13 July 2010

Posted by jinson on Tuesday, July 13, 2010 5 comments
Semasa di alam kanak-kanak, cikgu selalu bertanya, apa cita-cita kamu bila besar nanti? Jawapannya pasti berbeza-beza mengikut usia kita. Umur tujuh tahun nak jadi superman sebab superman kuat. Umur darjah 4, saya nak jadi polis sebab polis boleh tangkap penjahat. Bila meningkat lagi usia kita, umur 17 tahun, saya nak menjadi DOKTOR. Dan bila masuk Universiti, kita bertukar lagi cita-cita. Saya mahu menjadi Programmer. Bila dinilai semula, cita-cita sebenarnya suatu perkara yang membuatkan kita berusaha gigih untuk mencapainya. Dan cita-cita ini juga terbina bila mana ada enzime yang mencetusnya. Sekiranya kita tidak ditanya cita-cita, pasti tiada cita-cita akan diri kita. Bila tiada cita-cita, maka tiadalah kata-kata untuk memajukan dan merubahkan diri kita. Orang pernah kata, dengan kata-kata, ia mampu merubah seluruh kehidupan manusia. Dan kata-kata itu bermula dari diri kita. Anda lah penentu diri anda.

Bila sudah ada pekerjaan, apakah yang ingin dicapai dalam pekerjaan ini? Adakah ia terhenti setakat ini sahaja? atau ada cita-cita yang lebih agung dan utama dari cita-cita ini?

Kunci pekerjaan, tingkatkan amal, kikiskan temberang. Jadikan Rasulullah sebagai ikutan, Allah sebagai Tuhan. Pasti disitu anda akan menjumpai nilai sebuah pekerjaan.
Categories:

5 comments:

Anonymous said...

makacheh :)

Anonymous said...

wah.. betul3.

Anonymous said...

wah.. bagus2.

::Mardhatillah:: said...

totally agree

Lavender Biru said...

a gud article...