20 March 2013

Posted by jinson on Wednesday, March 20, 2013 No comments

Tuesday, February 19, 2013

Kemahiran menjual produk

 

Puan Ainon Mohd menulis:

Kemahiran menjual adalah kemahiran yang mempunyai banyak sub-bidangnya. Tidak ada orang yang memiliki kemahiran menjual segala jenis produk.

Jurujual yang pandai menjual polisi insurans belum tentu pandai menjual kereta.

Jurujual yang pandai menjual kepada perempuan-peremouan kampung belum tentu pandai menjual kepada perempuan profesional.

Jurujual yang pandai menjual produk-produk murah macam keropok dan kerepek belum tentu pandai menjual barang mahal macam jam tangan dan barang kemas, meskipun targetnya adalah orang yang sama.

Jika tuan gagal menjadi penjual produk tuan sekarang, barangkali bakat tuan adalah menjual produk dalam kategori lain.

 
Tiap-tiap produk mempunyai musimnya, ataupun season-nya.

Pada masa ini orang membuat cup-cake di sana-sini. Selepas season cup-cake, cake apakah agaknya yang akan masuk pasaran?

Produk-produk macam cup-cake sudah menjadi komoditi. Ia sangat mudah ditiru oleh sesiapa sahaja.

Dalam bisnes komoditi, hanya ada 2 posisi:

1. Kita yang memulakan season

Pada posisi ini produk kita masih 'premium'. Kita mesti buat duit cepat-cepat sebelum peniru berebut-rebut masuk pasaran dan menjatuhkan harga.

2. Kita yang ikut-ikutan season

Apabila kita berada pada posisi ikut-ikutan, bersedialah bekerja teruk-teruk bagi mendapatkan pulangan yang sedikit.

--------

Nota kaki:

Produk yang terus laku dalam pasaran dapat terus kekal disebabkan aktiviti marketing yang berterusan.

Colgate, Coca-Cola, Milo, Breeze, dll terus kekal disebabkan produk-produk itu terus diiklankan

 

Categories:

0 comments: