15 April 2009

Posted by jinson on Wednesday, April 15, 2009 No comments



1. Mulakan sesuatu secara perlahan-lahan. Apabila ingin ke mana-mana, lebih baik mulakan 10 minit lebih awal. Jangan tunggu hingga saat akhir. Dengan cara ini anda tidak akan tergesa-gesa dan dapat mengurangkan tekanan.

2. Lakukan aktiviti berkebun. Sesetengah pengamal percaya bahawa pohon-pohonan dapat mengurangkan kekuatan jiwa, yang merupakan satu langkah untuk mencapai kegembiraan. Warna hijau dapat menenangkan jiwa dan mata.

3. Beri diri sendiri masa bertenang. Anda tidak boleh mengembirakan semua orang, dan tidak mengapa jika anda membuat salah. Jangan terlalu kesal jika terbuat kesilapan, kerana belajar dari kesilapan akan menjadikan anda lebih sempurna.

4. Haiwan peliharaan. Kucing, arnab, ikan atau burung. Anda boleh berbicara dengan haiwan perliharaan anda, dengan ini anda dapat meluahkan segala masalah anda. Jangan pelihara Cik TI sudah la, takut-takut masalah semakin besar.

5. Cari hobi. Lakukan sesuatu yang anda suka seperti menjahit, mengait, memasak atau membaca. Hobi ini dapat meningkatkan keyakinan anda. Di samping itu, ia juga dapat mengembirakan hati anda.

6. Buat senarai. Senaraikan perkara yang perlu dilakukan setiap hari, terutamanya jika anda jenis pelupa atau mahu lebih tersusun. Tetapkan keutamaannya, dan perlu ada disiplin.

7. Membaca. Membaca dapat menjana pemikiran supaya lebih matang dan meluas.

8. Bermain. Apabila rasa terekan, ambil masa rehat dan kembalilah ke zaman kanak-kanak.

9. Minta bantuan. Jika rasa terlalu tertekan, dapatkan bantuan. Jangan takut untuk meminta bantuan. Luahkan pada keluarga atau sahabat yang anda percaya.

10. Menolong orang. Dengan membantu orang lain, anda akan merasa puas hati, dengan ini anda akan dapt mengurangkan tekanan dalam hidup anda.

11. Jangan abaikan perasaan negative anda. Jika rasa ingin menangis, terus keluarkan, dengan itu masalah itu akan mengalir bersama-sama dengan air mata itu.

12. Senyuman. Jika anda berpura-pura gembira dengan memaksa diri mengorak senyuman atau ketawa, badan akan memberikan reaksi dengan kurang mengeluarkan hormone stress. Kalau tak percaya, cuba..sangat berkesan.

13. Hargai diri sendiri. Manusia adalah sebaik-baik ciptaan. Setiap orang ada kelebihan tersendiri. Ambil masa sejenak, fikirkan kelebihan anda, anda juga boleh meminta bantuan sahabat anda untuk mengenalpasti kelebihan diri anda.

14. Baca al-Quran. Baca lah dengan mulut yang benar-benar membaca, mata yang benar-benar melihat, hati yang benar-benar menghayati, anda akan merasakan satu ketenangan yang luar biasa. Motivasi dari Ilahi.

15. Zikir. Redakan rasa kacau anda dengan kalimah subhanallah, alhamdulillah, dan allahuakbar.

16. Solat. Solat merupakan satu tempat pertemuan antara hamba dengan Tuhannya. Solat juga hadiah istimewa dari Rasul kita untuk umatnya. Selesai solat, berdoalah, pohonlah dari Allah supaya diberikan kekuatan untuk berhadapan dengan masalah itu.

Tidak susah untuk dapatkan jiwa yang tenang selagi kita percaya ada Allah yang melindungi dan memelihara kita. Masalah kebanyakkan kita, kerana kita rasa kita mahi melakukan semuanya, mahu menjad super dan hebat di mata orang lain. Allah berfirman dalam surah At-Taubah 128-129 yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad s.a.w), Yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan Yang ditanggung oleh kamu, Yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang Yang beriman.kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka Katakanlah (Wahai Muhammad): "Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia; kepadanya Aku berserah diri, dan Dia lah Yang mempunyai Arasy Yang besar."
Categories:

0 comments: