24 March 2013

Posted by jinson on Sunday, March 24, 2013 No comments
Puan Ainon Mohd menulis:


Modal dapat dibahagiakan kepada beberapa kategori:

1. Modal tanah
2. Modal wang
3. Modal peralatan kerja
4. Modal bangunan
5. Modal harta intelek
6. Modal reputasi - nama baik
7. Modal kepakaran


Modal duit tidak sama dengan modal tanah.

Katakan saya ada sebidang tanah sawah. Saya izinkan pesawah bertanam padi di atas tanah saya.

Saya tidak ada risiko tanah itu hilang.

Tidak begitu halnya dengan modal duit. Ada risiko modal duit saya itu hangus.

Jadi, apabila berkongsi perolehan, porsinya tidak patut sama.

Dalam kes modal harta intelek....

Katakanlah saya menyediakan modul training. Lalu modul itu dipasarkan oleh syarikat ABC.

Modul saya itu tidak ada risiko hilang dari tangan saya. Ia akan tetap kekal menjadi harta milik saya.

Modul itu juga boleh disampaikan oleh banyak pihak serentak. Jadi saya boleh dapat banyak duit daripada banyak pihak.

Risiko saya adalah kos melepas sahaja - opportunity cost.

Tidak begitu halnya dengan duit ataupun tanah. Kalau tanah itu sudah saya berikan kepada 1 orang petani, saya sudah tidak dapat menyerahkan tanah itu kepada petani lain.

Formula cara bagaimana Nabi membahagi-bahagikan harta rampasan perang sesuai digunakan apabila pihak pemilik syarikat mahu berkongsi hasil perolehan bisnes dengan semua staff.

Formula itu tidak sesuai untuk perkongsian lain, sebagai contoh jika pemilik saham mahu berkongsi dividen sesama mereka sahaja. Untuk tujuan ini kita menggunakan formula lain, yang juga digali dari sumber sunnah
Categories:

0 comments: