27 September 2009

Posted by jinson on Sunday, September 27, 2009 4 comments
Alhamdulillah, raya kali ni ana rasa puas sekali. Banyak Faktor yang membuatkan ana rasa begitu.

1. Mungkin sebab dah kerja kot.
Dah ada duit sendiri untuk beli kelengkapan raya, boleh bagi duit raya kat adik2 yang datang rumah. Tambahan pulak, sebelum balik raya, bos ana bagi duit raya untuk diberikan semasa hari raya. Boleh la beda untuk 10 20 orang.

2. Beraya kat pondok.
Jika sebelum ini, kami sekeluarga beraya di rumah tokwan sebelah mak. Ingat lagi, masa kecik-kecik dulu, sehari sebelum raya, kami semua adik beradik akan pulang ke rumah tokwan untuk membantu mak sedara untuk memasak laksa. Tetapi, kali ini tiba masanya untuk kami adik beradik untuk beraya di tempat kami membesar iaitu pondok kg bahagia. Inilah tempat kami adik beradik membesar bersama-sama dengan suasana yang mendamaikan.

3. Adik Amin jadi tok khatib khutbah raya
Sebulan sebelum raya, nama amin sudah terpilih untuk menjadi khatib untuk raya tahun ini di surau pondok. Walaupun begitu, sehari sebelum raya, amin belum diberikan teks khutbah. Kami sekeluarga mula mempersoalkan status amin, sama ada jadi atau tidak. Ayah dah mula ingatkan amin supaya berjumpa dengan Ust Talib selepas untuk memastikan gerangan yang akan memberi khutbah raya esok hari. Ayah taknak berlaku sesuatu yg tak diingini. Orang mengharap kita, tapi kita ingat sudah ada penganti lain. Selesai solat isyak, amin pulang ke rumah dengan memegang senaskah buku. Rupa-rupa, amin ditaklifkan untuk memberi khutbah esok pagi. Ini kali pertama amin menjadi khatib, kami adik beradik agak risau. Bagaimana amin berkhutbah esok. Malam itu, amin bersungguh-sungguh berlatih untuk berkhutbah.

Pada hari raya, seawal pagi pukul 7 pagi, rumah sudah dikunjungi tetamu. Tok long Basah datang. Kami makan kurma bersama-sama sebelum menjamah makanan lain. Sunnah Rasul, makan kurma sebelum makan makanan lain pada hari raya aidil fitri. sekitar jam 8.45 pagi, kami bersiap-siap dan berjalan ke surau untuk menunaikan solat sunat aidil fitri. Selesai solat sunat yang diimamkan oleh ust 'ee, amin bangun untuk menyampaikan khutbah beliau. Hati ku berdebar-debar..Alhamdulillah, amin lancar menyampaikan khutbahnya. Jemaah yang hadir, khusyuk mendengar dan menghayati khutbah yang penuh syahdu yang banyak berkisar tentang kematian. Selesai solat, kami bersalam-salaman dengan jemaah yang hadir dan memilih jalan lain semasa pulang ke rumah. Sempat beraya dengan tok tok yang kami temui di sepanjang jalan itu.

4. Berjalan beraya tiap-tiap hari.
Jadual ziarah penuh dari hari pertama hingga hari ini iaitu hari raya ke 8. Meriahnya hari raya pertama kami beraya dengan van. Ziarah rumah ust ma'ahad, rumah saudara dan sumah kawan-kawan. Hari raya ke-2 beraya dengan amin dan suhaimi. ziarah rumah sahabat. Hari raya ke-3, ijtima' aidil fitri PERSADA. Jumpa semula sahabat-sahabat ma'ahad. Bertukar cerita tentang masing-masing. Mendengar ceramah dari Menteri Besar Kedah, Ust Azizan. Ceramah beliau banyak membuka minda mahasiswa dan mahasiswi tentang keaadan kedah sekarang. Kerajaan kedah dibawah pimpinan Ust Azizan banyak membuktikan slogan yang dibawa oleh mereka, Kedah Sejahtera. Sejahtera dan bersih dari rasuah dan salah laku. Sepanjang Pas perintah Kedah, banyak perubahan yang dilakukan. Kalau kerajaan BN pernah mengwar-warkan untuk menfokuskan kepada pertanian dengan mewujudkan pelbagai koridor itu dan ini, tetapi pendekatan kerajaan PAS kedah lebih praktikal iaitu menyediakan pasaran dan peluang kerja kepada rakyat dalam sektor pertanian. Ceramah Ust Azizan tidak memboringkan. Malam tu pulak, ada masjid terbuka di kampung tok wan. Raya ke-4, makan kenduri kawen sahabat, beraya di rumah sahabat dan tersesat dalam hutan selepas menghantar aminah mokhtar ke rumahnya. Kena marah dengan mak jannah sebab balik rumah lewat. Pukul 6.30 petang bertolak ke Bayan Lepas dengan amin, suhaimi dan k ekin untuk menhantar qayyum dan adik2 ma'ahad yang akan terbang ke Jordan. Pengembaran yang sangat mencabar, memberi 1001 pengajaran, memutik seutuh ukhuwah. Raya ke-5, makan kenduri rumah mashitah, celcom buat hal, habis tergendala kerja hari tu. Plan awal nak hantar adik2 ma'ahad yang akan berlepas ke mesir, tapi tak sempat sebab akan bertolak ke kelantan malam itu. Raya ke-6, reunion sahabat-sahabat matrik kmpp, membeli belah di wakaf che yeh. Raya ke-7 beraya di rumah k azhani. Raya ke-8, dah start kerja, tapi sempat beraya di stadium sempena sambutan aidil fitri peringkat kelantan. Kesian kat mak, tak sempat nak dok lama kat rumah. Tak pernah lekat kat rumah. Kena tunggu jadi suri rumah tetap, baru leh lekat kat rumah sikit..

Ni gambar-gambar sepanjang aidil fitri 1430H


Mai secawan :)


Nak dua ringgit ;)



Van pancit lepas balik dari rumah ust salim.


Nasik Dagang, Orang Dagang ni masih tak boleh nak membiasakan makanan kat kelantan


Juara Akademi Nasyid kat Stadium Terbuka
Categories:

4 comments:

Ibnu Ramlee said...

Alhamdulillah, syukurlah kerana dapat lagi ziarah raya

Ummu Umar said...

Ya..Alhamdulillah.. Allah masih lg memberi peluang untuk ana ziarah shbt2..

Ibnu Ramlee said...

Akhi tahun ni x upaya ziarah raya kerna sakit, syukur juga d panjat pada Illahi, kerna ramai sanak saudara yang ziarahi Akhi.

Ibnu Ramlee said...
This comment has been removed by the author.