29 August 2008

Posted by jinson on Friday, August 29, 2008 1 comment
Ziarah UUM
Kisah ini bermula apabila ada sorang kakak ni mintak tolong ana bg direction kat
sahabat dia untuk ke pematang pauh. Oleh sebab ana tau jalan dia, ana pun setuju la. Pastu bila kakak tu call ana, dia cakap dia tak berani nak drive kat area alor staq, dan dia mintak ana tolong temankan. Huhu, mcm mana nak pi sana, dah la jauh, kat hujung Malaysia tu, dekat-dekat ngan Siam. Pastu, ana try contact sahabat-sahabat UUM, mintak depa tolong teman akak tu. Akak tu sgt2 bersemangat nak datang Pematang Pauh, So, ana taknak hampakan harapan dia la. Bila Tanya kat sahabat2 UUM, takdak sorang pun yg boleh temankan, memandangkan depa ada kelas hari Ahad, so tak leh nak teman la. So, ana pun dengan tekadnya bgtau kat k aisyah tu yg ana akan pi ambik dia..sambil2 tu boleh ana ziarah kaka kana yg tengah belajar kat sana.
Naik moto dari Penang ke Kedah satu kebiasan bg ana, ya la, selalu dok ulang alik balik rumah, kadang2 balik ma’ahad, dan mcm2 lagi. Walau hujan, sanggup ku redah, walau malam gelap gelita, sanggup ku tempuhi demi menunaikan janjiku..Ni la 1st time ana pi UUM sorang2, dah la tau jalan, ana redah ja..Allhamdulillah, akhirnya sampai jugak kat Bumi Sintok UUM..Banyak pengalaman baru yang ana dpt dari ziarah ni. Antaranya, ana dpt berkenalan ngan K aisyah. Ana tak penah kenai kakak ni sebelum ni, tapi bila kali pertama kami bertemu mata, ana rasa manis sangat..rasa mcm dah lama kenai. Itulah manisnya ukhuwah atas jalan dakwah ni..
Jam 11.30 pg kami bertolak dari UUM dan sampai kat pematang pukul 3.00 petang.

Mahasiswa Bersama Masyarakat
Pada Keesokan harinya, program Mahasiswa Bersama Masyarakat pun bermula. Kami dibahagi kepada beberapa kumpulan dan diberi penjelasan serba sedikit tentang matlamat program ini. Kami betemu masyarakat dari rumah ke rumah, dari stesen minyak ke stesen minyak. Alhamdulillah, masyarakat menerima kehadiran mahasisiwa dengan pandangan yang manis, member pandangan mereka dengan terbuka. Bila kita pergi rumah ke rumah, di sini sebenarnya nak melatih kita untuk berkomunikasi dengan masyarakat, melatih kita semangat hormat menghormati pandangan orang, berkasih sayang dengan masyarakat, mesra dengan semua, tidak kira tua atau muda, melayu, cina atau india.
Masa kami dok sembang ngan pengungjung Shell tu, kami jumpa ngan sorang uncle India ni. Kami perkenalkan sapa kami dan apa yang mahasiswa inginkan. Pastu ucle tu Tanya pada kami
“Ok, Pak Cik mau Tanya sama kamu, kamu nak pak cik undi sapa?”
Pastu, ana pun jawab “Kalau saya, saya nak orang yang pimpin Negara ni dan pimpin masyarakat ni adalah yang bertanggungjawab, yang amanah, yang faham kehendak dan keperluan rakyat serta bersikap adil”
“Hah! Mcm ni la jawapannya..;) Ok adik, kalau adik nak tahu, majority penduduk pematang pauh ni, semua pilih Anuar, sbb kami yakin dengan dia, dia pemimpin international.”
“Adik, adik tau taka pa maksud politik?”
“Ya, Pakcik, apa maksud dia?”
“Ok, kalau kita tengok, sebelum pilihanraya, semua calon2 mengemukakan manifesto masing-masing. Banyak pilihan yang boleh dipilih, So, dari sini, rakyat akan poli tick pilihan yang diaorang nak So, poli tick adalah rayat perlu membuat pilihan untuk memilih antara ramai2 calon yang mana diaorang yakin”
“Oooooo, mcm tu ka? Hehe saya baru tahu, terima kasih yer uncle”

Ditahan Polis
Pada 26 Ogos baru ni, seluruh pulau pinang bercuti..so dikesempatan ini, ana gunakan sebaik mungkin.. ana plan nak balik kedah, nak pi beli Kitab MATLA’UL BADRAIN kat pustaka Darussalam..kami bertolaj dari USM pukul 8.30 pagi dan sampai kat sana dalam pukul 10 pagi. Selepas beli belah barang2 keperluan, kami pun bertolak ke pustaka Darussalam. Kitab yang ana tempah 37 buah, dan ana dok ingat muat la kalau angkut ngan moto, tp bila pi ambik ja kitab tu dan susun2 kat atas moto tu, tengok2 tak muat. Pastu apa lagi..kami buat moto tu mcm keldai la, usung ja semua kitab2 tu..pastu yang bestnya, bila disebabkan beg kita tu sangat berat, ana cadangkan sahabat ana untuk bawa pula. Farah takdak lessen, tapi dia dah banyak kali naik moto, ulang alik pi keje pun ngan moto. Kesian kat dia..so, bila dia naik ja, tiba2 sekumpulan polis tengah buat roadblock katsimpang sungai dua tu... Alamak! Mcm mana ni? Farah pun mula gelabah. Ana cuba tenangkan dia, “Takpa2, bawa ja, polis tak tahan punya..”
“Takmau2, polis mesti tahan punya. Percaya la”
“Ok Ok”..pastu kami pun berhenti kat tepi jalan tu dan tukar semula. Ana bawa, farah dok kat belakang..waktu kami tengah tukar tu, ada sorang pakcik tu kacau line pulak. Pakcik tu dok keloi2 kami, “tu, pasai pa tu?” “Polis tak tahan aih” pastu bila dah selesai tukar, ana pun bawa la moto tu, sampai kat kawasan polis tu, tiba2 pakcik tu mintak kami berhenti tepi jalan. Pastu farah dah mula gelabah..amin..mana lessen amin? Kat mana? Pakcik tu tegur”ni kenapa gelabah sangat ni?”
Pastu ana mula nak tergelak, tengok gelagat farah ni…pastu lepas check lessen, tiba2 pakcik ni Tanya soalan kat kami ”Ni, Pak cik nak Tanya ni, hampa jawab ikhlas ya..sebenarnya td sapa yang bawa moto?” pastu ana dah gelak dah..tambah pulak farah gelabah..
“huhu, pak chik sebenarnya, dia yang bawa, pastu saya kesian kat dia, huhu, saya pun mintak nak bawa pulak..tp bila Nampak pakcik, kami pun tukar balik la..”
Sedih sunggu nada farah, ana gelak sampai nak menangis..dengar penjelasan farah. Satu kelebihan sebenarnya, pakcik tu pun kesian kat kami, dia tak jd nak saman kami..
Pastu pakcik tu sambung lagi..”tadi pasai pa hampa tukar balik, awat? Orang belakang ni ada lessen tak?”
“Ada, lessen T” ana jawab dengan penuh tawakkal. Ana tak tipu pak cik tu, betul la, farah ni ada lessen T, lessen tawakkal…kami kat sini, kalau sapa2 yang takdak lessen lg, tapi dah pandai bawa, kami selalu gunakan istilah lessen T.
“Oooo…ada lessen P ka, takpa la mcm tu”
Sebelum nak tinggaikan pakcik tu, farah sempat lagi wish kat pakcik tu, “Selamat Berpuasa”



Akhir kalam..selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak

1 comments:

Nazmie Samarahan said...

Assalamulaikum..
Tahniah atas smngat yang waja..
Ukhti..ana tak dapat masuk blog nti..mgkin templetenya terlalu kompleks.. Ini memerlukan perbincangan hal manhaj dan juga usrah muslimat..jika punya YM..bgtau ana...