09 November 2011

Posted by jinson on Wednesday, November 09, 2011 1 comment
Alhamdulillah, sekarang ni rasa seronok dan bahagia sangat sebab dapat belajar pengalaman baru. Sebelum ni kerja mengadap komputer, mengadap coding. Tapi sekarang ni mengadap kanak-kanak pulak. Masa pertama kali nak mengajar pelajar-pelajar ni, ada jugak rasa ragu-ragu, mampu kah aku ni nak mengajar dan mendidik pelajar-pelajar ni. Risau jugak la, orang dah bagi amanah untuk mengajar pelajar-pelajar ni, apa la yang akan dipelajari oleh pelajar-pelajar saya ni.

Masa kali pertama jumpa dengan pengarah Darul Huffaz cawangan Kota Damansara, saya awal-awal lagi cakap, saya tidak ada pengalaman mengajar, tapi insyaallah akan cuba sebab rasa gerak hati ini tidak rasa membantah untuk mengajar ni. Alhamdulillah, banyak sangat yang saya dapat dari pengalaman mengajar pelajar-pelajar ini. Bila mengajar, kita akan rasa tanggungjawab untuk memastikan pelajar kita ini dapat belajar sesuatu. Taknak lah dalam satu hari datang belajar, mereka tak dapat apa-apa. Rugi la.



Kemudian, kita sebagai pendidik harus kreatif dalam mendidik terutama mendidik kanak-kanak. Menurut buku Pendoman Pendidikan anak-anak dalam Islam, fasa awal pendidikan anak-anak adalah pendidikan iman dan pendidikan akhlak. Sebab tu K Husni selalu pesan supaya disamping pelajar-pelajar ini mengaji mengenal al-quran, kita harus mengajar tentang islam, akhlak dan adab.

Antara nama-nama pelajar saya, Umar, Umairah, Mukhlis, Qayyum, Qistina, Musa, Muhammad, Mariyam, Sarah, Zahrah, Zaim, Danial, Hana,dan 2 orang lagi terlupa nama sebab nama pelik sikit, nanti check semula kat kelas.



Fokus saya untuk kelas pengajian ini:-
1. Belajar mengawal pelajar-pelajar supaya tidak main-main semasa mengaji
2. Memastikan Zahrah lancar mengaji
3. Memastikan Hana minat untuk membaca iqra, dan tidak menangis semasa mengaji (Kena speaking dengan hana ni sebab dia baru balik dari New York)
4. Memastikan Qayyum, Sarah dan Danial dapat mengenalpasti huruf dan cara bacaan yang betul.

Rasa tak sabar nak mengajar anak-anak pelajar ini. Rasa mereka ini seperti anak-anak saya ja ^_^
Categories:

1 comments:

Rumaisa' said...

salam,aminah?
duduk kat mana sekarang?
-mohaini-