04 August 2009

Posted by jinson on Tuesday, August 04, 2009 1 comment
Pagi ini, kepalaku terasa berat sekali. Rasa ingin memadamkan semua mimpiku dengan menyambung semula tidurku. Tetapi, walaupun dicuba berkali-kali, fikiranku masih terbayang-bayang mimpi itu. Selepas menyucapkan Alhamdulillah kerana masih dianugerahkan ni'mat untuk hidup, aku terus bergegas mandi. Sepanjang aku membuat persiapan kendiri, fikiranku terus memikirkan, bagaimana harus aku lupakan semua itu. Mahu cari tempat untuk aku luahkan, tapi kepada siapa. Aku terus berfikir, ya, mintak nasihat dari sahabat karibku. Aku fikir kembali..Ish..kenapa aku ni..cari nasihat yang jauh. Gedung nasihat dan motivasi ada disisiku. Kenapa aku tidak memintak dariNya..terus aku mencapai surat cinta dariNya. Aku membuka pada surah al-baqarah, ayat 216. Allah berfirman dan maksudnya:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (216)

Hati ini milik Allah, maka kalau ingin penawarnya, mintaklah dari Allah
Hati ini milik Allah, maka jangan biarkan ia cintakan dunia,
Hati ini milik Allah, maka jangan biarkan ia dikotori dengan dosa,
Hati ini milik Allah, maka bajailah ia dengan zikrullah

Categories:

1 comments:

f said...

hati ini...milik Allah..

Allahuakhbar!