10 January 2011

Posted by jinson on Monday, January 10, 2011 No comments
"Minah, kak rasa ang kena belajar jadi pendengar yang baik la.."

"La..chek dengar ja apa yang Cik tu cakap.."

"Dengar apa..Sat ang bincang pasal padang, pastu dewan, pastu masuk bab padang balik.. seolah-olah ang tak dengar sangat apa yang dia cakap"

Saya belum menjadi pendengar yang baik. Hanya suka bercerita, tapi kurang mendengar dan memberi respon yang terbaik kepada yang bercakap.


Menjadi pendengar yang baik adalah segala-galanya bagi memulakan komunikasi berkesan. Sebenarnya, memang sedikit sahaja yang benar-benar menjadi pendengar yang baik. Menurut kajian mereka yang berjaya dalam hidup semuanya merupakan seorang yang dapat berkomunikasi dengan berkesan dan pendengar yang baik.

Terdapat 2 sebab utama kenapa harus menjadi pendengar yang baik. Yang pertama, setelah kamu mendengar dengar baik, kamu akan mempelajari apa yang kami tidak ketahui sebelum ini. Yang kedua, rata-rata orang suka dan mengutamakan pendengar yang baik. Kerana pendengar yang baik dapat membantu mereka pada saat mereka sangat memerlukan.


Situasi 1
Pengadu : "Sedihnya..handset saya hilang lagi"
Pendengar : "Erm..hang memang pun..pegang apa pun tak lekat"


Situasi 2
Pengadu : "Sedihnya..handset saya hilang lagi"
Pendengar : "Eleh..baru 2 kali hilang, aku ni tahun ni saja dah 5 kali hilang..tak kata pa-pa pun"


Situasi 3
Pengadu : "Sedihnya..handset saya hilang lagi"
Pendengar : "Ang nak makan apa?"


Situasi 4 :
Pengadu : "Sedihnya..handset saya hilang lagi"
Pendengar: "Sabar la..semua ini pijaman sahaja.. Bila-bila masa Allah akan tarik balik"

Situasi 5 :
Pengadu : "Sedihnya..handset saya hilang lagi"
Pendengar: "Yaka..hilang kat mana?"
Pengadu : "Hilang kat dewan peperiksaan tadi. bla..bla.."
Pengengar : "Sedihnya..bla..bla.."


Nampak kan perbezaannya? Kalau kita pengadu, kita nak pendengar masalah kita yang bagaimana? Sudah tentu yang situasi 5 tu kan.. So, mari kita teliti cara-cara menjadi pendengar yang baik..

* Wujudkan suasana yang mesra dalam perbualan atau interaksi.
* Dengar dengan teliti apa yang sedang diperkatakan.
* Berikan perhatian sepenuhnya.
* Berikan 'eye-contact' atau kontak mata.
* Lihat tepat ke dalam anak matanya.
* Anggukan kepala sebagai tanda gerak balas anda.
* Ikuti perbualannya dengan berkata, "ya…ya…aha", ooo..mcm tu".
* Cuba selami perasaan orang yang sedang bercakap dan hayati ceritanya.
* Ubah mimik muka anda seiring dengan perkara yang dipertuturkan. Misalnya, jangan pula sesuatu perkara yang sepatutnya anda terkejut tetapi anda buat tidak tahu pula.
* Elakkan dari mengkritik.
* Jangan menyampuk dan memotong cerita yang belum selesai.
* Susuli dengan soalan-soalan sebagai tanda yang anda memang mendengarnya dengan penuh minat.
* Ulangi apa yang dibicarakan sebagai tanda anda faham atau untuk memastikan apa yang anda fahamkan itu betul.
* Cuba bertindak pada perkara yang difikirkan betul.

Cuba praktikan dan saya juga akan praktikal. Semoga menjadi pendengar yang baik selepas ini.
Categories:

0 comments: