29 December 2008

Sebaik sahaja mendapat maklumat bahawa pada 15hb Dis 2008 semua pelajar USM boleh membuat pendaftaran kursus secara online, ana cepat2 susun subjek yang nak kena ambik sem last ni. untuk daftar subjek under pusat pengajian sains komputer, ana kena bincang ngan kawan2 yang sama major..kalau tak, pakai ambik subjek sorang2 la...selepas disepakati, untuk subjek sains komputer ana ambik 3 subjek iaitu:

CLT301 PROJEK PRASISWAZAH
CMT322 KEJURUTERAAN & TEKNOLOGI WEB
CPT345 JAMINAN MUTU & PENGUJIAN PERISIAN

Untuk subjek minor, alhamdulillah tahun lepas ana dah ambik subjek yg susah iaitu mu'amalat dan perundangan islam, so sem ni ringan la sikit. ringan2 pun, kena rajin gak..kalau dok buat halai balai takleh skor jugak..

kalau ikut perancangan asal, ana nak ambik subjek bahasa arab..rindu sangat dah lama nak belajar arab..sejak tinggai ma'ahad tercinta ana asyik dok sebut perkataan yg sama ja..bila jumpa ngan anak arab..selalu tanya depa "Mas Muk" huhu :( yang lain jarang guna..alhamdulillah ust kelas tajwid suka sebut istilah2 arab..so, boleh la ana tambah vocab ana...belajar bahasa ni, tak boleh just guna waktu dalam kelas ja, kena selalu practice.. kena berani cakap..kalau malu, pakai dok tera tu ja la.. Memandangkan subjek untuk kursus universiti ana dah cukup dan tambahan pulak sem ni busy ngan final year projek, ana terpaksa lupakan cita2 ana tersebut..ana fikir, belajar bahasa arab tak semestinya daftar masuk kelas tu, ana boleh belajar melalu al-quran, kelas tajwid dan sebagainya..justeru, ana kembali semangat untuk terus mendalami bahasa syurga ini..moga2 dipermudahkan oleh Allah swt..ameen..

memandangkan sem ni sem last ana bergelar pelajar usm ijazah muda sains komputer, banyak urusan yang perlu diselesaikan. kalau dok buat lambat2, pakai melayang la duit RM50 ana..kalau lambat daftar kursus, USM akan kenakan denda sebanyak RM50. so, jgn cuba2 untuk layangkan duit tu... semasa dalam proses dok urus pendaftaran, ana sempat jumpa ngan adik2 sains komputer yang tahun 1.. sedih juga dengar kisah depa..sem satu dah dapat percubaan 1 (p1 untuk pelajar yang dapat pointer bawah 2 pointer).. tapi takpa dik..jdkan kegagalan yang lepas sebagai sempadan dan seterusnya sebagai batu loncatan untuk adik2 meniti tangga kejayaan dalam bidang ini. jgn rasa putus asa dan lemah semangat...

Akhirnya, ana berjaya mendaftar kursus untuk sem last ini. Moga ana tinggalkan USM ni nanti dengan kejayaan.

Untuk sahabat2 seperjuanganku, jadikan akademik ini sebagai salah satu daripada perjuanganmu..jgn pisahkan ia..jgn jadikan kegagalan anda sebagai fitnah dalam perjuangan ini..
Monday, December 29, 2008 Ummu Umar

17 December 2008

In this image from APTN video, a man, centre throws a shoe at US President George W. Bush, background left, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity

An Iraqi man throws a shoe at President George W. Bush during a new conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. A man threw two shoes at Bush, one after another, during the news conference. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/Evan)

In this image from APTN video, US President George W. Bush, left, ducks as a man throws a shoe at him, during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki, Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad, Iraq. On an Iraq trip shrouded in secrecy and marred by dissent, President George W. Bush on Sunday hailed progress in the war that defines his presidency and got a size-10 reminder of his unpopularity when a man hurled two shoes at him during a news conference. (AP Photo)

In this image from APTN video, an man throws a shoe at President George W. Bush during a news conference with Iraq Prime Minister Nouri al-Maliki on Sunday, Dec. 14, 2008, in Baghdad. The man threw two shoes at Bush, one after another. Bush ducked both throws, and neither man was hit. (AP Photo/APTN)

US President George W. Bush(2ndL), surrounded by security personnel, smiles after an Iraqi man threw his shoes at Bush during a joint press conference with Iraq's Prime Minister Nuri al-Maliki at Maliki's private office during an unannounced visit to Baghdad, Iraq, on December 14, 2008. The trip marks Bush's fourth visit to the country during his presidency. AFP PHOTO / Saul LOEB (Photo credit should read SAUL LOEB/AFP/Getty Images)

US. President George W. Bush reacts to calm down after a shoe was thrown at him by an Iraqi reporter during a joint press conference with Iraqi Prime Minister Nuri al-Maliki (unseen) in Baghdad December 14, 2008. President George W. Bush made an unannounced farewell visit to Baghdad today, just weeks before he leaves his office to President-elect Barack Obama. AFP PHOTO/ Thaier al-Sudani -POOL (Photo credit should read THAIER AL-SUDANI/AFP/Getty Images)

Lawatan akhir Bush ke Iraq disambut balingan kasut

BAGHDAD: Kunjungan Presiden George W. Bush semalam sepatutnya menjadi lawatan terakhir ke Iraq sebelum meninggalkan White House bulan depan.

Beliau tidak menerima “cenderamata penghargaan” daripada rakyat Iraq, sebaliknya menerima balingan kasut ketika mengadakan sidang media bersama Perdana Menteri Iraq, Nouri al-Maliki.Seorang wartawan Iraq melemparkan dua kasut terhadap Bush tetapi tidak menepati sasaran kerana beliau sempat mengelak balingan.

Kasut itu kemudian mengenai dinding belakang.Nouri bagaimanapun cuba menyelamatkan Bush walapun balingan itu tidak mengena.

“Ini ciuman perpisahan untuk anda, anda anjing!” jerit wartawan berkenaan dalam bahasa Arab.

Dia kemudian dikenali sebagai Muntadar al-Zeidi iaitu koresponden bagi saluran televisyen Iraq, Al-Baghdadia yang berpangkalan di Kaherah, Mesir.

Kemudian Bush bergurau: “Ia (kasut) bersaiz 10.”

Kunjungan itu diadakan 37 hari sebelum Bush meninggalkan White House.Bush akan digantikan Barack Obama pada 20 Januari ini.Bush menggerakkan tindakan ketenteraan ke atas Iraq pada 2003 dalam usaha menggulingkan Saddam Hussein.Ketika Saddam digulingkan, pentadbiran Bush disanjung tinggi.

“Perang belum berakhir lagi,” kata Bush sambil menambah, perang itu akan mencapai kemenangan kelak.

Selepas itu Bush berlepas ke Afghanistan yang turut diserang Amerika Syarikat atas nama peperangan ke atas pengganas pada tahun 2001.
Wednesday, December 17, 2008 Ummu Umar

Sebagaimana anda ketahui – saudara da’I bahawa iman, sabar, dan optimism merupakan sifat-sifat yang perlu ada dalam memlahirkan dan membentuk seorang da’I dalam persiapannya membekali diri dengan bekal dakwah.
Sifat-sifat di atas hanya akan dimiliki oleh seorang mukmin yang telah merasakan ni’matnya iman, menyatukan diri dengan Islam, dan terus melangkah menuju tujuannya. Meraih kemenangan dengan izin Allah dan menemui-Nya sebagai syahid tatkala menghadapi cubaan dan ujian.

Setelah memahami semua itu, saya menyajak anda untuk terus melangkah mengikuti perjalanan dakwah ini. Kini kita menuju sebuah sebuah destinasi dimana anda bisa menghirup nafas keimanan dan menambah bekal ketaqwaan. Disana jiwa anda akan memantulkan pancaran rohani. Anda akan menjadi soleh, seorang mukmin yang bertaqwa, seorang muslim yang wara’, seorang insane yang penuh keikhlasan…bahkan tatkala anda meneruskan perjalanan, langkah anda menjadi ringan, kata-kata akan berpengaruh, tingkah laku akan menjadi tauladan, penampilan menjadi penuh daya tarikan, serta sorotan mata anda akan memancarkan semangat dan optimisme.

Destinasi ini- bila kita pandai menmanfaatkannya dengan tarbiyah dan mujahadah- nescaya akan menjadi inspirasi, menjadi pusat pancaran rohani, menjadi tempat bimbingan tarbiyah.. destinasi ini merupakan kekuatan yang dapat membangkitkan naluri batin seorang da’I, melahirkan kemampuan untuk mengkoreksi diri dan menimbulkan mativasi dakwah dalam dirinya..

Bahkan, destinasi ini merupakan motor utama yang menjadikannya sensitive terhadap tanggungjawabnya. Merupakan pembimbing dalam menapaki jalan lurus dan menjadi penasihat yang akan mengingatkannya dari kelalaian atau salah jalan.
Manakala seorang da’i tidak memiliki sifat-sifat rohani yang lengkap; maka hidupnya akan hampa dari nilai, wibawa dan pengaruh. Ia akan terperangkap dalam sifat ‘ujib, nifaq dan riya’. Terjerumus dalam lumpur kebanggaan, kesombongan dan egoism. Ia akan berdakwah untuk dirinya bukan untuk Allah. Akan membangunkan kejayaan bagi dirinya bukan untuk Islam. Ia akan bekerja untuk kebahagiaan dunia dan bukan untuk kehidupan akhirat kelak.. Dari sini timbullah penyimpangan, keruntuhan dan kehancuran.
Apabila factor Ruhiyyah ini amat besar fungsinya, maka bagaimana cara mendapatkannya? Apakah yang menjadikannya tumbuh subur? Bagaimanakah pengaruhnya terhadap pembaikan dan kebangkitan ummah?

Hakikat Taqwa

Taqwa lahir dari keimanan yang kukuh, keimanan yang selalu dipupuk dengan Muraqobatullah; merasa takut terhadap kemurkaan dan azabNya, dan selalu berharap atas limpahan kurnia dan maghrifah-Nya.

Para sahabat dan salafus soleh yang memahami betul tuntutan Al-Quran, yang mempunyai perhatian yang berat terhadap taqwa. Mereka terus mencari hakikatnya. Saling bertanya satu sama lain dan berusaha untuk mendapatkannya. Dalam satu riwayat sohih disebutkan bahawa Umar Al-Khatab ra bertanya kepada ‘Ubai bin Ka’ab tentang taqwa. Ubai menjawab:
“Bukankah anda telah melalui jalan yang penuh duri?”
“Ya” jawab Umar.
“Apa yang anda lakukan saat itu”
“Saya bersiap-siap dan berjalan dengan berhati-hati”
“Itulah taqwa”

Itulah taqwa, kepekaan batin, kelembutan perasaan, rasa takut terus menerus selalu waspada dan berhati-hati jangan sampai terkena duri jalanan… Jalan kehidupan yang selalu ditaburi duri-duri godaan dan syahwat, kerakusan dan angan-angan, kekhuatiran dan keraguan. Ketakutan palsu dari sesuatu yang tidak pantas untuk ditakuti..dan masih banyak duri-duri yang lainnya.

Itulah hakikat taqwa dan itulah pengaruhnya yang sangat menentukan dalam pembentukan peribadi dan jama’ah.

Jalan Mencapai Sifat Taqwa

Disini terdapat faktor-faktor yang penting yang bisa menumbuh suburkan taqwa, mengukuhkan dalam hati dan jiwa mukmin dan menyatukan dengan perasaan.. semoga para da’i mampu mengikuti jejak menuju taqwa dan semoga mendapatkan yang terbaik.

1. MU’AHADAH (Mengingati perjanjian)

Kalimah ini diambil dari firman Allah dalam surah An-Nahal:91
“Dan tepatilah perjanjian dengan Allah apabila kamu berjanji…”

Cara Mu’ahadah:
Hendaklah seorang mukmin itu berkhalwat(menyendiri) antara dia dan Allah untuk mengkoreksi diri dengan menyatakan pada dirinya: “Wahai jiwaku, sesungguhnya kamu tidak berjanji kepada Rabbmu setiap hari saat kamu berdiri membaca:”
“Hanya kepada Engkau kami beribadah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan”
“Wahai jiwaku, bukankah dalam munajat engkau telah berikrar tidak akan berhamba selain kepada Allah, tidak memintak pertolongan selain daripada-Nya. Tidakkah engkau telah berikrar untuk tetap komitmen kepada sirotal mustaqim yang bebas dari kerumitan dan liku-liku perjalanan..Tidakkah engkau telah berikrar untuk berpaling dari jalan orang-orang sesat dan dimurkai Allah?”

Wahai saudara da’i, bila anda mengharuskan diri untuk komitmen terhadap janji yang diikrarkan 17 kali dalam sehari itu, kemudian anda mewajibkan supaya anda meniti tangga menuju ikrar tersebut..maka anda telah meniti tangga menuju taqwa, anda sudah menyusuri jalan rohani..dan pada akhirnya anda akan sampai ke tempat tujuan. Ke darjat para muttaqin (orang-orang yang bertaqwa)

2. MUROQOBAH (Merasakan kesertaan Allah)

Landasan muroqobah dapat ditemui dalam surah Asy-Syura ayat 218-219
“Yang melihat kamu ketika kamu berdiri(untuk salat), dan melihat pula perubahan gerak badanmu diantara orang-orang yang sujud ”

Makna muroqobah adalah merasakan keagungan Allah Azza Wa Jalla di setiap waktu dan keadaan serta merasakan kebersamaan-Nya dikala sepi ataupun ramai.

Cara Muraqobah:

Sebelum memulai sesuatu pekerjaan dan di saat mengerjakannya, hendaklah seorang mukmin memeriksa dirinya…Apakah setiap gerak dalam melaksanakan amal dan keta’atannya dimaksudkan untuk kepentingan peribadi dan mencari kemasyhuran ataukah kerana dorongan ridho Allah dan menghendaki pahala-Nya?

Jika benar-benar kerana redho Allah, maka ia akan melaksanakannya walaupun hawa nafsunya tidak setuju dan ingin meninggalkannya. Kemudian ia menguatkan niat dna tekad untuk meneruskan keta’atan kepada-Nya dengan keikhlasan sepenuhnya dan semata-mata mencari redho Allah.

3. MUHASABAH (Koreksi diri)

Dasar muhasabah adalah firman Allah dalam suah Al-Hasyr ayat 18:
“Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dan hendaklah memperhatikan apa yang telah dilakukan untuk hari esok(akhirat), dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan”

Makna Muhasabah sebagaimana yang diisyaratkan oleh ayat ini ialah: Hendaklah seorang mukmin menghisab dirinya ketika selesai melakukan amal perbuatan…Apakah tujuan amalnya untuk mendapat redho Allah? Atau apakah amalnya dirembesi sifat riya’?.. Apakah dia sudah memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak manusia?

Saidina Umar Al Faruq ra berkata: “Hisablah diri kalian sebelum kalian dihisab, timbanglah diri kalian sebelum diri kalian ditimbang, dan bersiap-siaplah untuk perhimpunan yang agung(hari Kiamat). DI hari itu, kamu akan dihadapkan kepada pemeriksaan, tiada yang tersembunyi walaupun satu”

4. MU’AQOBAH(Pemberian denda)

Landasan mu’aqobah adalah firman Allah dalam surah a-Baqarah :178:
“Dan dalam qishash itu ada (jaminan kelangsungan) hidup bagimu, wahai orang-orang yang berakal, supaya kamu bertaqwa”

Denda/ hukuman yang kita maksudkan sebagaimana yang diisyaratkan oleh ayat tersebut adalah: Apabila seorang mukmin menemui kesalahan maka tidak wajar baginya untuk membiarkannya. Sebab membiarkan diri dalam kesalahan akan mempermudahkan terlanggarnya kesalahan-kesalahan lain dan akan semakin sulit untuk ia meninggalkannya.

Denda/ hukuman itu harus dengan sesuatu yang sunat, tidak boleh denda/hukuman yang haram seperti membakar salah satu anggota tubuh badan, tidak makan dan minum sampai membahayakan dirinya.

5. MUJAHADAH (Bersungguh-sungguh)

Dasar Mujahadah adalah firman Allah dalam surah Al-Ankabut:69
“Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhoan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat kebaikan”

Makna Mujahadah adalah: Apabila seorang mukmin terseret dalam kemalasan, santai, cinta dunia dan tidak lagi melaksanakan amal-amal sunnah serta ketaatan yang lain tepat pada waktunya, maka ia harus memaksa dirinya melakukan amal-amal sunnah lebih banyak dari sebelumnya. Dalam hal ini ia harus tegas, serius dan penuh semangat sehingga akhirnya ketaatan merupakan kebiasaan baginya dan mendarah daging dalam jiwanya.

Itulah beberapa cara untuk menumbuh suburkan dalam hati dan ruh setiap mukmin serta menyatukannya dengan perasaannya.

Dengan mu’ahadah anda dapat istiqomah diatas syari’at Allah, dengan muraqobah anda dapat merasakan keagungan Allah baik dikala sunyi mahupun dikala ramai. Dengan muhasabah anda bisa bebas dari kebusukan hawa nafsu yang selalu memberontak dan bisa memenuhi hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia. Dengan Mu’aqodah anda bisa memisahkan diri anda dari penyimpangan dan membuat diri peka terhadap muroqobah dan muhasabah. Dengan mujahadah anda dapat memperbaiki diri sekaligus menumpaskan kemalasan dan kelalaian. Dengan cara tersebut taqwa akan menjadi suatu yang biasa bagi anda. Bahkan anda akan mampu member suri tauladan kepada orang lain dalam ucapan, perbuatan dan kemantapan rohani. Insyaallah, amen..

Sumber: Tarbiah Ruhiah; Petunjuk Praktis Mencapai Darjat Taqwa. Karangan Dr. Abdullah Nasih ‘Ulwan

08 December 2008

Hari ini kita sebagai ummat Islam bersama-sama dengan saudara-saudara kita yang sedang menunaikan ibadah haji menyambut Hari Raya Korban, dengan menunaikan syiarnya seperti bertakbir, bersembahyang dan menyembelih korban sebagai bukti keimanan dan ketakwaan kita kepada Allah s.w.t, di samping memperingati sunnah nabi Ibrahim Khalilul Allah dan keluarganya.
Mereka telah melakukan pengorbanan demi menjunjung tinggi perintah Allah s.w.t, pengorbanan menjadi ujian kepada ummat manusia sejauhmanakah mereka itu beriman dan mengabdikan diri kepada Allah yang menjadikannya, yang memberi rezeki dan segala kurniaan yang tidak terhingga kepadanya. Sebagaimana Firman Allah :

Bermaksud : " Mengapa kamu kufur dengan Allah, pada hal kamu dahulunya mati (tiada), lalu Allah menghidupkan kamu, kemudian kamu dimatikan, kemudian dihidupkan kembali, kemudian kamu dikembalikan kepada-Nya " .
( Surah al-Baqarah : 28 )
Ummat Islam merayakan Aidil Adha sebagai tanda kesyukuran ke hadrat Ilahi dimana kemenangan yang bukan sahaja terkandung dalam ibadah haji itu sahaja, malah lebih dari itu iaitu mempunyai hubungan dengan sesuatu peristiwa yang berlaku pada tahun yang kesembilan hijrah.

Dalam waktu ibadah haji pada tahun tersebut, suatu ketetapan telah diisytiharkan kepada masyarakat Arab Mekah ketika itu mengenai perhubungan diplomatik antara orang-orang Islam dengan yang bukan Islam telah dimatrikan dan dikuatkuasakan. Kota Mekah telah diisytiharkan dengan rasminya sebagai tanah haram, tidak lagi dibenarkan kepada orang musyirikin kafir Quraisy untuk menziarahi Baitul Allah Al-Haram. Serentak dengan ketetapan ini Kota Mekkah dan disekelilingnya telah dibersihkan dari perkara-perkara syarik dan kekufuran dan kalimah tauhid telah ditegakkan dengan gagahnya di bawah naungan Kaabah dengan suatu pemerintahan Islam di bawah pimpinan Baginda nabi Muhammad s.a.w.
Kota Mekkah selama ini gelap dengan kebiadaban dan peradaban liar telah diganti dengan sinar kesusilaan dan peradaban yang penuh hidayah dan bersopan. Undang-undang dan peraturan yang disukai oleh fikiran dan nafsu manusia telah ditukar ganti dengan undang-undang dan peraturan syariat Allah s.w.t, Kota Mekkah diberi gelaran kota suci yang telah bersih dari sebarang bentuk syirik dan kufur, yang selama ini membanjiri kota Mekkah dan sekeliling kaabah. laungan " Allah Akbar " dan talbiah " لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ " berkumandang di segenap penjuru kota itu, dari rumah-rumah besar yang tersegam indah hingga ke rumah-rumah buruk di tepi bukit dan gunung. Kesedaran dan kedaulatan Islam dengan risalah Allah mendapat tempat di hati manusia yang kufur pada mulanya. Mereka diberi hidayah dengan Nur Ilahi .

Maksudnya : " Apabila datang pertolongan Allah dan kemenangan dan engkau melihat manusia beramai-ramai masuk agama Allah. Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepada-Nya sesungguhnya ia sangat-sangat menerima taubah ".

( Surah al-Nasr : 1-3 )

Aidil Adha atau hari raya korban ini sebenarnya lebih besar ertinya dan lebih tinggi nilai darjatnya berbanding dengan Aidil Fitri. Sejajar dengan kedudukan itu masa bertakbir dipanjangkan bermula dari malam hari raya hinggalah ke hari yang keempat raya, iaitu hari ketiga belas Zulhijjah yang dinamakan hari-hari tasyrik. Di samping bertakbir ummat Islam melakukan ibadah korban pada hari-hari tersebut. Demikian pula bagi ummat Islam yang berada di tanah suci menunaikan ibadah haji pada tiga hari tasyrik itu, ialah hari bagi mereka melontar jumrah di Mina. Mereka meneruskan kerja-kerja ibadah haji dengan iringan talbiah :

لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَشَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ، لاَشَرِيْكَ لَكَ .

Maksudnya : " Wahai Tuhan kami, kami datang semata-mata dengan ikrar setia dan taat kepada pemerintah mu, Wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu, kami sahut seruan-mu, sesungguhnya segala puji nikmat dan kekuasaan kesemuanya adalah bagimu, wahai Tuhan kami yang tiada sekutu bagimu " .

