24 April 2009

Posted by jinson on Friday, April 24, 2009 No comments
Ni baru lepas exam paper Aqidah.. Semalam semasa nak mula study,mcm2 halangan. kejap kawan ni call, tanya pasai tshirt depa, bila siap. kejap ada akak call, tanya khabar.. faham-faham ja la, orang perempuan kalau dah mula sembang, tak ingat nak berhenti..sbb mmg dah lama rindu ngan kak A ni, so sembang agak lama la..macam-macam cerita kami kongsi bersama. Kemudian, lepas tu dapat satu lagi panggilan pulak, nak pinjam khemah. lepas selesai bincang tentang khemah tu,tengok jam..Alamak dah pukul 10 lebih..ish..tak boleh jadi ni...Ana ambil keputusan ber'uzlah sekejap..'uzlah ke surau rumah sewa. ana cakap pada sahabat-sahabat, lepas ni kalau ada orang call, tak payah angkat ya..Ana nak study pulak..



Alhamdulillah...bila kita dah rasa tinggai sedikit masa, kita akan hargai masa tersebut, tapi kuncinya jangan panik, kalau panik pakai masa yang sedikit tu ibarat tiada nilai..

Selesai menjawab exam, ana terus keluar, tak boleh duduk lama-lama, kepala dah mula sakit, sebab dapat tempat duduk belakang sekali..hah, ni mula nak membangaukan tempat duduk la ni...tak lah..memamg kutahu kelemahanku, takboleh duduk di tempat belakang-belakang, nanti mata kabur, tak nampak orang kat depan..pastu mula la sakit kepala...

'alakullihal, semasa menjawab exam tadi, dapat satu perkara, aku masih lemah menghafal nama nama surah dan ayat ke berapa untuk dalil-dalil 'Aqli..Lepas ni aku kena berikan tumpuan lebih pada menghafal nama surah dan ayat ke berapa. Ini penting untuk diriku sendiri.. Ilmu yang dipelajari sekarang adalah untuk diri sendiri dan untuk masyarakat..Moga-moga moga mendapat barakat dari ilmu Allah ini dalam mencari mardhatillah..Ameen..

Buat sahabat-sahabat, selamat berjuang bagi yang belum habis exam, yang dah abeh, selamat menempuh ujian pulak..Ujian kehidupan ini lebih mencabar kerana ia dari Ilahi..




Categories:

0 comments: