22 August 2008

Posted by jinson on Friday, August 22, 2008 No comments
Assalamu'alaikum..
Hari ni ana nak kongsi satu perkara yang sangat penting yang mana ana baru tahu..
Hmm...alhamdulillah, hari ni ana sampai kat pejabat lebih awai berbanding hari seblm ni..bila ana online ja YM ramai shbt2 yang sapa ana..dan ada juga yg ana sapa depa..saja tanya khabar..ada yang bertanya itu dan ini dan tak kurang juga ada yang menceritakan masalah..alhamdulillah, ana rasa puas hati bila dpt tolong shbt bila depa mintak tolong..hmm...pastu tiba2 ada shbt ana ni tanya, "K min, tau tak semalam hari memperingati Al-Aqsa?"
Ana jawap"Tahu, kat KL ada ceramah pasai hari memperingati al-aqsa..tp, sebenarnya apa itu hari al-aqsa?"

"Oh, k min tak tahu ka? ok2, dengar yer cerita dia..."

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok dan mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin). Api marak dengan dasyat sekali seolah-olah seluruh Masjidil Aqsa akan musnah ketika itu.
Malah, pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.



Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Dennis Michael. Michael mendakwa bahawa dia diutus Allah untuk melakukan pembakaran itu sesuai dengan berita dari Kitab Zakaria. Kemudian, Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Michael ‘gila’.

Maka, atas sebab itu, Michael tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Negeri-negeri Muslim seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa. Maka sejak itu 21 Ogos setiap tahun menjadi Hari Al-Quds sedunia.



Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan kita, seluruh lapisan Ummah—pemilik tanah Palestin yang sah. Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjidil Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah dirampas terus keseluruhannya secara haram oleh Zionis Yahudi.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama-sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal yang boleh dilakukan dengan mengoptimakan kemahiran dan sumber yang ada demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin. Semoga usaha kerdil kita demi mewujudkan keadilan dan keamanan di bumi Palestin diberkatiNya. Islami Ya Quds!

p/s: Sahabat2, mari sama2 kita lengkapkan diri dengan kemahiran yang pelbagai untuk kita sumbangkan kearah pembebasan Al-Aqsa.

wallahu a'alam
Categories:

0 comments: