26 November 2009

Posted by jinson on Thursday, November 26, 2009 No comments
Selepas selesai sesuatu kerja, apa yang akan bermain di fikiran kita. Puas hati atau kecewa. Kena ingat, takdak manusia yang sempurna. Kesilapan dan kelemahan itu satu lumrah. Tapi harus ingat, jangan biarkan diri kita lali dan terus berada di takuk yang sama. Macam mana nak bagi rasa puas hati?

Dari Abu Ya'la syidad bin Aus RA: sesungguhnya Rasulullah saw bersabda: sesungguhnya Allah menyuruh melakukan ihsan dalam setiap perkara....

Apa maksud ihsan? Menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, jika kamu tidak dapat melihatNya, sesungguhnya Dia melihatmu. Secara ringkasnya, melakukan dengan sebaik mungkin dan berlandaskan syariat. Kalau kerja mencuri, walaupun dia buat kerja dengan sebaik mungkin, tapi ia bukan ihsan. sebab apa? sebab kerja itu bertentangan dengan syariat.

Selepas kita melakukan kerja dengan ihsan, kemudian, apa-apa hasil yang kita dapat, kita harus bersyukur. Dengan mengucapkan ALLHAMDULILLAH, kita akan merasa bersemangat dan bertenanga. Sesungguhnya syukur ini mempunyai satu tenaga dan kuasa yang bercas positif. Kalau anda tak percaya, cuba anda sebut Alhamdulillah.. Apa yang anda rasa? Kalau kita mengeluh, kita akan rasa malas dan lemah. Justeru, bersyukurlah dengan segala yang berlaku. Apa-apa natijah yang kita dapat, kita bersyukur. Insyaallah, Allah akan tambah lagi ni'mat kepada kita. Bersyukur tak sama dengan rasa cukup dengan apa yang kita ada. Maksud rasa cukup ni, puas hati dengan keadaan dan tahap sekarang. Takdak rasa ingin dapat yang lebih baik. Kalau bersyukur, kita akan merasa bersemangat dan ingin lebih dari yang kita ada sekarang ini. Justeru, banyakkan bersyukur selepas anda ihsan dalam kerja buat anda.

P/s: boleh kritik diri anda, tapi jangan jadi hamba yang kufur.


Alhamdulillah :)
Categories: ,

0 comments: