30 August 2009

Lagu ni tak tuju kat sapa2 pun. Terima kaseh Ukhti F sbb tegur.. Lirik ni adik ana yg bagi. Ana suka lagu tu bukan sebab tertarik kat lirik dia, tapi rentak dia. Lani ana ganti ngan lagu len yg lebih best.. ;)

قلبي ناداك
Hatiku Memanggilmu

ليك، أنا ملك ليك
for you, I'm for you
تعالى قرب ضمني
come closer and hug me
محتاج اليك
I need you
ليك، أنا ملك ليك
for you, I'm for you
و روحي فيك
and my soul is in you
يا حب عمري أنا عمري كله
o love of my life, all my life
هاعيشه ليك
I'll live it for you

هواك هو الحياة
your love is the life
و انت اللي أنا ياعشق هواه
and you're the one whose love I love
كان قلبي مناه
my heart used to wish
أجمل ملاك يكون معاه
that the most beautiful angel would be with it

ياه، قلبي ناداك
yah, my heart called you
و اتمناك تبقى انت ويايا
and wished that you'd be with me
ياه، بعد سنين
yah, after years
شوق و حنين الاقيك هنا معايا
of longing and yearning I find you here with me
ياه، ضمني ليك
yah, hug me to you
ده انت حبيبي حياتي ليك
my love, my life is yours
و هاعيش عمري عشان عينيك عمري فداك
and I'll sacrefice because your eye, my life for you.

ايه، احتاج لايه؟
what, what will I need?
لو كنت جنبي معايا دايما
if you were by my side with me always
قوللي ايه؟
tell me what?
ياه، ده أنا من زمان
yah, for a long time I've
محتاج لقلب يحس بيا
needed a heart to feel me
و أحس بيه
and I'd feel it in return

Sunday, August 30, 2009 Ummu Umar

29 August 2009

Pejam celik, pejam celik, hari ini dah hari ke 9 ramadhan. fasa 1 ramadhan dah nak berakhir.. fasa apa? fasa rahmah. Ingat lagi tak, keistimewaan ramadhan. Permulaannya penuh rahmat, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan dari api neraka. Oleh itu, rebutlah peluang ini sebaik mungkin.

Bila masuk bulan ramadhan, ramai yang berebut2 untuk membuat majlis iftar. Ada yang buat secara sekali sebulan dan ada yg tiap2 hari. Rasulullah menganjurkan umat islam supaya memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut.

Tak terkecuali, usroh ana pun turut merancang mengadakan iftar jam'ie. Tahun lepas di UIA, tahun ni insyaallah kat UPM pulak. Tengok keadaan mcm mana.. Rindu sangat ngan usroh kubra(iftar jam'ie) tahun lepas. Itu kali pertama ana masuk dalam kawasan UIA, menjelajah bumi UIA. Dan itu kali pertama ana bermusafir seorang diri ke KL. Takut takut jugak, tapi sebab rindu nak jumpa sahabat2, ana pi jugak. Walaupun pada awai2 majlis agak kelam kelibut, yela, dengan kebanyakkan yang datang tu bukan tahu sangat selok belok UIA tu, maka lambat sikit la nak jumpat tempat iftar tu. 'ala kullihal, semuanya berjalan dengan lancar. Makanan iftar ditaja oleh sahabat2 UIA. Terima kasih daun keladi, lain kali belanja lagi ;) Lepas solat maghrib berjama'ah, kami berkumpul semula untuk pengisian rohani. Mendengar taujihat dan tazkiyah dari orang2 alim sangat lain rasanya. Terasa terisi semula hati ini yang dah lama dahagakan taujihat sebegitu. Ana masih ingat lagi satu kata2 dari sahabat UM, "Walaupun tadi ana penat dengan program kat UM, seharian suntuk bergerak kerja, tapi ana datang jugak, ana datang sini tak lain dan tak bukan sebab ana ingin menyambungkan semula ikatan Ukhuwah yang terbina satu ketika dahulu. " Kami dimaklumkan sahabat UM tu ditaklifkan sebahagai pengarah program utk program di UM siang tadi. Memang kelihatan raut2 kepenatan pada wajahnya. Melihat kesungguhan dia untuk datang sini, menyebabkan air mata tak dapat ditahan lagi. Ia terus mengalir.

Iftar tersebut mengingatkan ana lagi akan pengorbanan seorang sahabat dari UIA, walaupun pada esok hari, dia akan menjalani ujian untuk kursus pengajian dia, tapi dia tetap datang jugak. Ini lah hasil kemanisan ukhuwah yang terbina atas dasar aqidah. Rindu sangat dengan dengan antum. Semoga kita semua dikuatkan iman dalam menjalani ibadah dibulan Ramadhan yang mulia ini.

P/s : Makluman iftar akan dimaklumkan melalui talian Celcom, harap maklum ;) Harap semua sahabat2 dapat luangkan masa untuk iftar kali ni..
Saturday, August 29, 2009 Ummu Umar

28 August 2009

Belajar untuk menerima diri sendiri

Langkah paling utama adalah terima diri anda sendiri – sayangi diri anda. Kalau bukan anda yang sayang pada diri anda, jangan mimpi untuk orang lain sayang pada anda. Dalam dunia ini takdak orang yang sempurna, justeru kenapa nak bazirkan air mata atas ketidaksempurnaan anda. Mungkin kita ada sesuatu kelebihan yang mana orang lain tidak ada dan orang lain ada kelebihan yang mana kita tidak ada. Kelebihan dan kekurangan ini adalah untuk kita saling lengkap melengkapi. Sebab itu, kita perlu bersahabat, berteman untuk dikongsi segala kelebihan dan kekurangan kita atas kelebihan dan kekurangan sahabat atau teman kita. Justeru, anda harus menerima diri anda seadanya dan apa yang anda miliki dan putuskan dalam kehidupan anda. Ia akan membuatkan anda akan bebaskan fikiran anda dari resah dan risau yang tidak berguna.

Letakkan matlamat yang anda ingin capai dan bergerak kearah itu.

Pengembaraan seribu batu bermula dari langkah yang pertama. Mulakan dengan langkah yang kecil ini untuk merubah kejayaan di masa hadapan. Mulakan dengan niat yang jelas dan anda akan thabat dalam menghadapi ujian-ujian mendatang. Belajar untuk membuat kerja anda dengan sendiri dan elakkan dari melihat dan membanding dengan orang lain yang mana akan menyebabkan anda terasa lemah. Sempurnakan kerja anda dan anda akan merasakan satu semangat yang tinggi untuk meneruskan kerja lain pula. Terus berjalan sehingga sampai ke destinasi yang ingin dicapai.

Kalau takut untuk mati, jangan cuba masuk ke medan perang
Friday, August 28, 2009 Ummu Umar

16 August 2009

"Ya Allah berikan kepada kami barakah pada bulan Rejab, sya'ban dan berikanlah kami kesempatan untuk berjumpa kembali dengan ramadhanMu yang suci...kabulkanlah ya Allah..."

Rasulullah menganjurkan kepada para sahabat untuk memperbanyakkan ibadah pada bulan Ramadhan, nilai pahalanya akan dilipat gandakan hingga 700 kali lipat atau lebih,
Rasulullah juga menganjurkan memberi makanan berbuka ( iftar ) kepada orang-orang yang
berpuasa kerana bagi orang tersebut akan mendapat pahala dari orang yang diberi juadah berbuka puasa tanpa mengurangi pahala orang tersebut.

Para sahabat bertanya : Ya, rasulullah saya tidak mempunyai apa-apa yang berharga untuk diberikan kepada orang yang berpuasa.
Rasulullah menjawab : Sediakanlah apapun yang kau punya walaupun hanya sepotong kurma, seteguk air ataupun segelas susu.

Persiapan Sebelum Ramadhan

i. Berdoa kepada Allah agar kita dapat bertemu Ramadhan, mohon dberikan kekuatan untuk melaksanakan puasa, qiyamullail dan amal soleh lain.

ii. Membersihkan jiwa dan hati, bertaubat dengan sebenar-benarnya dari dosa dan perbuatan maksiat. Jangan sampai mengotori bulan Ramadhan dan puasa dengan berbagai kemaksiatan dan dosa.

iii. Mempersiapkan diri dengan banyak beramal soleh pada bulan sya'ban terutama sekali puasa sbg pembukaan dan pengantar sebelum memasuki arena yang lebih besar ( Ramadhan ).
Bulan Ramadhan merupakan bulan dibukanya seluruh kebaikan dan rahmat, hanya mereka yang
memiliki kesungguhan, daya tahan dan semangat tinggi yang mampu menuai pahala sebanyak-banyaknya.

iv. Berusaha untuk tafaqquh ( memahami ) hukum-hukum berkaitan dengan shaum, mengetahui petunjuk Nabi Shallallaahu 'alaihi wasallam sebelum memasuki Ramadhan, mempelajari syarat-syarat puasa, syarat sahnya, batalnya. Demikian pula kewajipan-kewajipan , larangan, sunnah-sunnah dan yang dibolehkan dalam puasa. Juga zakat fitrah dan perilaku Rasulullah Shallallaahu 'alaihi wasallam berkaitan dengan diri dan keluarganya ketika bulan Ramadhan.

v. Mempersiapkan kegiatan dalam mengisi bulan Ramadhan.
Diantaranya -qira'atul Qur'an, mempelajari dan menghafalnya, qiyamullail, iftar jam'e, umrah Ramadhan, I'tikaf, sedekah, zikir, penyucian jiwa serta amal-amal sholeh yang lain .

Keistimewaan- keistimewaan lain yang dapat kita peroleh pada bulan Ramadhan adalah:

i. permulaannya penuh rahmat, pertengahannya penuh dengan keampunan dan akhirnya penuh dengan kebebasan dari api neraka.

ii. Allah akan mengampuni dosa-dosa yang terdahulu bagi orang-orang yang melakukan puasa semata-mata kerana keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah.

iii. Terbukanya pintu-pintu syurga dan tertutupnya pintu-pintu neraka.

iv. Ibadah wajib yang dilakukan pada bulan Ramadhan akan dilipatgandakan nilai pahalanya, dan bila melakukan ibadah sunnah pahalanya sama dengan ibadah wajib.

v. Di dalam bulan Ramadhan tersebut ada satu malam yang dinamakan malam lailatul qadar yang barangsiapa beribadah pada malam tersebut nilai pahalanya lebih dari beribadah selama 1000 bulan.

"Ya Allah, turunkanlah berkat dan salamMu atas diri kekasihmu, nabi Muhammad saw, para pengikut Baginda, setara dengan kerisauan baginda terhadap umatnya serta curahkanlah Nur RahmatMu atas Baginda selama2nya"

Tak lama lagi, kita semua akan memasuki bulan Ramadhan, bulan penuh rahmat, bulan pengampunan dan padanya terdapat satu malam yang menyamai 1000 bulan. Semoga kita semua diberi kekuatan dalam menunaikan ibadah sepanjang bulan ramadhan yang bakal tiba.
Sunday, August 16, 2009 Ummu Umar

04 August 2009

Pagi ini, kepalaku terasa berat sekali. Rasa ingin memadamkan semua mimpiku dengan menyambung semula tidurku. Tetapi, walaupun dicuba berkali-kali, fikiranku masih terbayang-bayang mimpi itu. Selepas menyucapkan Alhamdulillah kerana masih dianugerahkan ni'mat untuk hidup, aku terus bergegas mandi. Sepanjang aku membuat persiapan kendiri, fikiranku terus memikirkan, bagaimana harus aku lupakan semua itu. Mahu cari tempat untuk aku luahkan, tapi kepada siapa. Aku terus berfikir, ya, mintak nasihat dari sahabat karibku. Aku fikir kembali..Ish..kenapa aku ni..cari nasihat yang jauh. Gedung nasihat dan motivasi ada disisiku. Kenapa aku tidak memintak dariNya..terus aku mencapai surat cinta dariNya. Aku membuka pada surah al-baqarah, ayat 216. Allah berfirman dan maksudnya:

"Kamu diwajibkan berperang (untuk menentang pencerobohan) sedang peperangan itu ialah perkara yang kamu benci dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya." (216)

Hati ini milik Allah, maka kalau ingin penawarnya, mintaklah dari Allah
Hati ini milik Allah, maka jangan biarkan ia cintakan dunia,
Hati ini milik Allah, maka jangan biarkan ia dikotori dengan dosa,
Hati ini milik Allah, maka bajailah ia dengan zikrullah

Tuesday, August 04, 2009 Ummu Umar