26 April 2009

Baru-baru ni Pusat Islam USM telah mengadakan sukan rakan masjid kali ke4. PMIUSM dipelawa untuk menjadi urusetia untuk perlawanan ini. Ana salah seorang urusetianya. Ditaklifkan untuk bahagian jamuan makan malam bersama warga emas. Selepas beberapa kali mesyuarat, akhirnya, perlawanan bowling ini berjaya direalisasikan di sebuah bangunan kat seberang jaya. Nama tempat tu MegaMall Seberang Jaya Pulau Pinang. Perlawanan bermula jam 10 pagi, ketika tu tempat tu masi lengang lagi sebab budaya pulau pinang ni, pukul 12 baru kedai buka. Perlawanan ni berlangsung sehingga jam 1.30 petang. Bagi urusetia yang tak pernah main bowling, mula geram melihat pemain2 yang main dengan hebatnya.. ish..takboleh jadi ni..kena ambik peluang belajar mcm mana main bolwing. haha..first time main, bola masuk longkang..sepanjang main tu ada la strike juga..walaupun tak semua strike..hehe ;)

Selepas main, ana set, hah, nanti boleh buat usroh kat sini..ajak sahabat-sahabat datang sini.. berikut adalah gambar-gambar sepanjang perlawanan ini

pemain-pemain mendaftar

Ni salah seorang wakil pemain PMIUSM. Hebat! walaupun first time main, tp banyak kali strike..sebab apa? sebab dia dah jumpa kunci nak main bowling tu. kalau nak tau, jumpa dia..

Bergambar bersama pemain muslimat PMIUSM

Wajah wajah kekenyangan. Terima kasih kerana sudi menghabiskan makanan muslimat..

Ni johan kategori perempuan dari Unimap

Ni johan kategori lelaki dari Bomba

Barisan ajk muslimat

Bergambar selepas menghantar nenek dan atok balik ke rumah mereka..

Alhamdulillah, dapat ilmu baru dan moga dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin..
Sunday, April 26, 2009 Ummu Umar

24 April 2009

Ni baru lepas exam paper Aqidah.. Semalam semasa nak mula study,mcm2 halangan. kejap kawan ni call, tanya pasai tshirt depa, bila siap. kejap ada akak call, tanya khabar.. faham-faham ja la, orang perempuan kalau dah mula sembang, tak ingat nak berhenti..sbb mmg dah lama rindu ngan kak A ni, so sembang agak lama la..macam-macam cerita kami kongsi bersama. Kemudian, lepas tu dapat satu lagi panggilan pulak, nak pinjam khemah. lepas selesai bincang tentang khemah tu,tengok jam..Alamak dah pukul 10 lebih..ish..tak boleh jadi ni...Ana ambil keputusan ber'uzlah sekejap..'uzlah ke surau rumah sewa. ana cakap pada sahabat-sahabat, lepas ni kalau ada orang call, tak payah angkat ya..Ana nak study pulak..

Alhamdulillah...bila kita dah rasa tinggai sedikit masa, kita akan hargai masa tersebut, tapi kuncinya jangan panik, kalau panik pakai masa yang sedikit tu ibarat tiada nilai..

Selesai menjawab exam, ana terus keluar, tak boleh duduk lama-lama, kepala dah mula sakit, sebab dapat tempat duduk belakang sekali..hah, ni mula nak membangaukan tempat duduk la ni...tak lah..memamg kutahu kelemahanku, takboleh duduk di tempat belakang-belakang, nanti mata kabur, tak nampak orang kat depan..pastu mula la sakit kepala...

'alakullihal, semasa menjawab exam tadi, dapat satu perkara, aku masih lemah menghafal nama nama surah dan ayat ke berapa untuk dalil-dalil 'Aqli..Lepas ni aku kena berikan tumpuan lebih pada menghafal nama surah dan ayat ke berapa. Ini penting untuk diriku sendiri.. Ilmu yang dipelajari sekarang adalah untuk diri sendiri dan untuk masyarakat..Moga-moga moga mendapat barakat dari ilmu Allah ini dalam mencari mardhatillah..Ameen..

Buat sahabat-sahabat, selamat berjuang bagi yang belum habis exam, yang dah abeh, selamat menempuh ujian pulak..Ujian kehidupan ini lebih mencabar kerana ia dari Ilahi..

Friday, April 24, 2009 Ummu Umar

15 April 2009

1. Mulakan sesuatu secara perlahan-lahan. Apabila ingin ke mana-mana, lebih baik mulakan 10 minit lebih awal. Jangan tunggu hingga saat akhir. Dengan cara ini anda tidak akan tergesa-gesa dan dapat mengurangkan tekanan.

2. Lakukan aktiviti berkebun. Sesetengah pengamal percaya bahawa pohon-pohonan dapat mengurangkan kekuatan jiwa, yang merupakan satu langkah untuk mencapai kegembiraan. Warna hijau dapat menenangkan jiwa dan mata.

3. Beri diri sendiri masa bertenang. Anda tidak boleh mengembirakan semua orang, dan tidak mengapa jika anda membuat salah. Jangan terlalu kesal jika terbuat kesilapan, kerana belajar dari kesilapan akan menjadikan anda lebih sempurna.

4. Haiwan peliharaan. Kucing, arnab, ikan atau burung. Anda boleh berbicara dengan haiwan perliharaan anda, dengan ini anda dapat meluahkan segala masalah anda. Jangan pelihara Cik TI sudah la, takut-takut masalah semakin besar.

5. Cari hobi. Lakukan sesuatu yang anda suka seperti menjahit, mengait, memasak atau membaca. Hobi ini dapat meningkatkan keyakinan anda. Di samping itu, ia juga dapat mengembirakan hati anda.

6. Buat senarai. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan setiap hari, terutamanya jika anda jenis pelupa atau mahu lebih tersusun. Tetapkan keutamaannya, dan perlu ada disiplin.

7. Membaca. Membaca dapat menjana pemikiran supaya lebih matang dan meluas.

8. Bermain. Apabila rasa terekan, ambil masa rehat dan kembalilah ke zaman kanak-kanak.

9. Minta bantuan. Jika rasa terlalu tertekan, dapatkan bantuan. Jangan takut untuk meminta bantuan. Luahkan pada keluarga atau sahabat yang anda percaya.

10. Menolong orang. Dengan membantu orang lain, anda akan merasa puas hati, dengan ini anda akan dapt mengurangkan tekanan dalam hidup anda.

11. Jangan abaikan perasaan negative anda. Jika rasa ingin menangis, terus keluarkan, dengan itu masalah itu akan mengalir bersama-sama dengan air mata itu.

12. Senyuman. Jika anda berpura-pura gembira dengan memaksa diri mengorak senyuman atau ketawa, badan akan memberikan reaksi dengan kurang mengeluarkan hormone stress. Kalau tak percaya, cuba..sangat berkesan.

13. Hargai diri sendiri. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Setiap orang ada kelebihan tersendiri. Ambil masa sejenak, fikirkan kelebihan anda, anda juga boleh meminta bantuan sahabat anda untuk mengenalpasti kelebihan diri anda.

14. Baca al-Quran. Baca lah dengan mulut yang benar-benar membaca, mata yang benar-benar melihat, hati yang benar-benar menghayati, anda akan merasakan satu ketenangan yang luar biasa. Motivasi dari Ilahi.

15. Zikir. Redakan rasa kacau anda dengan kalimah subhanallah, alhamdulillah, dan allahuakbar.

16. Solat. Solat merupakan satu tempat pertemuan antara hamba dengan Tuhannya. Solat juga hadiah istimewa dari Rasul kita untuk umatnya. Selesai solat, berdoalah, pohonlah dari Allah supaya diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan masalah itu.

Tidak susah untuk dapatkan jiwa yang tenang selagi kita percaya ada Allah yang melindungi dan memelihara kita. Masalah kebanyakkan kita, kerana kita rasa kita mahi melakukan semuanya, mahu menjad super dan hebat di mata orang lain. Allah berfirman dalam surah At-Taubah 128-129 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
Wednesday, April 15, 2009 Ummu Umar