13 May 2009

Rumah Rasulullah saw. Telah dikepung. Sebelas kumpulan penjahat daripada pelbagai kabilah mengintai di sebalik tempat pensembunyian mereka. Bersiap sedia dengan senjata masing-masing. Mata mereka liar nyaris tidak berkelip mengawasi setiap celah yang memungkinkan Rasulullah s.a.w keluar.

Dalam situasi yang amat genting itulah, Rasulullah menyuruh Ali bin Abi Talib tidur di tempatnya sambil mengenakan selimut yang biasa baginda guna. Kemudian, baginda keluar dari rumah tanpa diketahui para pengepungnya. Rasulullah terus menuju ke rumah Abu Bakar as-Siddiq. Melalui pintu belakang, mereka berdua merempuh perjalanan kea rah selatan sejauh lima batu. Mereka berdua tiba du Gua Tsur, di atas puncak sebuah bukit yang cukup tinggi. Selama 3 hari mereka berdua bersembunyi di gua itu.

Setelah mengetahui keadaan yang cukup selamat, dengan ditemani seorang penunjuk jalan bernama Abdullah bin Uraiqith, Rasulullah saw dan Abu Bakar meneruskan perjalanan kea rah selatan. Setelah melewati daerah pantai dan kawasan sepi yang hamper tidak pernah dilalui orang, mereka kembali kea rah utara menuju ke Madinah. Pada hari Isnin 8 Rabiul awal tahun ke 14 kenabian, bertepatan 23 September 622M, Rasulullah tiba di Quba’. Di sana baginda mendirikan masjid dan tinggal selama 4 hari di situ. Setelah itu bersama beberapa orang sahabat yang datang menjemputnya, baginda bergerak menuju ke Madinah.

Kisah perjalanan hijrah Rasulullah saw tidak asing lagi bagi kita. Sebuah kisah yang sarat dengan pengajaran. Ia tidak hanya menjelaskan peristiwa hijrah Rasulullah dari tanah kelahirannya, Mekah menuju ke negeri hijrahm Madinah. Tapi menyimpan pelbagai strategi, taktik dan siasat jitu menghadapi musuh.

Kejayaan Rasulullah menyelamatkan diri daripada kepungan musuh dan kejaran orang yang ingin membunuhnya itu tidak cukup dijelaskan semata-mata kerana pertolongan Allah. Meski itu yang paling utama, tetapi aspek usaha Rasulullah sebagai seorang manusia pun sangat nyata. Bahkan, jika diteliti, pertolongan Allah itu muncul dan menjadi kunci kejayaan setelah segenap usaha dilakukan.

Bagi mengelabui mereka yang mengepung rumahnya, Rasulullah menyuruh Ali bin Abi Talib supaya tidur di tempat tidur baginda. Baginda juga menjangkakan, musuh akan mengejar kea rah Madinah. Untuk itu, baginda bersembunyi di Gua Tsur yang letaknya bertentangan dengah arah Madinah. Rasulullah juga menyuruh Amir bin Fuhairah, bekas hamba Abu Bakar mengembala kambing di sekitar dan sepanjang jalan menuju ke gua. Selain untuk diambil susu, ia juga untuk menghilangkan jejak.

Bagi mengetahui keadaan lawan, Rasulullah menyuruh Abdullah bin Abu Bakar menginap bersama-sama mereka di gua dan sebelum matahari terbit, dia sudah berada di Mekah. Dengan demikian, Rasulullah mengetahui semua rancangan orang-orang kafir yang tersu mengejar dan ingin membunuhnya. Sebaliknya, orang-orang kafir tidak pernah curiga kerana Abdullah bin Abu Bakar selalu bersama mereka di siang hari.
Selama 3 hari bersembunyi di dalam gua, Rasulullah dan Abu Bakar tidak kelaparan, kerana Asma’ sentiasa membekalkan makanan kepada mereka. Dengan cerdik, puteri Abu Bakar itu menyembunyikan makanan yang dibawanya di pinggang. Oleh itu, dalam sejarah dia dikenali dengan ‘Dzatun Nithaqain’ (Pemilik Dua Ikat Pinggang).

Namun semua itu hanya usaha maksimum manusia. Yang berhak menentukan kejayaan dan kegagalan hanyalah Allah. Buktinya, walaupun Ali bin Abi Talib telah diperintahkan tidur di tempat tidur baginda, tetap sahaja ada antara para pengepung yang baginda telah keluar. Kekuasaan Allah jualah yang mampu menutup mata dan hati para pengepung sehingga Rasulullah berhasil menyelamatkan diri. Meski sudah berusaha semaksimum mungkin mengatur siasatan, tetap sahaja para pengejar berjaya menemui tempat persembunyian Rasulullah dan Abu Bakar. Hanya kekuasaan Allah jualah yang mampu menggerakkan hati orang-orang kafir itu untuk tidak masuk ke dalam gua. Kekuasaan Allah jualah yang telah menggerakkan hati burung merpati untuk bertelur di pintu gua. Kekuasaan Allah pula yang memerintahkan labah-labah merangkai sarangnya menutupi pintu gua. Dengan demikian, orang-orang kafir ketika itu sudah berdiri di pintu gua, tidak curiga di dalamnya ada Rasulullah dan Abu Bakar yang sedang bersembunyi.

Meski sudah berusaha semaksimum mungkin memilih jalan paling selamat ke Madinah, tetapi Suraqah bin Naufal mampu menemui mereka. Lagi-lagi dengan pertolongan Allah yang menyebabkan kaki kuda Suraqah terpelecok sehingga menyebabkannya tidak sanggup menangkap ataupun membunuh Rasulullah saw.

Tidak hanya pada peristiwa hijrah perkara ini berlaku. Menghadapi pasukan Ahzab yang jumlahnya berlipat kali ganda, Rasulullah saw dan kaum muslimin sudah berusaha semaksimum mungkin. Bagi membentengi diri daripada serbuan musuh, kaum muslimin menggali parit yang mengelilingi hamper setengah keliling Madinah. Rasulullah saw pun menyuruh Hudzaifah Ibnul Yaman bagi mengintip keadaan lawan.

Baginda juga membolehkan Nuaim bin Mas’ud supaya memecah-belahkan pihak musuh. Namun, bukan itu yang menyebabkan lawan bercerai-berai. Itu hanya usaha manusia. Yang memenangkan pertempuran adalah Allah. Dengan hanya mengirimkan angin, Allah membuat pasukan Ahzab menjadi kucar-kacir. Mereka lari tunggang-langgang meninggalkan medan pertempuran dengan rasa yang mencengkam.

Begitulah perjuangan. Ia tidak hanya cukup dengan kerja keras dan usaha maksimum, tetapi juga memerlukan bantuan daripada Allah. Sebaliknya, bantuan daripada Allah tidak akan turun begitu sahaja. Ia memerlukan usaha yang maksimum. Dua factor ini ibarat duit syiling yang tidak dapat dipisahkan. Kedua-duanyalah yang menyebabkan lahirnya kejayaan. Dalam konteks sekarang, dua factor ini tidak boleh diabaikan. Kerana musuh sudah mengerahkan usaha mereka untuk memusnahkan Islam, seharusnya kaum muslimin pun begitu, bahkan perlu lebih gigih lagi. Menghadapi pelbagai bentuk serbuan daripada musuh, ia memerlukan strategi yang jitu, kecerdasan otak dan usaha yang besar. Kemenangan memang akan menjadi milik umat Islam. Tapi, bukan tugas kita untuk menunggu. Tugas kita berusaha.

Oleh itu, datangnya pertolongan Allah itu bersyarat. Ia hanya akan datang kepada mereka yang sudah berusaha menolong agama-Nya.

Allah telah berfirman:
“Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah, nescaya Allah membela kamu (untuk kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu”

(Muhammad; 7)

Jadi jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah berusaha menolong agama-Nya. Pertolongan Allah bukan suatu yang percuma.

Diambil dari buku yang berjudul "Belajar dari Dua Umar; kenyangkan perut rakyat"
Wednesday, May 13, 2009 Ummu Umar

07 May 2009

سَنُرِيهِمْ آيَاتِنَا فِي الآفَاقِ وَفِي أَنْفُسِهِمْ حَتَّى يَتَبَيَّنَ لَهُمْ أَنَّهُ الْحَقُّ أَوَلَمْ يَكْفِ بِرَبِّكَ أَنَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ شَهِيدٌ

Maksudnya: Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belum kah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belum kah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhan mu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Al-Fussillat ayat 53)

Era globalisasi dengan temanya dunia tanpa sempadan menjadikan segala maklumat begitu pantas disampaikan. Kecanggihan dan kehebatan teknologi tanpa sempadan ini mestilah dilihat sebagai peluang serta wasilah dakwah dalam meransang mewujudkan sebuah masyarakat yang berilmu dan berakhlak yang tentunya akan dimanfaatkan oleh mereka yang tercari-cari serta amat dahagakan ilmu pengetahuan khususnya ilmu agama.

Menyedari hakikat inilah kami anak-anak Kedah di Mesir merasa terpanggil dan cuba mengorak langkah dengan menubuhkan syarikatnya yang diberi nama Al-Muttaqin pada Januari 2007 di bawah naungan Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir. Kemunculan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat mengenengahkan seberapa ramai pelapis ulama’ serta cendiakawan yang berkebolehan dalam pelbagai bidang ilmu serta dapat melahirkan pelbagai penemuan baru hasil kajian-kajian ilmiah yang dilakukan oleh mahasiswa di pelbagai bidang khususnya mahasiswa Universiti Al-Azhar.

Sesungguhnya kewujudan Al-Muttaqin ini diharap akan dapat menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan khususnya kepada siswazah Al-Azhar serta dapat memberi satu sumbangan yang bermakna kepada semua lapisan masyarakat. Adalah diharapkan agar bahan-bahan yang disediakan akan dapat membantu menyelesaikan persoalan yang berkaitan. Pihak Al-Muttaqin juga mengaharap sokongan daripada semua pihak agar ianya lebih maju serta berdaya saing.

Objektif Penubuhan

* Menceburi bidang ICT sebagai medan dakwah.
* Mengenengahkan ulama’ yang berkemahiran dalam pelbagai bidang.
* Menyediakan seberapa banyak peluang pekerjaan khususnya kepada siswazah Al-Azhar
* Menggabungkan di antara wahyu dan akal untuk menzahirkan kehebatan Islam.
* Menyampaikan ilmu kepada semua peringkat manusia di dunia dengan manhaj Al-Azhar.

Tarikh ditubuhkan
Al-Muttaqin telah dilancarkan oleh Pejabat Pegawai Kebajikan Anak Kedah Mesir pada 1 Januari 2007.

AKTIVITI DAN PERKHIDMATAN

a) Mengendalikan Al-MuttaqinTV

i) Menyediakan program pengajian dan majlis ilmu secara online ke seluruh dunia

* Majlis Tafaqquh Fiddin bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu Al-Banjari Al-Makki yang diadakan pada bulan Ramadhan setiap tahun.
* Kuliah Online setiap hari bersama Ustaz Aidil Azwal Zainuddin
* Syarahan Ilmiah oleh Profesor Dr. Saaduddin Mus’ad Al-Hilali, Pensyarah Fakulti Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar Kaherah bertajuk ‘Fiqh Islam antara Keaslian dan Pembaharuan’.
* Syarahan Ilmiah oleh Dr. Usamah Sayid Al-Azhari, Pensyarah Fakulti Usuluddin Universiti Al-Azhar Zagazig bertajuk Manhaj Al-Azhar yang Sederhana.
* Forum ‘Malaysia Pasca Pilihanraya: Kemana Hala Tuju’ oleh Profesor Dr. Redzuan Othman dan Profesor Md. Nor Othman

ii) Wawancara bersama tokoh akademik

* Wawancara bersama Profesor Dr. Redzuan Othman, Pensyarah Universiti Malaya dan Penganalisis Politik bertajuk Malaysia Pasca Pilihanraya Umum ke-12
* Wawancara bersama Profesor Dr. Abdul Aziz Hanafi, Dekan Kuliah Syariah Islamiah, Kolej Universiti INSANIAH (KUIN) bertajuk Apa Itu Syiah?
* Temuramah bersama Profesor Dr. Zawawi Haji Ahmad, Bekas Pensyarah Universiti Malaya bertajuk Bukti Saintifik di dalam surah Yaasin.
* Wawancara bersama Dr. Rosni Samah, Dekan Fakulti Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bertajuk Persiapan Azhari dalam Persaingan di Malaysia

iii) Rakaman ilmiah

* Al-Quran dan Sains (12 siri)
* Pengajian Intensif Ilmu-ilmu Asas dalam Pengajian Islam (9 siri)
* Sirah Nabawiyah Nabi Muhammad SAW (22 siri)

iv) Merekod, menyunting dan memuat-atas (upload) media video aktiviti dan program ilmiah untuk web

b) Penerbitan Buku Ilmiah

* Tafsir Surah Yaasin dari Perspektif Sains dan Sejarah, karangan Profesor Dr. Zawawi Haji Ahmad.
* Kenapa Aku Meninggalkan Syiah oleh Mahasiswa Kedah Universiti Al-Azhar

c) Pembangunan Perisian dan Web

* Sistem Maklumat Pelajar Online (SMPO) dan Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB)
* Laman web rasmi Program Gerak Usahawan Mesir
* Portal Majlis Kebajikan Keluarga Kedah Mesir
* Laman web rasmi El-Ittihad Groups

PENCAPAIAN

* Middle East Career Carnival 2007 - Cairo International Convention Centre (CICC) 26 -27 November 2007 yang dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia
* Mengendalikan siaran secara langsung Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Negeri Kedah Darul Aman dengan anak-anak Kedah di Perlembahan Nil pada 29 Mei 2008.
* Mengendalikan siaran secara langsung Majlis Sambutan Aidul Fitri 1429H anjuran Kedutaan Malaysia di Kaherah yang bertempat di Dataran Kompleks Haiyyu Asyir dan dipancarkan ke seluruh dunia.
* Mengendalikan siaran secara langsung, rakaman dan produksi media Program Gerak Usahawan Mesir yang dirasmikan oleh YB Dato’ Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi dan Kementerian Pengajian Tinggi pada 30 November dan 3 Disember 2008.

PERKHIDMATAN YANG DITAWARKAN

* Menyediakan perkhidmatan siaran secara langsung aktiviti atau program melalui internet.
* Menyediakan perkhidmatan produksi multimedia.
* Berperanan dalam pembangunan perisian dan web yang berkaitan dengan pendidikan mahasiswa.
* Menyediakan khidmat latihan teknologi dan penyiaran kepada mahasiswa.

PERANCANGAN MASA HADAPAN

* Mewujudkan pusat operasi secara tetap.
* Berusaha untuk menyiarkan semua kuliah-kuliah pengajian terpilih secara siaran langsung melalui internet.
* Mewujudkan bank video pengajian untuk rujukan masyarakat.
* Mewujudkan jaringan perkhidmatan yang pelbagai.
* Pusat Bahasa Arab Al-Muttaqin
* Pusat Terjemahan Al-Muttaqin
* Agensi Pelancongan Al-Muttaqin
* Al-Muttaqin Consultant

PENUTUP

Teknologi maklumat dan telekomunikasi (ICT) berkembang begitu pesat di masa kini. Kecanggihan dan kepantasan teknologi maklumat dan telekomunikasi akan menjadi sia-sia jika tidak diisi dengan sesuatu yang berfaedah. Melihatkan kepada keadaan semasa yang berlaku di dunia tanpa sempadan ini berlaku begitu banyak kefasadan yang berlaku dan menyedari kehendak masyarakat yang berada di Malaysia khususnya dan dunia amnya yang dahagakan ilmu agama, maka Al-Muttaqin diwujudkan sebagai sumber media alternatif.

Di atas inisiatif dan idea dari Muhammad Aidil Azwal bin Zainuddin selaku Penasihat Al-Muttaqin untuk mewujudkan satu kumpulan dari mahasiswa yang berkemahiran dan berpengalaman dalam menyebarluaskan dakwah kepada masyarakat melalui dunia teknologi. Antara tujuan penubuhan Al-Muttaqin ini ialah untuk membentuk pelapis ulama’ dikalangan warga azhari yang berkemahiran sebelum pulang berdakwah di Malaysia. Ini adalah sebagai salah satu sumbangan dari anak-anak Kedah yang menuntut di Universiti Al-Azhar kepada masyarakat di Kedah khususnya dan Malaysia secara amnya walaupun berada di perantauan yang ingin melihat masyarakat yang berilmu pengetahuan di bidang agama dan akademik.

Bagi merealisasikan matlamat ini tercapai dengan jayanya, Al-Muttaqin memerlukan kos pembiayaan yang agak tinggi. Oleh yang demikian, proposal ini dibuat bagi membentang dan menjelaskan anggaran kos pembiayaan yang diperlukan untuk dipohon bagi pertimbangan pihak-pihak yang berkenaan bagi melicinkan perjalanan aktiviti dan program yang telah dirancangkan. Pihak Krew Al-Muttaqin berharap agar diberi peluang untuk menjadi peneraju dan pemangkin dunia dakwah dalam dunia tanpa sempadan ini dengan bantuan dan sokongan dari pihak-pihak yang berkenaan.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh:
Jabatan Media Al-Muttaqin

Sila layari web ini di http://almuttaqin.tv
Thursday, May 07, 2009 Ummu Umar