21 July 2009

Posted by jinson on Tuesday, July 21, 2009 12 comments
Kali ini ana nak post lain dari yang lain. Lain dari yang lain ni bukannya perkara ajaib di dunia, cumanya lain dari artikel2 yang pernah ana masukkan dlm blog nailah87 ni. Sebenarnya, dah lama ana cari resepi ni dan dah banyak kali reka masakan ni, tp selalunya kurang memuaskan. Kemudian, kalau nak cari dalam internet, resepi dia tak memenuhi citarasa ana. Ini resepi yang ana berjaya cuba dan memang sangat berpuas hati. Kalau nak rasa sedap ke tak, sahabat2 boleh cuba buat kat dapur masing-masing..

Bahan-bahan:

Ikan 2 ekor
Biji Rempah
Bawang Merah 3 ulas
Bawang Puteh 2 ulas
Cabai Kering 3
Asam Keping 2 keping
Daun Kesum
Bunga Kantan 1
Garam
Gula
Air
Belacan
Kunyit Hidup

Cara-cara:

1. Tumbuk biji rempah, bawang merah, bawang puteh, cabai kering dan kunyit sampai lumat.
2. Panaskan periuk dan didihkan satu cawan kecik air.
3. Apabila air itu mendidih, masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk tadi. Masak bahan-bahan tersebut sehingga air hampir kering, kemudian masukkan air belacan dan ikan.
4. Kemudian masukkan air 2 cawan, bunga kantan, daun kesum, garam secukup rasa dan sedikit gula.
5. Tunggu sehingga ia masak.

Selamat mencuba.
P/S: Ni sebenarnya untuk rujukan ana sendiri jugak.
Categories: , ,

12 comments:

Zu L-Hilmi said...

biji rempah tu mcm mna rupa dia?.. x dk gmbaq ka... :D

nailah87 said...

la...biji rempah pun tak tau ka.. nanti chik tangkap gambar biji rempah tu..hehe...

Gambar masak asam pedas tu takdak..takdan nak tangkap gambar..dah abeh org serbu..haha

Zu L-Hilmi said...

ish2... sdap sgt ka, yg smpai serbu2 ni... ka semua tgh lapaq msa tu... hehehe.. :P

nailah87 said...

haha...kenapa? tak percaya?

Zu L-Hilmi said...

hahaha... caya2.. masakan kakcik memng sedap pon.. hehehe...

rairachi said...

adik ni org baling ke?

nailah87 said...

tak2...org tak baling ana pun.. sebab kalau depa nak baling ana..mesti tak larat nak angkat ana..hehe...

akak..ana org kedah, pendang mari...

NURUL LAILATI MAHAT said...

pendang byk bendang kan?;)

NURUL LAILATI MAHAT said...

pendang byk bendang kan?;)

nailah87 said...

hehe... itu semestinya... sbb tu nama tmpt tu pendang.. awai tu depa nak boh nama bendang..tapi bunyi mcm tak berapa sedap,(asam pedas ni lagi sedap) so, depa pun boh nama pedang.. hehe ;)

Akak asai mana? mcm mana dengan natijah? dah tau dah ka? akak tau berapa sekarang kat sana? hehe..maap la.. org pendang byk tanya sikit ;)

Anonymous said...

he he he... tahniah

nailah87 said...

he he he..terima kasih ;)