21 March 2013

Posted by jinson on Thursday, March 21, 2013 No comments
Tuesday, February 19, 2013
 
Pengalaman Bisnes 1

Saya mula berniaga kecil-kecilan semasa di universiti dulu. Saya ambil buku dan kitab dari kedail, dan jual kepada rakan-rakan usrah.

Ada yang diambil secara 'consignment', kalau tak habis boleh pulangkan. Ada yang 'term cash' dengan margin yang tinggi. Dapatlah saya tampung keperluan tunai semasa menuntut.

Aktiviti ini diteruskan, hatta semasa saya sambung belajar di luar negeri.

Kemudian, apabila kerja sudah stabil, saya buka entiti perniagaan pertama, sekitar awal akhir 90-an.Kegiatan utama adalah 'me-legal-kan' kegiatan menjual buku tadi. Dengan syarikat daftar ini, saya mula mendapat pelabur yang berani memberi modal, kerana dia melihat tekunnya saya menjual kitab dan buku.

Namun dengan modal itu, saya menjadi rakus, lalu saya masuk ke perniagaan pembekalan. Saya terima tempahan buat diary tahunan sebuah kilang, untuk semua stafnya, yang jumlah ribuan.

Benarlah, seperti kata mazhab ABS, apabila kita melompat ke bisnes yang kita tidak tahu hujung pangkalnya, saya lemas buat kali pertama....

Saya kembali ke bisnes perkhidmatan, saya membuka pusat tuisyen. Namun kerana faktor lokasinya di tengah-tengah kampung, dan murid yamg amat sedikit, maka bisnes yang ini pun tutup.

Rakan-rakan saya tetap menyokong, mereka memberi kepercayaan untuk saya terus berniaga.

Tapi sekali lagi pelaburan saya lesap, kerana mencuba jadi penerbit/pengedar majalah yg tak laku di pasaran. Bisnes ini secara perkongsian dgn tim editorialnya, maka bila rugi, kami berkongsi rugi.

Saya kenal erti bai' al-dayn di sini. Hutang-hutang saya semuanya diambil alih oleh mereka, dengan cara saya kontra-kan semua sales dan invois yang belum saya kutip. Alhamdulillah... on paper sahaja rugi, tapi tidak ganggu poket saya.

Lepas itu saya fokus kerja makan gaji, dan menimba pengalaman di pelbagai tempat, pernah mencanak naik jadi ketua jabatan yang 'glamour'. Hehe!

Saat itu, gaji besar, apa hendak, semua ada. Di pejabat diuruskan oleh PA, nak ke mana-mana, naik bisnes class flight, ditanggung beres. Di sini juga, saya mula kenal ramai usahawan muslim yang sedang berjuang mengiklankan produk mereka. Minat mahu berniaga muncul kembali.

Kemudian saya hijrah ke institusi yang membiayai usahawan. Saya semakin terdedah kepada pelbagai selok-belok usahawan dan pelbagai jenis industri.

Sebenarnya, institusi kami telah ada template untuk mengira terus agihan perkongsian pemodal-pengusaha, dengan pelbagai aqad seperti mudharabah, musyarakah, munaqasah, murabahah etc... Masukkan sahaja nilai perkongsian, jangkaan margin, dan peratus perkongsian gross.

Ya, Puan Ainon, seperti mazhab ABS, kami waktu itu kira agihan ghanimah atas gross sahaja.

Seketika bersama institusi ini, saya membuat keputusan mahu kembali berniaga. Tidak sanggup saya lihat semakin banyak hutang tidak berbayar, dan usaha 'memiskinkan' umat atas nama Islam.

Alhamdulillah, kini saya rasa amat merdeka. Segala yang dikutip sepanjang laluan kerjaya saya, amat berguna.

Perkongsian di ABS ini pula, menyingkap tabir pengertian atas semua yang saya lalui. Saya lebih memahami kini, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam janganlah diduga .....agar tidak karam.

Moga bahtera ABS ini terus belayar gagah, menuju redha Ilahi...

AJ

 

Categories:

0 comments: