19 June 2008

Posted by jinson on Thursday, June 19, 2008 No comments
Sekalung ucapan tahniah buat Biro Perhubungan dan Penerangan Kampus yang telah bertungkus lumus mewujudkn satu skuad yang diberi nama SCEMA. Skuad ini diwujudkan selaras dengan objektif penubuhan PMIUSM yang bertujuan untuk melatih dan membimbing warga USM kearah berjiwa da’I dalam mengajak semua warga kampus melumba-lumba membuat perkara kebajikan dan bersama berusaha membanteras segala kemungkaran yang wujud di bumi meinden ini terutamanya masalah couple, pendedahan aurat, pergaulan bebas antara lelaki dan seumpamanya. Seiring dengan peranan PMIUSM yang bertujuan untuk amal ma;ruf dan nahi mungkar, maka Biro Perhubungan dan Penerangan Kampus telah mewujudkan satu unit yang lebih tersusun.
Sebelum penubuhan Skuad SCEMA, PMIUSM pernah mengadakan aktiviti seperti ini yang diberi nama OCA (Operasi Couple Aurat). Aktiviti ini dilakukan secara berkala iaitu kami akan memilih hari-hari “panas” seperti hujung minggu dan program-program yang berlarutan sehingga lewat malam maka kami akan turun ke desa-desa, foyer library dan seumpama denganya. Antara method yang kami guna sebelum ini, dengan membuat servey soalan, disamping itu kami akan selit-selitkan dengan teguran dan nasihat. Alhamdulillah, sepanjang aktiviti ini, kami mendapat respon yang baik dan harapan dari pasangan-pasangan couple sendiri mereka mengharapkan ada pihak yang berani dan sudi membanteras gejala ini.
Atas kesedaran sebagai seorang khalifah Allah yang berperanan sebagai pendakwah, maka kami PMIUSM telah merancang untuk mewujudkan SCEMA supaya semua warga kampus dapat bersama-sama dengan PMIUSM dalam memastikan biah solehah dapat diwujukan di bumi minden ini dan aktiviti dakwah ini dapat dilakukan secara konsisten dan teratur. Antara pengisian dan aktiviti yang akan disediakan melalui SCEMA adalah ceramah tentang kepentingan dan tanggungjawab sebagai muslim terhadap masyarakat, bengkel Dakwah Berkesan, Partikal dalam masyarakat untuk masyarakat dan skuad ini akan bekerjasama dengan Pusat Islam USM dan Jabatan Agama Islam Pulau Pinang. Semua warga USM dialu-alukan untuk menyertai Skuad SCEMA ini. Kami tidak menghadkan kepada golongan-golongan tertentu sahaja. Dan sekiranya pihak MPPUSM atau mana-mana persatuan ingin mengadakan kerjasama dengan pihak PMIUSM, pintu kami sentiasa terbuka luas untuk anda semua.
Firman Allah SWT dalam surah Al-Maidah ayat 2 yang bermaksud:
“Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pelanggaran. Dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksa-Nya.”
Sabda Rasulullah s.a.w:
Yang bermaksud:
Mahukah aku memberitahu kamu suatu perkara yang dengannya Allah akan memuliakan binaan (kedudukan seseorang) dan mengangkatnya kepada beberapa darjat ketinggian. Mereka menjawab: Ya! Wahai Rasulullah. Baginda bersabda: Berlemah-lembutlah kamu terhadap orang jahil, maafkanlah orang yang menzalimi kamu, hulurkanlah pemberian kepada orang yang menahan pemberiannya kepadamu dan sambunglah hubungan silaturahim terhadap orang yang memutuskannya terhadap kamu.
firman Allah:
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا اجْتَنِبُوا كَثِيرًا مِنَ الظَّنِّ إِنَّ بَعْضَ الظَّنِّ إِثْمٌ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا يَغْتَبْ بَعْضُكُمْ بَعْضًا أَيُحِبُّ أَحَدُكُمْ أَنْ يَأْكُلَ لَحْمَ أَخِيهِ مَيْتًا فَكَرِهْتُمُوهُ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ تَوَّابٌ رَحِيمٌ
Yang bermaksud:
Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani. (Surah Al-Hujuraat, Ayat: 12).
Sahabat-sahabat sekalian, SCEMA hanyalah satu unit untuk membanteras maksiat tetapi hidayah milik Allah. Jika mengharapkan dengan kewujudan SCEMA ini, kampus akan bersih 100% dari gejala maksiat, itu mustahil kerana individu itu harus punya kesedaran sendiri untuk meninggalkan perkara maksiat tersebut. Kita pendakwah hanyalah pemudah cara sahaja, dan pembimbing bagi yang memerlukan bimbingan. Kami PMIUSM sangat mengalu-alukan rakan-rakan yang mempunyai masalah dan memerlukan khidmat kaunseling dan nasihat bolehlah menghubungi kami. Kami sedia membantu anda kerana kami sayang anda sebagai saudara seIslam kami.
Akhirul kalam, saya memesan kepada diri saya sendiri dan sahabat2 sekalian, ikhlas kan niat, semoga segala usaha kita yang tak seberapa ini dinilai sebagai saham untuk ke syurga Allah dan untuk mendapat Mardhatillah, amen…
Categories: ,

0 comments: