07 September 2009

Posted by jinson on Monday, September 07, 2009 2 comments
Siang tadi keluar ke KB, teman akak belikan baju tunang dia. Rasa tak sabar tengok akak ni bina masjid. Puas jugak cari baju putih tu. Dari satu kedai ke satu kedai kami pergi. Laila Textile, MPKB, KB Mall, First Ladies dan banyak lagi. Pening jugak carikan baju tu. Akhirnya, jumpa jugak baju putih tu.

The main point kat sini bukan nak ceghita pasai baju tunang tu, cuma nak meluahkan rasa sedih dan terkilan. Masa dok tengah tunggu akak try baju pilihan dia, ana ternampak segrombolan wanita-wanita yang agak moden, mak dengan 3 orang anak perempuannya. Ni bukan nak mengumpat tapi nak ceritakan sebagai pengajaran kepada semua.

Si Emak pakai elok dah, dengan bertudungnya tapi yang kurangnya kat saiz baju jela.. Tp yang sedihnya tengok anak-anak mak chik ni. Masyaallah, pakaian dengan seluar pendeknya, baju saiz babynya, tudung telah la.. mesti la tak pakai. Depa kat dalam kedai tu, teman mak depa belikan baju, mungkin baju raya. Yang sedihnya, cara depa melayan mak depa. Membiarkan mak depa pilih baju sendiri, pastu siap cakap belakang pasai mak depa lg. Kesian sangat tengok mak depa. Tp, bila difikir-fikir semula, betullah peribahasa "kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi" So, kalau anak-anak didik dengan didikan agama, insyaallah perkara sedemikian tak jadi.

So, kesimpulannya, kepada kawan-kawan yang berniat nak kawen tu, selain fikir ttg tanggungjawab sebagai isteri/suami, fikirkan juga tanggungjawab mendidik anak tu. Nak didik isteri dan anak-anak dengan apa kalau diri kita pun tak cukup lagi ilmu agama. At least bab Aqidah, feqah dan akhlak dah lepas. Ilmu ni takkan dapat dalam mimpi atau mai seketui kat depan mata kita. Kita la yang kena pi cari. Kalau bukan sekarang bila lagi. Jangan dok fikir cinta ja. Dalam nak pilih pasangan tu, pilihla yang beragama, insyaallah itu yang lebih baik.
Categories:

2 comments:

ambofx said...

Yang berugama tu yang belajar ugama ke, atau yg beramal dgn ugama ek? :)

nailah87 said...

Ilmu tanpa amal ibarat kereta tanpa stereng

Amal tanpa ilmu ibarat orang gila

so, mestila dua dua, yang belajar dan beramal..