30 December 2010

Posted by jinson on Thursday, December 30, 2010 1 comment
Tadi semua programmer lama dipanggil oleh project manager. Memang mendebarkan. Rupa-rupanya project manager ingin menyampaikan amanat dari 'abah' kami. Programmer sekarang ini banyak main-main, tak serius dengan kerja, menerewang merata, sekejap ziarah negara youtube, sekejap ke negara facebook dan ada yang sempat ke negara YM. Padan muka dengan programmer ni :( Awal-awal kerja dulu, sangat rajin bekerja, hatta YM sekali pun jarang. Sekarang.. Alhamdulillah la dikurniakan abah yang prihatin. Beliau berikan peringatan sebelum kita disoal di akhirat nanti.. Alhamdulillah.



Mulai tahun 2011 ini, semua programmer akan dinilai, siap ada anugerah lagi tu.. Kalau anugerah programmer terbaik sahaja takpa jugak, yang sangat menakutkan adalah programmer tercorot. Mintak simpang la.. Macam mana nak buat ya? Saya harus letak matlamat yang tinggi dan berusaha mencapainya.

Semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok lebih baik dari hari ini. Semoga tahun ini lebih baik dari tahun lepas dan tahun hadapan lebih baik dari tahun ini. Semoga segala amalan tahun ini diterima oleh Allah.
Categories:

1 comments:

bidadatun said...

owh.... menusuk qolbu.... =X