neraka. Oleh itu, rebutlah peluang ini sebaik mungkin.

Bila masuk bulan ramadhan, ramai yang berebut2 untuk membuat majlis iftar. Ada yang buat secara sekali sebulan dan ada yg tiap2 hari. Rasulullah menganjurkan umat islam supaya memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut.



Tak terkecuali, usroh ana pun turut merancang mengadakan iftar jam'ie. Tahun lepas di UIA, tahun ni insyaallah kat UPM pulak. Tengok keadaan mcm mana.. Rindu sangat ngan usroh kubra(iftar jam'ie) tahun lepas. Itu kali pertama ana masuk dalam kawasan UIA, menjelajah bumi UIA. Dan itu kali pertama ana bermusafir seorang diri ke KL. Takut takut jugak, tapi sebab rindu nak jumpa sahabat2, ana pi jugak. Walaupun pada awai2 majlis agak kelam kelibut, yela, dengan kebanyakkan yang datang tu bukan tahu sangat selok belok UIA tu, maka lambat sikit la nak jumpat tempat iftar tu. 'ala kullihal, semuanya berjalan dengan lancar. Makanan iftar ditaja oleh sahabat2 UIA. Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi ;) Lepas solat maghrib berjama'ah, kami berkumpul semula untuk pengisian rohani. Mendengar taujihat dan tazkiyah dari orang2 alim sangat lain rasanya. Terasa terisi semula hati ini yang dah lama dahagakan taujihat sebegitu. Ana masih ingat lagi satu kata2 dari sahabat UM, "Walaupun tadi ana penat dengan program kat UM, seharian suntuk bergerak kerja, tapi ana datang jugak, ana datang sini tak lain dan tak bukan sebab ana ingin menyambungkan semula ikatan Ukhuwah yang terbina satu ketika dahulu. " Kami dimaklumkan sahabat UM tu ditaklifkan sebahagai pengarah program utk program di UM siang tadi. Memang kelihatan raut2 kepenatan pada wajahnya. Melihat kesungguhan dia untuk datang sini, menyebabkan air mata tak dapat ditahan lagi. Ia terus mengalir.

Iftar tersebut mengingatkan ana lagi akan pengorbanan seorang sahabat dari UIA, walaupun pada esok hari, dia akan menjalani ujian untuk kursus pengajian dia, tapi dia tetap datang jugak. Ini lah hasil kemanisan ukhuwah yang terbina atas dasar aqidah. Rindu sangat dengan dengan antum. Semoga kita semua dikuatkan iman dalam menjalani ibadah dibulan Ramadhan yang mulia ini.


P/s : Makluman iftar akan dimaklumkan melalui talian Celcom, harap maklum ;) Harap semua sahabat2 dapat luangkan masa untuk iftar kali ni..
Categories: ,

0 comments: