28 July 2008

Posted by jinson on Monday, July 28, 2008 No comments
Semasa membelek-belek berita pada akhbar BERNAMA, saya tertarik untuk membaca satu berita yang bertajuk “Ahmad Shabery Harap Mahasiswa Jadi Contoh Kepada Penduduk Kampung”bertarikh 28 Julai, 2008 . Berita tersebut menceritakakan kepada kita semua bahawa mahasiswa haru menjadi role model kepada masyarakat kampong dan daerah tidak perlu kepada peringkat yang terlalu tinggi kerana masyarakat kampong sangat percaya dengan kata-kata mahasiswa. Kenapa Menteri Penerangan Malaysia berani berkata sedemikian? Bukan kah sebelum ini mahasiswa tidak dibenarkan aktif dengan pertubuhan luar? Adakah AUKU sudah dipinda? Kenapa Mahasiswa perlu Jadi Contoh Penduduk KAMPUNG? Kenapa mesti penduduk kampong? Adakah semua mahasiswa berasal dari kampong? Kenapa bukan sebagai contoh kepada masyarakat dan Negara sendiri?


Kenapa Mahasiswa perlu menjadi Contoh kepada Masyarakat dan Negara?

Dari lapangan Rakyat, Untuk Lapangan Rakyat. Mahasiswa merupakan salah satu daripada element masyarakat. Justeru tidak dapat tidak mahasiswa perlu bersama masyarakat. Mahasiswa perlu berperanan sebagai salah seorang penduduk masyarakat tersebut. Sesungguhnya mahasiswa mempunyai kuasa dan pengaruh yang sangat besar. Jika ia bersuara, pasti ada yang akan menyahutnya. Jika ia bertindak, pasti beribu tangan yang datang menghulurkannya. Persoalannya adakah kehadirannya dirasai oleh masyarakat? Adakah mahasiswa tersebut bersedia untuk menjadi juru bicara masyarakatnya? Adakah mahasiswa tersebut berjiwa besar untuk menjadi pemimpin kepada masyarakatnya suatu hari nanti? Jika anda adalah mahasiswa, fikir-fikirkan lah.

untuk membaca berita asal sila klik disini
  • http://bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=348941

  • Categories: ,

    0 comments: