30 June 2008

Posted by jinson on Monday, June 30, 2008 No comments
Kat sini ana na ceghita satu ceghita yang sangat best. 28 Jun 2008, hari pendaftaran pelajar baru di USM.

Pencuri banner-banner kami…
Sebelum hari pendaftaran ana ngan sahabat-sahabat ana bertungkus lumus menyiapkan banner untuk menyambut pelajar baru daripada PMI. Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya menyiapkan 12 buah banner. Saya ulang sekali 12 buah banner. Tahniah, buat sapa2 yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan banner tersebut terutama sekali kepada En Nazru dan En Khairul Erwan walaupun pada awalnya Nampak macam susah nak setuju dengan banner kami yang cantik ini.hehe jgn marah yer…

Pada pukul 2 pagi, sahabat-sahabat siswa bertungkus lumus menggantung banner2 tersebut dalam kesejukan pagi yang dingin dengan kebenaran pegawai keselamatan. Selepas habis menggantung banner2 tersebut, depa ni pun balik nak rehat sebab seharian berkerja mengemas gerai jualan untuk hari pendaftaran tu. Baru nak letak kepala atas bantai, tiba2 depa dapat penggilan daripada salah seolah sahabat siswa memaklumkan bahawa banner2 yang baru dipasang itu sudah dihilang! Entah la sapa yang hati busuk itu, yang dengki dengan banner kami yang cantik itu..hati hancur luluh bagaikan kaca jatuh pecah berderai…kepada perompak banner kami, kami doakan semoga Allah memberi hidayah kepadamu…ana dimaklumkan bahawa YDP PmiUSM dah buat aduan kepada pegawai keselamatan tentang penganiayaan terhadap kami dan banner2 kami itu. Kita serah pada pegawai2 ini dan semoga depa dapat menyelesaikan masalah ini secepat mungkin..


Tumpang kereta…

Jam 7.45 pagi, ana ngan sahabat ana pergi ke Stesen bas Sg. Nibong sebab nak beli tiket pergi KL. Ada urusan yang nak diselesaikan disana..Sampai disana, tiba-tiba ana Nampak kelibat 3 4 orang berpakaian hitam dan nampak tengah promote sesuatu..USM..USM…USM…rupa2 nya depa ni rakan2 PPMS, tengah sambut adik2 baru yang datang dengan bas..Terdetik dihati saya, bagusnya depa ni, awai2 pagi dah setia menunggu pelajar2 baru kat situ..risau adik2 baru ni terpinga2 bila datang penang ni. Tahniah diucapkan..
Lepas beli tiket, ana turun nak balik..tiba2 ana nampak sorang mak chik, pak chik ngan sorang lelaki..nampak gaya macam pelajar baru USM..kesian jugak ana tengok lama juga depa ni dok bediri kat situ. Waktu ana sampai, ana nampak depa dok berdiri kat situ, lepas ana pi beli tiket, ana turun, tengok depa dok berdiri kat situ juga.. terdetik kat hati ana, kesiannya kat family ni, PPMS tak nampak depa ka..tak pa lah, ana pon pi kat family tu, ana tanya “ mak Chik nak pi mana? Saya tengok lama mak chik dok berdiri kat sini..”
“ Mak chik nak pi USM adik, ni nak hantar anak mak chik daftar hari ni. Dengar kata, USM ada sedia kan bas untuk ke Sg. Nibong ke USM, betul ka adik?”
“Betul2, memang depa ada sediakan..depa pi hantar pelajar2 kat USM kot…Mak chik tunggu la sat, satgi depa mai la tu. Mak chik ni dari mana?”
“oooo, mak chik dari Johor dik, tadi mak chik turun kat Btwrh, pastu naik bas ke Sg. Nibong, tunggu Bas dari USM pulak”

………
“Ok lah mak chik, saya nak balik USM dah ni..ka mak chik nak tumpang saya…kebetulan saya nak pi USM ni, lagi pun pendatran pukul 8 pagi kan? Jom la mak chik…”
“ Ya ka? Tak meyusahkan ka? Tapi boleh jugak.” Pastu mak chik Inah pun ajak suami dia ngan anak dia naik kereta ngan ana..dan kami hantar family ni ke desa Indah Kembara, sambil2 tu kami pun berkenalan ngan family ini. Adik Aizam ni Nampak sangat teruja untuk belajar disini. Saya kagum dengan adik ni..dia seorang yang bijak dalam akademik dan mak Inah sangat berbesar hati menceritakan pasai adik Aizam ni..Bagus la dik…Mak Ayah adik berbangga dengan adik..denga cara nil ah kita perlu balas jasa mak ayah kita ni..ngaji ghajin2 ya adik…Gunakan peluang ni sebaik mungkin..Semoga berjaya dunia akhirat..Pilih la kawan yang baik, yang boleh membimbing dan menasihati kita dalam meniti hidup di kampus yang penuh mencabar ini..Semoga adik terus menjadi kebanggaan mak ayah adik..

Senior PPMS raging??

Selepas hantar mak inah ngan familynya ke IK, ana ngan Ukhti Shakila terus ke Cahaya Gemilang..nak bantu sahabat2 kat sana buka gerai jualan..dalam perjalanan ke sana, tiba2 ana dapat satu meseg dari sahabat ana, farah.
“Min, try baca blog penyebarmaklumatsebenar, dia ada tulis artikel pasai PMIUSM..artikel dia ceghita pasai ada sorang adik ni nama FAIZAL(ahli PMIUSM) dapat meseg..dalam meseg tu ada tulis “ Senior PPMS raging pelajar baru”…..
Bila dapat tau sahaja maklumat ni, ana terus plan nak jumpa ngan penulis blog ni, nak mintak tolong dia bantu ana sebagai NYDP PMIUSM cari maklumat ni secara detail. Saya nak berjumpa ngan FAIZAL ni, nak mintak no orang yang send meseg ni pada dia, dan nak check sapa yang dok sebar2 meseg ni..Pastu, ana mintak no contact DIDI ni dari k Mastura, MPPUSM. Petang tu ana janji ngan DIDI, nak jumpa ngan dia kat kafe Bakti Permai sebab ana ada masalah dan nak mintak tolong dia, dan dia bersetuju..
Seperti yang dijanjikan, kami berjumpa dan ditemani sahabat ana, jannah..
“Ok, sebelum kita start ni, kita introduce sikit..” Ana memulakan bicara..
Didi pun perkenalkan diri “ Nama saya, Naqiyyuddin, Student Farmasi tahun 3..boleh panggil Didi”. Pastu kami pun start bincang..
“Ok, seperti yang saya meseg awak tu, nama saya Aminah Suhaimi. Saya ada masalah sikit dan memerlukan bantuan awak. Hanya awak saja yang boleh tolong selesiakan”
“Ok, apa masalahnya”
“Ok, saya NYDP PMIUSM, saya ada baca blog awak pasai kes sms senior PPMS raggi pelajar baru..dan seperti dalam artikel awak, kes ni melibatkan ahli PMIUSM. Saya sebagai pimpinan PMIUSM, saya perlu tahu dan saya tak mau ahli bawah saya ni terancam keselamatanya..So, boleh tak awak tolong saya bagi tau maklumat pasai meseg tu?”
“Ok, pasai meseg tu, sebenarnya saya hanya dapat maklumat dari kawan saya. Dia bagi tau bahawa FAIZAL ni dapat meseg sekian2..dan saya pun masih tak pasti dengan maklumat ini. Saya pun nak tau, sapa yang hantar SMS tu” dengan jujurnya DIDI menceritakan hal yang sebenarnya..
“Ok, memandangkan awak pun hanya dapat maklumat dari kawan awak, boleh tak awak bagi no tel FAIZAL, saya nak sembang sendiri ngan dia”
“Kalau awak nak maklumat pasai FAizal, saya tak boleh bagi sebab maklumat tu perlu dirahsiakan…kalau awak nak tau juga, awak perlu jumpa ngan penghulu PPMS cahaya gemilang” maklum didi kepada ana dengan baiknya..

Alhamdulillah, Didi sangat baik dalam membantu ana dlm menyelesaikan kes ini..dia sangat baik hati, walaupun "busy" ngan PPMS, tapi masih sudi meluangkan masa ngan kami dan bantu kami..kes ini tak berhenti kat sini ja..

YDPMPP yang “sangat baik”

Waktu kami tengah rancak berbincang ngan DIDI..tiba2 muncul 2 lembaga hitam..rupa2nya chek mat ngan Rama.
“Mana PAS? Sila tunjuk PAS kepada saya” Tanya chek mat lagak mcm pak guard konon..huhu..tak takut pun..
Jannah dengan selambe nya kata” Aik! Tadi kat gerai dah mintak…ni mintak lagi”
“Ala besa la jannah, Chek mat bekenan ngan nti la tu..hehe” Alhamdulillah, kami tak rasa berdebar2 langsung waktu chek mat ngan rama datang serbu kearah kami..
“Ni sapa yang bg kebenaran kepada awak interview anak buah saya?”
“Hai!, sapa interview? Saya jumpa ngan didi sebab nak mintak tolong dari dia dan dia setuju nak jumpa ngan saya..”
“Mana PAS awak?” chek mat Tanya kat ana. Ana dengar berani nya menjawab, “saya student praktikel di sini dan awak nak tengok PAS saya ka? Saya bebas untuk berada di dalam kampus ini kerana saya database sistem yang saya tengah develop ini hanya boleh diacces di dalam kampus sahaja..” Sambil ana tunjuk PAS ana kat dia..terkelu sekejap..[dia yang terdiam, bukan ana]..haha..
Pastu, dia pun serang jannah bertubi2..orang takdak modal..mcm tu la…dok asyik tekankan tentang PAS jannah tu..”Awak hanya dibenarkan berada di kios anda sahaja. Sepanjang minggu orientasi, hanya PPMS sahaja yang boleh berada di dalam kampus ni” chek mat pun mula mengeluarkan fatwa dan peraturan dia sendiri..
“Awak buat apa kat sini?” chek mat Tanya pd ana
“Saya datang sini sebab saya nak mintak tolong DIDI dan dia berjanji nak jumpa ngan saya kat kafe bakti pukul 9 mlm. Saya berpegang pada janji dan sebagai muslim pun kita wajib tunaikan janji”
“Atas urusan apa ni?”
“Ok, saya Aminah, NYDP PMIUSM, saya datang sini sebab nak mintak bantuan DIDI tentang artikel yang dia tulis tu..Saya sebagai pimpinan PMIUSM bertanggungjawab terhadap keselamatan ahli saya..Saya taknak diri depa diancam. Memandangkan didi tau pasai sapa yang etrlibat dalam hal ini, so saya pun nak bincang ngan dia la…Saya tak benarkan sapa2 pun dengan berani nya fitnah PMI”
Alhamdulillah..didi bagi kerjasama yang baik dan dia pun kena marah oleh Chek mat..”Awak diam!!!”
Garangnya…YDP kita..
Itu lah hakikatnya YDP MPP kita sorang ni..hehe,jgn marah chek mat..
Selepas kami berbincang dengan ‘baik’, chek mat akhirnya menelefon somebody, nak adu pasai kami dan dia sangat melenting bila ana kata kat dia yang dia buat peraturan sendiri…pastu dia suruh Rama panggil pak Guard, mintak pak Guard halau kami..huhu..tak takut pun…
Last sekali, kami malas nak berbincang ngan org yg tek gheti bercakap ni..kami pun kemas barang dan terus bersiap nak naik motor…
Tiba2, kedengaran satu suara “Mana budak2 tu?”
La..pak guard rupanya..
“Ya, saya..ada apa pak cik?”
Pastu chek mat yang masih tak puas hati ngan kami pun pesan kat kami “Hah! Tadi awak kata saya buat peraturan sendiri, sekarang awak Tanya sendiri kat pak guard tu”
“Kamu tak boleh bersembang2 dalam kampus ni” pak guard memulakan ayat nya..
“Ya ka??oo kalau macam tu, pak guard pun tak leh bercakap ngan kami la” tiba2 saja terkeluar kata2 tu..huhu..maaf ya pak cik..ni chek mat punya pasai la ni…
Pastu kami pun sembang ngan pak cik ni dan pak cik pun membuka lah cerita yang sebenarnya…ana rasa ana tek perlu ceghita apa yang pak cik tu cerita kat kami malam tu..
Kami meluahkan kekecewaan kami terhadap kewibawaan seorang pemimpin mahasiswa..sangat2 sedih..dan sedih..mcm ni ka, seorang pemimpin mahasiswa?..moga2 Allah memberi hidayah kepadanya suatu hari nanti..
Pastu kami pun balik…dengan satu kepuasan dan semangat juang yang membara seperti api hjau..
Pasai kes artikel tu..ada unsure fitnah..dan kami dah dapat buktinya..Didi, lepas ni jangan cuba cari pasai ngan PMI..tunjuklah contoh yang baik kepada mahasiswa lain, awak tu pelajar farmasi dan Exco MPP USM..
Jangan cabar mahasiswa dan jangan cabar PMIUSM..
Categories: ,

0 comments: