07 June 2011

Posted by jinson on Tuesday, June 07, 2011 1 comment
Nak kongsi dengan sahabat-sahabat pembaca fadhilat membaca surah al-baqarah. Ana dapat dari kuliah Ustaz Kazim dalam radio kedah.fm.

Fadhilat Membaca surah Al-Baqarah
1) Syaitan, Jin tidak boleh masuk dalam rumah yang penghuninya menghidupkan surah ini.


Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : “Janganlah kamu jadikan rumah-rumah kamu perkuburan sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah yang dibaca padanya surah al-Baqarah”. (Riwayat Muslim)
Abu Mas'ud Albadri r.a. berkata bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda;


2) Ular tidak akan masuk ke dalam rumah.

3) Rumah akan dilindungi dari pencuri masuk, kalau pencuri berjaya masuk rumah untuk mencuri, dia tidak akan jumpa pintu untuk keluar.

"Barangsiapa membaca dua ayat dari surat Al-Baqarah, maka cukuplah baginya (dari hal-hal yang membencikan. Dan menurut sebahagian pendapat :sama dengan bersembahyang malam)."

(Riwayat Bukhari & Muslim)

4) Rumah akan menjadi sejuk dan nyaman.

Kalau sapa-sapa yang baru masuk rumah baru, boleh amalkan surah baqarah ini ^_^

Jom, sama-sama kita amalkan.
Categories: ,

1 comments:

bidadatun said...

Bakarah ka Barakah??? ehehehe...