21 October 2009

Posted by jinson on Wednesday, October 21, 2009 4 comments
Baru-baru ni, ana dok kat masjid, tunggu nak solat maghrib. Dalam pukul 6.30 ptg tu ada sorang pakcik sedang memimpin sorang mak cik ni. Awal2 tu, ana tak tengok sangat kat mak cik tu, kebetulan tak pakai spekmata, so tak berapa nampak la muka mak cik tu. Mak cik tu pakai tongkat. Sambil dia berjalan masuk ke tempat solat wanita, pak cik yang tadi memimpin mak cik tadi memberitahu sesuatu kepada makcik itu. Tiba-tiba terdengar mak cik tu bersuara "Mana? Takdak orang bagi telekung sembahyang pun"

"Alamak! Makcik ni taknampak la.. Apa la aku ni.." bisik hati kecilku, kemudian aku terus memberitahu kepada sahabat yang tengah bercakap denganku "K Lin, sat, satgi kita sembang semula". Pastu aku terus mematikan telefon bimbitku. Aku bergegas mencari telekung yang bersih untuk diberikan kepada mak cik itu. Selepas melihat sudah ada orang yang menjaga mak cik itu, lelaki tadi menghilangkan diri. Mungkin sudah pergi ke bahagian lelaki untuk menunaikan solat maghrib.

Aku bertanya kepada mak cik itu "Mak cik nak solat apa? Maghrib ka?"
"Tak, mak cik nak solat jama'" Beritahu mak cik kepadaku..
"Solat Jama'? Aik..mak cik ni nak pi mana?" Kemudian baru aku teringat, orang sakit boleh solat jama' tapi tak boleh qasa solat. Memandangkan mak cik itu buta, dan memerlukan orang membantunya untuk solat, maka dia dibolehkan buat solat jama'. Aku pelajari perkara ini semasa aku kemalangan tahun lepas. Pada malam aku kemalangan, aku tak mampu sangat untuk berdiri. Kalau berdiri, aku rasa nak pitam. Kemudian aku terus ijtihad, buat qasa sahaja. Kemudian, aku masih tidak berpuas hati, kemudian aku merujuk dengan ustaz-ustaz yang pakar dalam ilmu feqah. Jawapan yang aku dapat, orang sakit tidak boleh qasa solat tapi boleh jama'. Panjang lagi penjelasan tentang solat jama' ini. Nanti kalau ana jumpa rujukan dia, ana bagitau.

Selesai solat maghrib, aku membantu memimpin mak cik itu berjalan menuju kepada pak cik tadi. Melihat kejadian tadi, timbul rasa kagum terhadap kegigihan mak cik untuk menunaikan tanggungjawab sebagai hamba kepada Pencipta. Kita sebagai insan biasa, kadang-kadang masih lalai dalam menunaikan kewajipan ini. Walaupun Allah dah bagi pelbagai ni'mat kepada kita, kita sering lupa. Kita sibuk dengan urusan dunia kita hingga kadang-kadang melewat-lewatkan kewajipan sebagai hamba. Walaupun kita sihat, cukup anggota badan, tapi masih tidak bersyukur. Solat pun, nafsi-nafsi, pastu kadang-kadang main solat ayam patok makan padi ja. Sama-sama la kita muhasabah. Solat ini penghubung antara kita sebagai hamba dengan pencipta kita iaitu Allah.

p/s: maaf la lama tak update..hehe...
Categories:

4 comments:

mohaini said...

salam,aminah..
apa khabaq..busy ke kerja skrg..:)

Ummu Umar said...

wa'alaikumussalam

mohaini..rindu kat hampa semua.. rindu ngan kata2 mohaini.. mesti mohaini rindu nak dengar aminah gelak kan? hehe

So far, alhamdulillah..semakin mencabar..

mohaini dah present FYP dah ka?

mohaini said...

rindu jugak,rindu itu kan anugerah,nasib baik rindu..;)

hujung minggu ni kitorang kosongkan rumah,tinggal kak siti sorang je,semalam ika dah angkut semua barang dia dan kitorang dah duduk kat usm minggu nih.
dulu saya kata dah terpengaruh dgn cara aminah gelak kan,sekarang dah kurang dah gelak cam aminah..sbb dah jarang dengar kot..hehe..
aduh,kata2 saya sungguh pedas dirindui juga ke...

belum present,exam dah abis,present esok,doakan..rasa x de mood ..

selamat bekerja nur amina,eh bukan, ,aminah.lagi sedap..;)

Ummu Umar said...

ya..alhamdulillah..naseb baek mohaini rindu kat aminah gak.. ;)mmg pun..aminah suka mohaini sbb bahasa mu yang pedas mengalahkan masak asam pedasku.. teruskan ngan kepedasan kata-katamu itu.. ia membuatkan org berfikir semula dengan apa yang telah mereka lakukan..

k, good luck utk presentation. buat lek lok.. yakin ngan kemampuan mohaini.. sempoga Allah mempermudahkan urusanmu sahabat ;)

hahaha...ni mesti kes angau ngan nur kasih ni..hayya...