22 March 2013

Posted by jinson on Friday, March 22, 2013 No comments
Tuesday, 19 February 2013


Perihal Brand

Puan Ainon Mohd menulis:
Brand mempunyai limit atau perbatasan.

Apabila mahu membesarkan pasaran, pakar-pakar positioning menasihati supaya kita jangan keluar dari limit positioning brand asal.

Katakanlah, pada masa ini kita hanya menyediakan perkhidmatan membuat gubahan hantaran berkualiti premium. Nama kita sudah terkenal di kalangan pelanggan premium.

Teruskan positioning kita di situ. Jangan cuba meluaskan pasaran dengan memasuki pasaran gubahan taraf komoditi.

Ambil sebagai contoh, pada suatu masa dahulu, Ramly Burger (RB) pernah membuka restoran segera ala-ala restoran McD. Pelaburan itu gagal.

Positioning RB adalah 'burger murah gerai sorong'. Inilah limit brand RB.

RB tidak pernah dipersepsi sebagai burger restoran segera. Dalam erti kata yang lain, Ramly Burger tidak pernah mem-position-kan burgernya sebagai burger yang dijual di dalam restoran ala-Amerika.

Apabila restoran Ramly Burger dibuka, mereka yang biasa membeli Ramly Burger di gerai-gerai sorong tidak masuk ke restoran itu. Mereka tidak mahu membayar burger yang dijual di dalam restoran itu dengan harga yang lebih mahal.

Mereka yang biasa makan burger di dalam restoran McD pun tidak masuk. Kalau mereka mahu makan burger di dalam restoran segera selain McD, mereka mahukan servis dan persekitaran yang serupa dengan apa yang ditawarkan oleh McD

Categories:

0 comments: