19 July 2009

Posted by jinson on Sunday, July 19, 2009 1 comment
ni nak merapu sat.. saja nak bg hilang keserabutan kepala ini. Dan seminggu dok korek dalam tanah google dan yahoo..tapi tak jumpa-jumpa jugak harta karun java ni. Awat susah sangat tak tau.. Haha! mungkin tak cukup tajam cangkul kot! tak pun tanah tu keras sangat sampai tak mau tembus2... Apa la aku ni..dok salahkan benda lain lak...dah usaha tu sikit sangat...ingat nak jadi pengkorek java tu senang ka? nak korek ubi pun kena ada skill-skill tertentu...silap hari bulan dapat cacing..haha! padan muka mu....



Masa kat sekolah dulu, ust pernah cakap, Man Jadda Wa Jada..Sapa yang berusaha dia akan dapat..Usaha tu bukan just buat cin cai cin cai ja..kena beri sepenuh tenaga jiwa raga, zahir batin, kaki tangan, buah fikiran buah berangan.. Jangan banyak berangan sudah la.. Hidup ni kalau banyak angan-angan dia tak ingat mati. bila tak ingat mati, mula la nak berangan dunia ni dia yang punya. pastu jadi lah abna'ud dunya(anak dunia). Sapa mak bapak dia, kalau dia tu anak. Mak bapa dia mestilah syaitan dengan nafsu.. Mak Bapa dia kata pa, ikut ja, sami' na wa 'ato'na (kami dengar dan kami patuh) Taat tak kena tempat lak...Nak ka jadi anak kepada syaitan dengan hawa nafsu...huhu..aku takmau la.. Nanti kat akhirat masuk neraka, kat dunia ni orang pun tak suka.. So, nak jadi anak sapa? Anak mak ayah kita la, di samping tu jadi abna'ul aakhirah (ahli yang mengejar akhirat).. bila kita kejar akhirat, kita akan dapat akhirat dan dunia pun kita dapat. Sebab apa? sbb..dunia ni penciptanya adalah Raja Hari Pembalasan..

Ok lah...kepala ni pun dah ok dah..Alhamdulillah semakin tenang.. Firman Allah "Hanya dengan Mengingati Allah, hati-hati akan menjadi tenang".. Hati ni raja bagi sekalian anggota badan..So, bila hati dah tenang, kepala pun akan turut tenang.. Ok..berhenti kat sini dulu...hehe ;)

p/s: Sapa-sapa yang tau report tool untuk java dan cara-cara nak upload image file using java, leh la bgtau ana..jasa baik anda, ana dahulu dengan ucapan terima kasih banyak-banyak...
Categories: ,

1 comments:

nailah87 said...

Alhamdulillah, ana dah boleh buat report guna java..

Tinggai nak upload image file je lagi... kalau sapa2 tau..tolong la...
Kalau yg taktau..boleh tlg jugak..tlg doa ;)