08 August 2008

Posted by jinson on Friday, August 08, 2008 No comments

Alhamdulillah, hari ni berjaya juga buat kuliah siswi. Alhamdulillah juga, ramai sahabat2 yang datang dan ada juga yg datang tu dari kalangan staf. semasa pengajian tu, ana rasa best dan sangat tenang..kalau sebelum ni, kita dok kalot2 urus pasai kuliah tu. sat pi pusat islam nak bincang ngan ustazah, dok sat tu pi pusat sains komputer pulak, nak tempah dewan kuliah..waktu dok berjalan2 urus kuliah ni, teringat balik kenangan ana kat ma'ahad..kat ma'ahad dulu ana selalu dok buat2 busy mcm ni..pantang cikgu keluar ja, ana mesti keluar sekali..keluar pi urus program BDK..oleh kerana ana selalu keluar pi bilik guru urus program, ana dapat gelaran "K Aminah yang suka berjalan, Kalot urus program" gelaran ni ust Fauzi Tahir yang bagi. selain drpa tu ada jugak ust penah tanya ana, "nti punya kelas kat mana?" ana pun hairan la..awat ust ni, tanya soalan budak tadika ja..pastu ana pun jawab, kelas ana kat 5sains 3 la ust..awat ust?
pastu dengan selamber nya ust kata kat ana " la...rupa2nya nti ni ada kelas ka..ana ingat kelas nti kat atas jalan, ana lalu ja, mesti nampak nti atas jalan,,tu yang ana confius tu" fuish! kata2 menusuk ke kalbu..sampai sekarang ana ingat...kata2 yang menyebabkan ana rasa nak buktikan yang walau dok kalot ngan program..study alhamdulillah, cemerlang..terima kasih ust jamil atas teguran tu..hehe=)

ok..masuk balik pada cerita kuliah siswi, td kami mengaji tentang kepentingan menuntut ilmu dari kitab MATLA'UL BADRAIN,
ustazah rohayati menyebut hadis-hadis yang menceritakan tentang fadhilat menuntut ilmu dan kelebihan kepada sesiapa yang bersama ngan ulamak@ penuntut ilmu.
taraf penuntut ilmu sama dengan taraf orang yang berjihad di jalan Allah, jadi penuntut ilmu(pelajar) boleh mendapat zakat. kita bila kita ada perasaan kasih pada orang yang menuntut ilmu, seolah2 kita kasih dan sayang pada anbiyak, dan sekiranya seseorang tu benci pada penuntut ilmu, maka dia sebenarnya telah membenci anbiyak, na'uzubillahi min zalik..
td ada bincang jugak tentang betapa penyayangnya sifat Allah pada hambaNya..ada hadis yang menceritakan ada seorang hamba tu selepas ditimbang amalannya, tiada langsung amalan kebaikan dalam dirinya..kemudian Allah memerintahkan kepada malaikat supaya check kat lelaki tu sama ada dia penah membantu orang yang menuntut ilmu..bila malaikat check, takdak. kemudian Allah perintahkan supaya diperiksa samaada lelaki tu penah ada perasaan kasih pada ulamak, check2 tengok, takdak jugak..pastu diakhir kisahnya..Allah memasukkan lelaki tu ke dlm syurga disebabkan dia penah berkawan dengan orang yang bersama ngan ulamak...lihat sahabat2,betapa sayangnya Allah pada hamba2Nya..mcm mana pula ngan kita? sejauh mana kita sayang pada Allah? apa perasaan kita bila kita diuji? sejauh mana kita ingat Allah takkala kita gembira? sama2 kita muhasabah..

ok lah...setakat sini dulu cerita dari ana..wallahu a'lam



0 comments: