25 June 2009

Posted by jinson on Thursday, June 25, 2009 No comments

Jika seseorang bercita-cita hendak menjadi pemimpin atau orang besar, pertama hendaklah dia dapat memiliki beberapa sifat yang ada pada sesebuah jam tangan iaitu :


Automatik : Sentiasa berdaya kreatif, tidak mengharapkan bimbingan dalam menempuh pelbagai masalah.

Kalis air : Tidak dapat dimasuki gejala-gejala tidak sihat seperti rasuah dan sebagainya.

Tahan kejutan (shockproof) : Tidak mudah goncang atau bimbang dalam menempuh sebarang keadaan walaupun yang mengejutkan

Tidak berkarat : Selalu bersih.
Berkilauan : Sentiasa bercahaya meskipun dalam gelap. Sentiasa tampil memberi harapan walaupun dalam suasana genting.

Penggera : Tidak pernah leka bahkan akan menyedarkan orang lain yang senang dibuai khayal


p/s: semua ini bermula dengan asas iaitu berilmu dan bertaqwa.
Categories: ,

0 comments: