23 June 2011

Posted by jinson on Thursday, June 23, 2011 No comments


Sa'at majlis pernikahanku makin hampir. Di hati ini terasa ingin membeli itu dan ini. Duit keluar bagaikan air terjun, deras sekali mengalir memhempas bumi. Hari ni terasa ingin sekali memiliki kamera DLSR. Bila dilihat harganya fuhh, tersangat lah mahal. Untuk melepaskan rasa ingin memiliki kamera tersebut, saya membuat survey dalam forum-forum diinternet berkaitan membeli kamera DLSR secara ansuran. Bila difikir-fikirkan semula, patut la gaji tinggi mana pun, tetap tak cukup. Sebab apa? sebab, nafsu dan keinginan ini tidak akan pernah puas.

Pesan Amirul Mukminm Ali as dalam Nahjul Balaghahnya: “Sesungguhnya yang paling aku kuatirkan pada kalian adalah dua hal, iaitu taat hawa nafsu dan angan-angan panjang.”

Elakkan berhutang melainkan terdesak sangat-sangat, contohnya nak kena buat pembedahan dan seumpamanya. Ingatlah wahai aminah akan firman Allah swt: “Dan adapun orang-orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya surgalah tempat tinggal(nya).”(Q.S. An-Nazia’at 40- 41.)

Moral: "Kejarlah Akhirat, nescaya Dunia akan mengikut mu"
Categories:

0 comments: