06 December 2008

Posted by jinson on Saturday, December 06, 2008 No comments
Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga ana siapakan blog untuk maktab mahmud pendang. Demi menunaikan pemintaan adik kesayangan ana, ana cuba buat juga, walau dalam keadaan kaki ini masih tak sehat lagi. Takpa, buat blog bukan guna kaki, tapi guna tangan, so tak la rasa berat sangat..hehe :) kalau sapa nak tengok blog to, boleh la klik kat sini http://mmpendang.blogspot.com/ sila la tinggalkan komen untuk penambah baikkan blog tu.. adik ana dah nak tinggalkan bumi ma'ahad pendang tu, so, dia cuba nak tinggalkan something untuk sekolah dia. tahun depan dia akan sambung ting 6. tak tau lagi dapat mana, sama ada ma'ahad alor star atau ma'ahad pokok sena. harap-harap dapat ma'ahad alor star. ameen.

alhamdulillah, tadi ana sempat bersama sahabat-sahabat makan-makan di tepi laut. Jamuan tersebut diadakan sempena menghargai jasa pekerja-pekerja kedai kami sepanjang PJJ baru ni. Alhamdulillah, hasil jualan kali ini sangat memberangsangkan. Terima kasih pada semua sahabat-sahabat yang bertungkus lumus menjaga arenar dan fajar kios. dari pagi sampai petang dan kadang-kadang sampai malam. Tak terkecuali terima kasih buat adik tercinta, chek asan :). Semoga ang gunakan pengalaman yang ang dapat di sini di ma'ahad ang nanti. Semoga ang menjadi usahawan yang berjaya suatu hari nanti. Amin ngan Kak jeles ngan ang, coz depa tak leh nak dapat pengalaman seperti mana ang dapat..hehe..

Esok, insyaallah nak mengembara ke Yan pula. Nak pi mencari kedamaian sambil mendidik adik2 ana cara2 membooking tempat untuk program. Semoga Allah melancarkan segala urusan kami..ameen

merapu dipagi yang hening
3.21am
huhu..banyak keje tak siap lagi
Categories:

0 comments: