04 February 2010

Posted by jinson on Thursday, February 04, 2010 1 comment
Assalamu'alaikum.

Kali ini, saya rasa nak kongsi dengan semua tentang satu masalah dan solusinya. Masalah ini, jarang berlaku kepada kebanyakkan orang, dan hanya orang yang terpilih akan menghadapinya. Apa masalah itu? =)

"#1226 - User 'root' has exceeded the 'max_questions' resource"

MySQL Error – exceeded the ‘max_questions’ resource (current value: 1)

Faham tak masalah apa? masalah ini tiba-tiba muncul disebabkan berani mencuba, tetapi tidak ada ilmu. Ini lah akibatnya.

Kalau berlaku kepada mysql anda, anda jangan bimbang walaupun hakikatnya akan rasa pening tahap z disebabkan rasa tidak tahu apa yang harus dilakukan. Nak uninstall mysql, masalah ini tetap muncul. Kalau biarkan, dan format laptop ini, boleh tetapi ia memerlukan masa yang lama untuk menginstall segala software yang diperlukan.

First sekali perlu tahu maksud error tu.

'max_questions' telah melebihi had (nilai sekarang=1).

'max_questions' bermaksud bilangan query yang user boleh execute dalam masa satu jam. Dan menurut error di atas, ia bermaksud, user hanya boleh execute 1 query dalam masa satu jam. Kalau anda run menggunakan comand mysql.exe justeru, first query anda adalah

mysql> use mysql;

pastu kalau anda nak run query lain pula, anda perlu menunggu masa satu jam selepas anda execute query 'use mysql;' tu.

seterusnya, anda perlu run query berikut pula.

mysql> update user set max_questions = 0 where user = 'root';

Tahniah, anda telah berjaya menyelesaikan masalah di atas.
Categories: