19 November 2008

Posted by jinson on Wednesday, November 19, 2008 3 comments
"Hadiah akan diberikan pada seseorang yang kita sayang dan rindui. Hadiah juga tanda ingatan pemberinya terhadap menerimanya."

Insyaallah kali ini ana nak membicarakan satu tajuk yang sangat berkaitan dengan diri ana sendiri. Iaitu sakit. Kita pernah dengar hadis Rasulullah saw, dua ni’mat yang sering dilupai iaitu ni’mat sehat dan masa lapang. Ya, memang, bila kita sakit, baru
kita akan rasa syukurnya bila kita sehat.. tapi ingat, jgn sampai menyalahkan takdir pula.. “ish, kalau aku tak pi tadi, mesti tak jadi mcm ni…”, “ish, kalau aku balik ngan bas, mesti tak jadi mcm ni..” dan macam2 ish la.. justeru, apa yg perlu
dilakukan adalah bersabar dan redho dengan ujian tersebut.. sepertimana yang disarankan dalam al-Quran:
Tidak ada yang lebih utama untuk dilakukan ketika sakit kecuali bersabar atas apa yang telah menimpa.
"Dan sesungguhnya Kami akan memberi balasan kpd org2 yang sabar dgn pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan."(An-Nahl: 96)

"Sesungguhnya besar pahala itu sesuai dgn besar ujian. Dan sesungguhnya jika Allah mencintai sebuah kaum niscaya Dia akan mendatangkan ujian bagi mereka. Barangsiapa yang ridha maka ia akan mendapatkan keridhaanNya. Dan barangsiapa yang marah, maka akan mendapatkan kemarahanNya.
(HR At Tirmidzy)

Sakit juga tanda Allah sayang pada hambaNya. Ada sebuah kisah, ada seorang ulamak tu, beliau sangat bimbang dan resah kalau dalam sehari dia tak ditimpa sakit atau musibah. Beliau bimbang Allah tak ingat padanya..sebab baginya, bila Allah timpakan dia sakit dan musibah, itu tandanya Allah ingat padanya.. kenapa sakit itu dikatakan tanda Allah sayang pada hambaNya? Kerana, bila seseorang hambaNya, sakit dan berada dalam kesusahan, hamba tersebut akan merintih mengadu padaNya. Allah rindukan rintihan dari hamba-hambaNya..jadi beruntung la pada hamba-hambaNya yang terpilih tersebut.. kalau sakit, kita tak boleh nak mintak tolong kat sapa-sapa hatta kepada doktor..Hanya Allah saja tempat untuk kita mengadu dan meminta..hanya Allah saja yang mampu mengurangkan kesakitan dan menghilangkan rasa sakit tersebut..

Selain daripada sabar dan berdoa, kita harus berusaha untuk mengubatinya.
Dari Usamah bin Syarik ia berkata: "Aku waktu itu ada di sisi Nabi shalallahu'alaihi wasallam, lalu datanglah org badui. Mereka berkata "Wahai Rasulullah bolehkah kami berubat?" Beliau menjawab "Ya, wahai hamba Allah, berubatlah karana Allah azza wa jalla tidak meletakkan penyakit kecuali Dia meletakkan ubatnya. Kecuali satu penyakit." Mereka bertanya "Apa itu? Beliau bersabda "Penyakit tua."
(Riwayat Ahmad)

Disini ana senaraikan tip-tip ketika dressing(cuci luka) supaya anda tidak menangis atau meraung-raung sehingga menggangu pesakit lain.
1. Ketika kaki melangkah masuk hospital, baca bismillah.
2. Bina kekuatan dan think positif sebelum naik atas katil hospital tu. Think positif maksudnya, fikir aku kena berani, kalau takut, nanti lambat sembuh.
3. Kemudian, sebelum nurse tu start cuci, zikirlah sebanyak mungkin. Cuba hayati zikir-zikir tersebut. Disamping itu, cuba bayangkan penderitaan para sahabat ketika perang. Bagai mana rasa sakit ketika terhunus anak panah pada kaki tangan mereka.. bandingkan dengan kesakitan kita..kita hanya luka sikit saja..
4. Seterusnya, berdoalah memohon supaya Allah mengurangkan kesakitan tersebut.
5. Ingat, jangan lihat pada tempat sakit tersebut. Nanti anda akan merasa ngeri…
6. Tertib…

Sesungguhnya sakit mengingatkan kita tentang mati. Terasa sangat dekat dengan mati. Mati akan datang menjemput kita bila-bila masa saja. Justeru, selalu la ingat mati, tak kira ketika sakit atau sehat.



"Ya Allah, sembuhkanlah daku.. sesungguhnya aku insan yang lemah.. hanya kepada Engkau aku memohon,
Ya Allah, jadikanlah aku hambaMu yang paling sabar dalam menghadapi ujian ini,
Ya Allah, jadikan dengan ujian ini, aku semakin dekat denganMu, jangan Engkau jadikan aku hamba yang semakin jauh dariMU..
ya Allah, jangan lah Engkau ujiku dengan suatu ujian yang aku tak mampu..Hanya kepada Engkau aku merayu.Ameen, ameen ya Rabbal a'lamin.."

Semoga kita semua dapat mengambil manfaat daripadanya.
Categories:

3 comments:

Anonymous said...

HADIAH yang biasanya kita terima dari sahabat atau ahli keluarga dihantar untuk menggembirakan atau merapatkan lagi hubungan antara kita. Semoga HADIAH dihantar oleh Sang Pencipta ini akan menambah rasa kecintaan Sang Hamba kepada Sang Pencipta. ucapan takziah dr ana, maaf xdan nak pi ziarah.

Ummu Umar said...

Syukran ya..

Anem Arnamee said...

salam ziarah.

hadiah.

sebut sahaja,ramai yang mahu.=)

p/s:bersyukurlah dgn hadiah dri al-khaliq ini kerana mereka yg terpilih sahaja diberinya.Subhanallah..=)