30 December 2010

Tadi semua programmer lama dipanggil oleh project manager. Memang mendebarkan. Rupa-rupanya project manager ingin menyampaikan amanat dari 'abah' kami. Programmer sekarang ini banyak main-main, tak serius dengan kerja, menerewang merata, sekejap ziarah negara youtube, sekejap ke negara facebook dan ada yang sempat ke negara YM. Padan muka dengan programmer ni :( Awal-awal kerja dulu, sangat rajin bekerja, hatta YM sekali pun jarang. Sekarang.. Alhamdulillah la dikurniakan abah yang prihatin. Beliau berikan peringatan sebelum kita disoal di akhirat nanti.. Alhamdulillah.

Mulai tahun 2011 ini, semua programmer akan dinilai, siap ada anugerah lagi tu.. Kalau anugerah programmer terbaik sahaja takpa jugak, yang sangat menakutkan adalah programmer tercorot. Mintak simpang la.. Macam mana nak buat ya? Saya harus letak matlamat yang tinggi dan berusaha mencapainya.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. Semoga segala amalan tahun ini diterima oleh Allah.
Thursday, December 30, 2010 Ummu Umar

19 December 2010

"Nilai Manusia adalah semahal nilai matlamatnya" (Marcus Aurelius)

"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan berkata selaras dengan tindakannya" (Confucius)
Sunday, December 19, 2010 Ummu Umar

"Nilai Manusia adalah semahal nilai matlamatnya" (Marcus Aurelius)

"Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan berkata selaras dengan tindakannya" (Confucius)

11 December 2010

Alhamdulillah..hari ini 11/12/2010, saya berpeluang menyertai program Ijtima' Thanawi Ummahat 2010. Rasa bersyukur sangat sebab berpeluang mendengar dan menyaksikan dengan mata sendiri tokoh-tokoh hebat muslimat di negeri Kedah ini. Antara tokoh hebat adalah, Ustazah Faridah Ahmad, Pegawai Penyelidik Jabatan Mufti Negeri Kedah. Sebelum ini, saya hanya mendengar suara beliau dalam corong radia kedah fm. Suaranya yang penuh kasih-sayang dan ditambahi beliau satu-satunya tokoh wanita dalam Rancangan Bimbingan Fardhu 'Ain Anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah yang diadakan pada setiap hari jam 5.30petang di radio Kedah FM. Dalam ucapan ustazah siang tadi, ustazah ada menyatakan keadaan yang agak kritikal iaitu berkaitan masalah remaja, masalah sosial dan masalah keruntuhan rumah tangga. Kawasan yang agak kritikal adalah di bahagian Kulim, Bandar Baru, Serdang, Seberang Prai.

Seterusnya, Ustazah Zaharah Abu Bakar, merupakan Ustazah di Ma'ahad Tarbiyah Islamiyah Derang. Saya mula mengenali ustazah ketika berada dibangku sekolah menengah, iaitu ketika program Pengurusan Jenazah yang dianjurkan oleh Badan Dakwah dan Kebajikan Maktab Mahmud. Ustazah juga pernah memberi kuliah berkenaan wanita pada ketika saya masih belajar di maktab mahmud.Ustazah merupakan pengerusi Lajnah Ummahat Persatuan Ulamak Negeri Kedah. Sedikit sejarah PUK ini, PUK ditubuhkan pada tahun 1946 dan Lajnah Ummahat pula mula ditubuhkan pada tahun 1999.

Tokoh yang ke-3, Ustazah Mikiah. Ustazah Mikiah merupakan ketua muslimat kawasan pokok sena. Selalu mendengar nama ini, tapi belum berpeluang mengikuti program dan kuliah bersama ustazah. Semoga pertemuan pertama kali ini menjadi titik permulaan untuk saya lebih mengenali ustazah hebat ini. Semasa ucapan perwakilan tadi, ucapan ustazah Mikiah membuatkan semua hadirat bersemangat dan bermotivasi. Gaya ucapannya seperti gaya Ustaz Dzulkhairi Mohd Nor. Terkesan dengan kata-kata ustazah tadi, jangan lah kita menjadi seperti bunga durian, banyak pada awalnya, tapi yang benar-benar bertahan sehingga menjadi buah durian hanya sedikit sahaja. Satu lagi kata-kata keramat dari ustazah, kenapa Rasulullah disusukan oleh ibu susuan, bukan bonda Baginda? salah satu pengajaran yang kita boleh ambil adalah, jangan jadikan alasan anak untuk kita tidak terlibat dalam lampangan dakwah. Semoga saya dan semua rakan-rakan mampu mencontohi ustazah ini.

Sampai di sini dulu perkongsian berkaitan tokoh-tokoh muslimat di negeri Kedah.
Saturday, December 11, 2010 Ummu Umar

08 December 2010

Ditarbiyah & mentarbiyah antara elemen penting ke arah pembentukan tentera-tentera Allah yg memiliki kekuatan jasmani & rohani.Orang yg hidupnya hanya mentarbiyah tetapi tdk mahu ditarbiyah boleh jadi dirinya dibuai keegoaan.Orang yg hidupnya hanya menerima tarbiyah tidak mahu mentarbiyah boleh jadi dirinya sebagai pemutus mata rantai perjuangan. Golongan pelapis perlu dibentuk bagi memastikan kelangsungann agenda perjuangan yang berterusan.
Wednesday, December 08, 2010 Ummu Umar