Hari Raya Aidil Adha ini tidak dapat dipisahkan daripada ibadah korban. Ibadah korban ini adalah kemuncak takwa kepada Allah Taala. Hari ini yang sebenarnya kita merayakan ulang tahun pelancaran ibadah tahunan korban. Ibadah ini telah dimulakan sejak ribuan tahun dahulu dan dimulakan oleh Nabi Allah Ibrahim a.s. khalilul Allah. Ia bermula dengan pergorbanan Nabi Allah Ibrahim a.s. ketika Baginda hendak menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s. inilah pengorbanan teragung dalam sejarah manusia. Telah diketahui bahawa Nabi Ismail adalah anak kesayangan nabi Ibrahim dan Baginda mendapat anaknya ini dalam usia yang telah lanjut. Tetapi bila diperintahkan oleh Allah s.w.t. supaya mengorbankan anaknya ini, Nabi Ibrahim telah bersedia melaksanakan tugas ini dan Nabi Ismail pula penuh kerelaan dan sabar menurut perintah Allah s.w.t. ini. Hal ini telah rakamkan dalam Al-Quran :

Yang bermaksud : " Maka tak kala anaknya ini sampai (keperingkat umur yang membolehkan dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata : " Wahai anak kesayanganku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi ku bahawa aku akan menyembelih mu, maka fikirkanlah apa pendapatmu? anaknya menjawab : " Wahai ayah, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu, Insaya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang bersabar. Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu), dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah, (kami sifatkan Ibrahim dengan sesungguhnya azamnya itu telah menjalankan perintah kami), serta kami menyerunya : Wahai Ibrahim, engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu". demikianlah sebenarnya kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang sebenar ".
( Surah al –Shaafat ayat : 102 - 107)

Peristiwa kepatuhan Nabi Ibrahim a.s. untuk menyembelih putera Baginda dan kepatuhan Nabi Ismail a.s. terhadap perintah Allah tersebut memaparkan kekuatan iman dan keteguhan mental yang perlu kita contohi. Peliharalah iman didalam dada kita dengan sebaiknya. sesungguhnya iman adalah dasar penting yang menjadi paksi kehidupan manusia. ia merupakan asas pemerimaan sesuatu amalan dari Allah s.w.t. hanya amalan yang dilakukan kerana Allah sahaja yang akan mendapat penilaian di sisinya.
Sejarah pengorbanan teragung itu tidak tertinggal dalam lipatan sejarah sejarah sahaja, malah ianya telah dihayati sepanjang zaman demi menegakkan agama Ilahi ini. Pengorbanan nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabatnya dalam menegakkan dan mempertahankan Islam adalah pengorbanan yang amat agong. Baginda dan para sahabat telah mempertahankan Islam bukan sahaja dengan harta benda dan kekayaan mereka tatapi mereka telah mengorbankan nyawa. tiada pergorbanan yang lebih agong dan utama daripada pergorbanan nyawa dan darah.

Setelah kewafatan nabi Muhammad s.a.w. para sahabat terus menerus mempertahankan Islam dengan nyawa dan darah mereka. Begitulah sepanjang zaman sehingga kini telah ramai yang mati syahid kerana agama Allah, ini tidak kira sama ada di timur atau barat. Sebenarnya pergorbanan mereka ini tidak ternilai harganya di sisi manusia hanya Allah s.w.t. sahaja yang mampu membalasnya. Firman Allah :

Yang bermaksud : " Wahai orang-orang yang beriman mahukah kamu aku tunjukkan suatu perniagaan yang boleh menyelamatkan kamu dari azab seksa yang tidak terperi sakitnya ? iaitu kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya serta kamu berjuang membela dan menegakkan agama Allah dengan harta benda kamu dan diri kamu, yang demikian itulah yang lebih baik bagi kamu, jika kamu hendak mengetahui ( hakikat yang sebenarnya )".

( Surah al- Shaf : 10 - 11 )

Sabda Nabi s.a.w. semasa menjawab persoalan yang dikemukakan kepada Baginda :

"قِيْلَ يَا رَسُوْلَ اللهِ أَيُّ النَّاسِ أَفْضَلُ، فَقَالَ رَسُوْلُ الله صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُؤْمِنٌ يُجَاهِدُ فِى سَبِيْلِ اللهِ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ، قَالُوْا ثُمَّ مَنْ قَالَ مُؤْمِنٌ فِى شِعْبٍ مِنَ الشِّعَابِ يَتَّقِى اللهَ وَيَدَعُ النَّاسَ مِنْ شَرِّهِ".

Yang bermaksud : " ditanya orang akan Rasulullah s.a.w. : " Siapakah manusia yang lebih utama ? " maka jawab Rasulullah s.a.w. orang yang lebih utama ialah orang mukmin yang berjihad di jalan Allah dengan diri dan hartanya sendiri, Mereka berkata : siapa kemudian ? bersabda Rasulullah s.a.w. orang mukmin yang berada di satu lurah bukit ia takut kepada Allah dan menyeru manusia supaya menjauhi daripada angkara kejahatan ".

( Hadis Riwayat Bukhari )
Allah mendidik para Rasul dan sahabat-sahabatnya melakukan pergorbanan dengan mengorbankan semua yang berharga, ulama menyatakan :

"وَمَنْ أَرَادَ الصَّلاَحَ وَاْلإِصْلاَحَ وَالْمَجْدَ وَالْعِزَّ بِغَيْرِ جِهَادٍ وَتَضْحِيَّةٍ فَهُوَ حَالِمٌ وَاهِمٌ."

Yang bermaksud : " siapa yang mahukan kebaikan dan membaikan kemuliaan dan ketinggian tanpa jihad dan pergorbanan maka ia bagaikan seorang yang bermimpi kosong ".
Jelaslah kepada kita akan falsafah, hikmah dan kepentingan pergorbanan dan juga yang akan kita dapat pada hari raya Aidil Adha ini, mudah-mudahan kita akan dapat mengamalkan dan menghayatinya dalam kehidupan kita demi kebaikan kita di dunia dan di akhirat.
Monday, December 08, 2008 Ummu Umar

06 December 2008

Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga ana siapakan blog untuk maktab mahmud pendang. Demi menunaikan pemintaan adik kesayangan ana, ana cuba buat juga, walau dalam keadaan kaki ini masih tak sehat lagi. Takpa, buat blog bukan guna kaki, tapi guna tangan, so tak la rasa berat sangat..hehe :) kalau sapa nak tengok blog to, boleh la klik kat sini http://mmpendang.blogspot.com/ sila la tinggalkan komen untuk penambah baikkan blog tu.. adik ana dah nak tinggalkan bumi ma'ahad pendang tu, so, dia cuba nak tinggalkan something untuk sekolah dia. tahun depan dia akan sambung ting 6. tak tau lagi dapat mana, sama ada ma'ahad alor star atau ma'ahad pokok sena. harap-harap dapat ma'ahad alor star. ameen.

alhamdulillah, tadi ana sempat bersama sahabat-sahabat makan-makan di tepi laut. Jamuan tersebut diadakan sempena menghargai jasa pekerja-pekerja kedai kami sepanjang PJJ baru ni. Alhamdulillah, hasil jualan kali ini sangat memberangsangkan. Terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menjaga arenar dan fajar kios. dari pagi sampai petang dan kadang-kadang sampai malam. Tak terkecuali terima kasih buat adik tercinta, chek asan :). Semoga ang gunakan pengalaman yang ang dapat di sini di ma'ahad ang nanti. Semoga ang menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. Amin ngan Kak jeles ngan ang, coz depa tak leh nak dapat pengalaman seperti mana ang dapat..hehe..

Esok, insyaallah nak mengembara ke Yan pula. Nak pi mencari kedamaian sambil mendidik adik2 ana cara2 membooking tempat untuk program. Semoga Allah melancarkan segala urusan kami..ameen

merapu dipagi yang hening
3.21am
huhu..banyak keje tak siap lagi
Saturday, December 06, 2008 Ummu Umar